Baby Syifaa Dijerut Bukan Terjerut Kain Buaian Bapa


'Baby Syifaa dijerut, bukan terjerut kain buaian' - Bapa




Yuseri Yusoff, 39, bapa kepada bayi perempuan yang berusia 15 bulan maut akibat lehernya terjerut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak dalam kejadian Februari lalu, tampil menafikan dakwaan itu dan percaya anaknya telah dijerut sehingga mati. 


Menurut Yuseri, sejak dari hari pertama dia tidak percaya pada kenyataan yang diberi oleh pengasuh dan kesal kes itu belum dituduh di mahkamah. 


"Baby Syifaa (Nour Rania Asyifaa Yuseri) dijerut, bukan terjerut! Sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kerana aku tahu beliau berbohong! 




"Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh pengasuh tetapi sehingga ke hari ini, kes belum dituduh di mahkamah. 


"Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti 'jaring'. Itulah yang dikatakan oleh pengasuh semasa siasatan polis. Tetapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan lebam berbentuk satu garisan lurus. 


"Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan 'jaring' pada leher Baby Syifaa," katanya. 




Yuseri turut mempertikaikan polis tidak menahan reman pengasuh sejak dari hari pertama kejadian. Malah dia memohon kes kematian anaknya disiasat semula dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Gambar kesan kecederaan pada leher anaknya turut dihantar kepada pakar forensik luar negara yang berpandangan kesan jerutan di leher anaknya itu bukan kesan dari jerutan kain, tetapi berpunca dari jerutan tali, wayar atau kabel. 


Yuseri juga bertemu dengan seseorang yang tidak dinamakan yang berpendapat anaknya telah dibunuh sebelum diletakkan dalam buaian. 


"Demo menggunakan patung bayi saiz Baby Syifaa menunjukkan kesan kecederaan hampir sama, malah konsisten kesan yang ada pada jenazah Baby Syifaa. 


"Bayi dalam keadaan meniarap, diletakkan wayar atau kabel di leher dan ditarik menyebabkan Baby Syifaa meronta-ronta sehingga terdapat kesan melecet dan satu jari kaki hampir tercabut kuku.


"Ramai kawan aku anggota polis pun setuju kesan jerutan pada leher Baby Syifaa bukan disebabkan kain buaian," katanya. 




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof menyangkal dakwaan bapa mangsa kononnya polis tidak menjalankan siasatan telus. Sedangkan polis menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menggunakan bantuan Jabatan Perubatan Forensik dalam merungkai punca sebenar kematian anak Yuseri Yusoff. 


"Polis siasat bukan saja secara individu, tetapi guna bantuan forensik yang melakukan siasatan lebih tepat. Siasatan kes sudah lengkap dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Apa arahan seterusnya, saa tidak dapat ulas. Kita tunggu saja," katanya. 


Mengenai luahan ketidakpuasan hati Yuseri di media sosial, Nanda berkata itu cuma tanggapan bapa mangsa dan pihak polis tidak dapat memberikan sebarang respon. Ini kerana polis sudah melakukan siasatan terperinci dengan merakam percakapan semua pihak yang berkaitan. 





Yuseri dalam kenyataan terkininya di Facebook sekali lagi meluahkan rasa kesalnya dengan respon tersebut dan menegaskan anaknya mati akibat dijerut, bukan terjerut. Malah rakan-rakannya dalam PDRM juga bersetuju bahawa kesan jerutan di leher arwah anaknya bukan disebabkan kain. 


"Hanya OCPD Seremban, ACP Nanda Maarof dan IO sahaja percaya ia kesan jerutan kain. Saya benarkan bedah siasat dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian. Tekanan pada leher berpunca akibat jerutan kain, tali atau dicekik tidak disebut dalam laporan bedah siasat. 


"Misal kata bedah siasat sekadar cukup syarat untuk maklumkan kepada saya bahawa Baby Syifaa meninggal dunia kerana kesukaran bernafas akibat tekanan pada leher. Saya sudah tahu ketika Baby Syifaa di Klinik Kesihatan. Malah di Klinik Kesihatan Sendayan, saya yang menunjukkan kesan jerutan di leher anak kepada doktor, MA dan jururawat yang kononnya sedang gigih mahu menyelamatkan anak saya. 


"Bermakna petugas kesihatan yang kononnnya sedang bertungkus lumus menyelamatkan anak saya tidak tahu bayi yang dibawa oleh pengasuh ke klinik kesihatan dalam keadaan tidak bernafas disebabkan apa," ujarnya. 


Sumber: Facebook Yuseri Yusoff, Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/03/baby-syifaa-dijerut-bukan-terjerut-kain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Buat Baby Syifaa Bapa Beri Polis Tempoh 2 Minggu

Keadilan Buat Baby Syifaa Bapa Beri Polis Tempoh 2 Minggu

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 161 hits
SEREMBAN Bapa kepada seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang meninggal dunia di pusat jagaan di Taman Nusari Aman Bandar Sri Sendayan 22 Februari lalu memberi tempoh dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selan...
Hiburan Dugaan Lalu Kedai Mainan Bapa Ini Kongsi Tips Agar Duit Jimat Tak Kena Pow

Hiburan Dugaan Lalu Kedai Mainan Bapa Ini Kongsi Tips Agar Duit Jimat Tak Kena Pow

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 128 hits
Lumrah kalau ada anak kecil pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati Dan pastinya mereka dengan kedai permainan seperti aur dengan tebing mesti akan berhenti sekejap dan mulalah aksi memujuk ibu bapa masing masing untuk membeli apa...
Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 239 hits
Sememangnya setiap individu yang sudah bergelar ibu bapa pasti akan sentiasa mempunyai perasaan bimbang terhadap anak anak mereka terutamanya mengenai keselamatan anak
Bapa Kanak Kanak Maut Akibat Di Belasah Reda Harap Berikan Kemaafan Buat Arwah

Bapa Kanak Kanak Maut Akibat Di Belasah Reda Harap Berikan Kemaafan Buat Arwah

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Bapa kepada kanak kanak 11 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di sini kelihatan tenang dan reda menerima pemergian anaknya Qurbani Azhar Rahimi 40 ber...
Asma Yang Merunsingkan Ibu Bapa Anak Kecil Menanggung Derita Menghidapnya

Asma Yang Merunsingkan Ibu Bapa Anak Kecil Menanggung Derita Menghidapnya

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 182 hits
Jom bersama aku kenali asma Asma adalah penyakit paru paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan Semasa serangan asma pesakit mungkin mengalami wheezing selain sesak dada sesak nafas dan batuk Batuk yang sering berlaku ...
Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 180 hits
Setelah sekian lama semalam menjadi salah satu detik kebahagian buat ibu bapa apabila anak anak sudah mula bersekolah seperti biasa kembali Untuk minggu yang pertama ini sudah semestinya ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang menghantar ana...
Buasir Otak Tv Ibu Bapa Penjaga Jumpa Cikgu Dulu Vs Sekarang

Buasir Otak Tv Ibu Bapa Penjaga Jumpa Cikgu Dulu Vs Sekarang

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 290 hits
Beza ibu bapa penjaga zaman dulu bila berjumpa cikgu dengan ibu bapa penjaga zaman sekarang Jom tonton animasi ini
Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 232 hits
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata tindakan lelaki itu memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta IPOH Polis menahan bapa kepada tiga kanak kanak yang membu...
Lelaki Dari Felda Triang 1 Mesej Bapa Suruh Ambil Kereta Sebelum Terjun Jambatan Guai

Lelaki Dari Felda Triang 1 Mesej Bapa Suruh Ambil Kereta Sebelum Terjun Jambatan Guai

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 199 hits
BERA Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Felda Triang 1 di sini dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Guai kelmarin tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum kejadian Bapa mangsa Jamaludin Awa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran