Keadaan Wilayah Najd Hijjaz Dan Sekitarnya Sebelum Gerakan Tauhid Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab




Keadaan di wilayah Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab amatlah buruk. Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik kemuncak. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya, dibawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gabenor Jeneral untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Masir.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya.
Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya. Disamping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat terutama penjajah tua iaitu British dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan umat ISLAM berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah menanamkan pengaruhnya di kawasan berkenaan, kemudian mencengkam kuku penjajahannya di dalam segala lapangan seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.
Kemerosatan dari sektor agama, terutama yang menyangkuti aqidah sudah begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya. Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam-maqam wali lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab sahaja, tetapi juga di mana-mana, di seluruh pelusuk dunia, sehingga suasana di negeri ISLAM waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi jahiliyyah seperti pada waktu pra ISLAM menjelang kebangkitan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan penghuninya, dibandingkan dengan mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada ALLAH Subhanawata'ala. Demikianlah kebodohan umat ISLAM hampur merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan banggunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid kerana dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama pembiayaan yang diperoleho dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari imprealis British yang berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya.
Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka ALLAH melahirkan seorang muslih kabir (pembaharuan besar) Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari Uyainah (Najd) sebagai mujadid ISLAM terbesar adab ke 12 Hijriyyah, setelah Ibnu Taimiyyah, mujadid abad ke 7 Hijriyyah yang sangat terkenal itu.
Bidang pentajdidan kedua mujadid besar ini adalah sama, iaitu mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeza, iaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama ISLAM yang sudah mulai tercemar dengan bid'ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda ISLAM dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah menyusun barisan Muwahiddun, yang berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka sebut Wahabiyyin iaitu gerakan Wahabiyyah.
Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang dilalui. Kadangkala Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab terpaksa melakukan tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak lain melainkan untuk mengembalikan ISLAM kepada kedudukan yang sebenarnya, iaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat ISLAM seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Setelah perjuangan yang tidak mengenal penat lelah itu, akhirnay niat yang ikhlas itu disampaikan ALLAH sesuai dengan firmannya;
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong ALLAH nescaya ALLAH akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu." (Muhammad : 7)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2022/09/keadaan-wilayah-najd-hijjaz-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab Pengenalan

Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab Pengenalan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 238 hits
Nama Lengkapnya Beliau adalah Syeikh al Islam al Imam Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al Masyarif at Tamimi al Hambali an Najdi Tempat dan Tarikh LahirnyaSyeikh Muha...
Bertemu Syeikh Prof Dr Idris Bin Muhammad Sa Id Al Fihri Al Fasi

Bertemu Syeikh Prof Dr Idris Bin Muhammad Sa Id Al Fihri Al Fasi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 255 hits
ANWAR IBRAHIM Dalam permusafiran singkat ke Jakarta kali ini saya berkesempatan bertemu dengan Syeikh Prof Dr Idris bin Muhammad Sa id al Fihri al Fasi dalam rangka Rihlah Dakwah beliau di Indonesia Syekh Idris al Fasi merupakan Timbalan Re...
Pangeran Muhammad Bin Salman Batal Hadiri Pemakaman Ratu Elizabeth Tanpa Alasan

Pangeran Muhammad Bin Salman Batal Hadiri Pemakaman Ratu Elizabeth Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 123 hits
Para aktivis HAM memprotes Inggris karena mengundang MBS untuk hadir dalam prosesi pemakaman Ratu Elizabeth II yang diduga terkait dengan pembunuhan jurnalis Jamal Khashoggi
Kembali Tersebar Teori Ratu Elizabeth Ii Keturunan Nabi Muhammad Pendakwah Perjelas Hal Sebenar

Kembali Tersebar Teori Ratu Elizabeth Ii Keturunan Nabi Muhammad Pendakwah Perjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 263 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONTeori konspirasi mendakwa Ratu Elizabeth II mempunyai leluhur daripada keturunan Nabi Muhammad sedang tersebar luas selepas ratu berusia 96 tahun itu mangkat malam tadi Teori ini sebenarnya dimulakan seorang saintis ge...
Muka Dah Terded4h Bayi Didukung Adik Haris Did4kwa Muhammad Bilal Sekali Neelofa Buka Mulut

Muka Dah Terded4h Bayi Didukung Adik Haris Did4kwa Muhammad Bilal Sekali Neelofa Buka Mulut

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 345 hits
Disebabkan tak tunjuk muka anak sampai ke hari ini ramailah yang tak senang duduk ternanti nanti nak tengok gambar anak Neelofa Bilal
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gemerlapan Cahaya Lampu Indahnya Sabindo Resort Kala Malam

Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis