Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab Pengenalan




Nama Lengkapnya 
Beliau adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al Hambali an-Najdi.
Tempat dan Tarikh Lahirnya
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115H (1701) di kampung Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.
Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206H (1793M) dalam usia 92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi yang terkenal sebagai kerajaan Wahabiyah.
Pendidikan dan Pengalaman
Muhammad bin Abdul Wahab berkembang dan dibesarkan dalam kalangan keluarga yang berpendidikan. Ayahnya adalah ketua jabatan agama setempat. Sedangkan datuknya adalah seorang qadhi (mufti besar), tempat di mana masyarakat Najd menanyakan segala sesuatu yang bersangkutan dengan agama. Oleh kerana itu, tidak hairanlah apabila kelak beliau juga menjadi seorang ulama besar seperti datuknya. 
Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka Muhammad bin Abdul Wahab sejak masih kanak-kanak lagi telah dididik dan ditempa jiwanya dengan pendidikan agama, yang diajar sendiri oleh ayahnya, Syeikh Abdul Wahab.
Sejak kecil lagi Muhammad bin Abdul Wahab sudah kelihatan tanda-tanda kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang masa dengan sia-sia seperti kebiasaan tingkahlaku kebanyakan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Berkat bimbingan kedua ibu bapanya, ditambah dengan kecerdasan otak dan kerajinannya, Muhammad bin Abdul Wahab telah berjaya menghafaz al Quran 30 Juz sebelum berusia sepuluh tahun.
Setelah beliau belajar dari ibu bapanya tentang beberapa bidang penhajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau diserahkan oleh ibu bapanya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh ibu bapanya ke luar daerah.
Tentang ketajaman fikirannya, saudaranya Sulaiman bin Abdul Wahab pernah menceritakan begini :
"Bahawa ayah merasa sangat kagum atas kecerdasan Muhammad, padahal ia masih bawah umur. Beliau berkata 'Sungguh aku telah mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan anakku Muhammad, terutama dalam bidang ilmu Fiqh"
Muhammad bin Abdul Wahab mempunyai daya kecerdasan dan ingatan yang kuat, sehingga apa sahaja yang dipelajarinya dapat difahami dengan cepat sekali, kemudian apa yang telah dihafalnya tidak mudah pula hilang dalam ingatannya.
Demikianlah keadaanya, sehingga kawan-kawan sepersekolahannya kagum dan hairan kepadanya.
Belajar di Makkah, Madinah dan Basrah
Setelah mencapai usia dewasa, Muhammad bin Abdul Wahab diajak oleh ayahandanya untuk bersama-sama pergi ke tanah suci Makkah Al Mukarammah untuk menunaikan rukun ISLAM yang kelima - mengerjakan haji di Baitullah. Dan manakala telah selesai menunaikan ibadah Haji, ayahnya terus kembali ke kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia tidak pulang, tetapi terus tinggal di Makkah selama beberapa tahun, kemudian berpindah pula ke Madinah untuk melanjutkan pengajian di sana.
Di Madinah, beliau berguru pada dua orang ulama besar dan termasyhur di waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa dalam membentuk pemikirannya, iaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.
Selama berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai umat ISLAM tempatan mahupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah melakukan perbuatan-perbuatan tidak senonoh dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau melihat ramai umat yang berziarah ke makam Nabi mahupun ke makam-makam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta sesuatu hajat pada kuburan mahupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali tidak dibenarkan oleh agama ISLAM. Apa yang disaksikannya itu menurut Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran ISLAM yang sebenarnya.
Kesemua inilah yang semakin mendorong Muhammad untuk lebih mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni aqidah Salafiyyah. Bersamaan dengan itu, beliau berjanji kepada dirinya sendiri, bahawa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan perbaikan (islah) dan pembaharuan (tajdid) dalam masalah yang berkaitan dengan ketauhidan, iaitu mengembalikan aqidah umat kepada sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid'ah. Untuk itu, beliau mesti mendalami sedalam-dalamnya tentang aqidah ini melalui kitab-kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang silam.
Di antara karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-ISLAM Ibnu Taimiyyah. Beliau adalah mujaddid besar abad ke 7 Hijjriyah yang sangat terkenal.
Demikianlah sangat meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyyah dalam jiwanya, sehingga Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bagaikan salinan Ibnu Taimiyyah. Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua yang diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyyah semasa hidupnya yang penuh ranjau dan tekanan dari pihak berkuasa, semuanya telah ditebus dengan kejayaan Ibnu Abdul Wahab yang hidup pada abad ke 12 Hijriyyah itu.
Setelah beberapa lama menetap di Makkah dan Madinah, beliau kemudian berpindah ke Basrah. Disini beliau bermukim lebih lama, sehingga banyak ilmu-ilmu yang diperolehinya terutama dalam bidang hadis dan musthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, tatabahasa (ilmu qawa'id) dan tidak ketinggalan pula lughatnya semua.
Lengkap sudahlah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang kemudian dikembangkan sendiri melalui 'self-study' (belajar sendiri) sebagaimana lazimnya ulama besar ISLAM mengembangkan ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah sekadar modal dasar yang selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh yang bersangkutan.
Mulai Berdakwah
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memulai dakwahnya di Basrah, tempat di mana beliau bermukim untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi dakwahnya di sana kurang berjaya, kerana menemui banyak rintangan dan halangan dari kalangan para ulama setempat.
Dalam berdakwah, Syeikh Muhammad menggunakan tiga cara seperti seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, iaitu :
i. Bilhikmah = dengan landasan ilmu yang memadai
ii. Wal maui'idhatil Hasanah = Pendekatan nasihat yang baik
iii. Wajadilhum billati hiya ahsan = Berdebat dengan cara yang baik
Di antara pendukung dakwahnya di Kota Basrah ialah seorang ulama bernama Syeikh Muhammad al-Majmuii'. Tetapi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bersama pendukungnya mendapat tekanan dan ancaman dari sebahagian ulama su', iaitu ulama jahat yang memusuhi dakwahnya di sana; kedua-dua mereka diancam akan dibunuh. Akhirnya beliau meninggalkan Basrah dan mengembara ke beberapa negeri ISLAM untuk meluaskan ilmu dan pengalamannya.
Di samping mempelajari keadaan negeri-negeri ISLAM yang berjiran, demi kepentingan dakwahnya di masa akan datang, dan setelah menjelajahi beberapa negeri ISLAM, beliau lalu kembali ke al-Ihsa menemui gurunya, Syeikh Abdullah bin Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa bidang pengajian tertentu yang selama ini belum sempat di dalaminya.
Di sana beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau kembali ke kampung asalnya, Uyainah, tetapi tidak lama kemudian beliau menyusul orang tuanya yang merupakan bekas ketua jabatan urusan agama Uyainah ke Haryamla, iaitu suatu daerah di  Uyainah juga.
Adalah dikatakan bahawa di antara orang tua Syeikh Muhammad dan pihak berkuasa Uyainah, berlaku perselisihan pendapat, yang oleh kerana itulah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab terpaksa berhujrah ke Haryamlah pada tahun 1139.
Setelah perpindahan ayahnya ke Haryamla kira-kira setahun, barulah Syeikh Muhammad menyusul pada tahun 1140H. Kemudian beliau bersama bapanya itu mengembangkan ilmu dan mengajar serta berdakwah selama lebih kurang 13 tahun lamanya, sehingga bapanya meninggal dunia di sana pada tahun 1153.
Setelah 13 tahun menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar di Haryamla, beliau mengajak pihak berkuasa setempat untuk bertindak tegas terhadap kumpulan penjahat yang selalu melakukan rusuhan, rampasan, rompakan dan pembunuhan. Maka kumpulan tersebut tidak senang kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab lalu mereka mengancam hendak membunuhnya. Syeikh Muhammad terpaksa meninggalkan Haryamla, berhijrah ke Uyainah tempat bapanya dan beliau sendiri dilahirkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2022/09/syeikh-muhammad-bin-abdul-wahab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadaan Wilayah Najd Hijjaz Dan Sekitarnya Sebelum Gerakan Tauhid Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab

Keadaan Wilayah Najd Hijjaz Dan Sekitarnya Sebelum Gerakan Tauhid Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 208 hits
Keadaan di wilayah Najd Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab amatlah buruk Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial ekonomi dan politik sudah mencapai titik kemuncak Semua itu adalah...
Bertemu Syeikh Prof Dr Idris Bin Muhammad Sa Id Al Fihri Al Fasi

Bertemu Syeikh Prof Dr Idris Bin Muhammad Sa Id Al Fihri Al Fasi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 217 hits
ANWAR IBRAHIM Dalam permusafiran singkat ke Jakarta kali ini saya berkesempatan bertemu dengan Syeikh Prof Dr Idris bin Muhammad Sa id al Fihri al Fasi dalam rangka Rihlah Dakwah beliau di Indonesia Syekh Idris al Fasi merupakan Timbalan Re...
Kisah Imam Syafi I Dengan Muridnya Ar Rabi Bin Sulaiman

Kisah Imam Syafi I Dengan Muridnya Ar Rabi Bin Sulaiman

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 410 hits
Kisah Imam Syafi i Dengan Muridnya Ar Rabi bin Sulaiman Kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua Kisah tentang sabarnya dan yakin seorang guru dan anak murid terhadap takdir Allah Namun ternyata semua pun boleh terjadi jika A...
Bahar Bin Smith Bebas Dari Rutan Polda Jabar Dini Hari Tadi

Bahar Bin Smith Bebas Dari Rutan Polda Jabar Dini Hari Tadi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 126 hits
Bahar Bin Smith akhirnya menghirup udara bebas Bahar bebas dari Rumah Tahan Polda Jawa Barat pada Kamis dini hari tadi Bahar bebas atas putusan hakim Pengadilan Tinggi Bandung sebagaimana vonis banding Dia dijemput keluarga saat keluar dari...
Karamah Said Bin Zaid Yang Doanya Mustajab Hingga Seorang Wanita Zalim Celaka

Karamah Said Bin Zaid Yang Doanya Mustajab Hingga Seorang Wanita Zalim Celaka

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 198 hits
Karamah kali ini dari Said bin Zaid ia punya doa yang mustajab hingga seorang wanita menjadi buta dan meninggal dunia karena berbuat zalim pada Said
Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 164 hits
Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Hyun Bin dan Son Ye jin bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Pada 1 Ogos Hyun Bin telah terlibat dengan satu temu bual di mana dia berkongsi tentang filemnya akan datang Confidential ...
Hyun Bin Yoona Daniel Henney Raikan Kejayaan Confidential Assignment 2 Capai 1 Juta Penonton

Hyun Bin Yoona Daniel Henney Raikan Kejayaan Confidential Assignment 2 Capai 1 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 213 hits
Confidential Assignment 2 International menunjukkan permulaan baik di box office Korea Menurut Majlis Filem Korea sekuel Confidential Assignment 2 yang dinanti nantikan itu telah melepasi 1 juta penonton pada 9 September bermakna filem baha...
Bin Pastikan Tak Ada Kebocoran Data Imbas Serangan Hacker

Bin Pastikan Tak Ada Kebocoran Data Imbas Serangan Hacker

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 196 hits
Ramai di sosial media terkait kabar dugaan kebocoran data milik Badan Intelijen Negara
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt