Keadaan Pn Dan Muhyiddin Semakin Tenat
Ada beberapa maklumat yang Tulang Besi telah terima:
1) Selepas persidangan 18hb, diberitakan Muhyiddin Yaasin seperti telah give-up terhadap survival Perikatan Nasional. Ini kerana kalau usul undi tidak percaya yg ditaja Dr. Mahathir itu dibenarkan, maka ramai dalam Perikatan Nasional tidak menyokong Muhyiddin Yaasin terutamanya dari parti-parti Sabah dan Sarawak. Muhyiddin telah mendapat pengesahan 2 hari sebelum persidangan bahawa beliau tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi sama sekalia. Mereka mungkin tidak akan mengundi usul Dr Mahathir tapi ramai akan keluar dewan dan tidak mengundi. Malang buat Muhyiddin, untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan beliau memerlukan 112 undi yg jelas menyokong beliau dalam dewanb. Walaupun Muhyiddin boleh menang usul itu, tapi undi beliau tidak mencapai bilangan 112 undi, maka Muhyiddin tetap dikira kalah c. Muhyiddin terpaksa melakukan rasuah jawatan GLC besar-besaran kerana itu sahajalah jalan yang wujud untuk Muhyiddin sekarang ini untuk mengekalkan kekuasan beliau yang semakin rapuh2) UMNO SEMAKIN DOMINAN DALAM KERAJAAN: Majlis Keselamatan Negara sudah ppun berada dalam genggaman kekuasaan UMNO sekarang ini. Muhyiddin boleh dikatakan hanya boneka sahaja sentiasa menyembah UMNO untuk membuat apa-apa keputusan.a. Ini adalah kerana hayat BERSATU berada dalam tangan UMNO. Bila2 sahaja UMNO menarik sokongan kepada PN, maka kerajaan BERSATU akan runtuh dan BERSATU akan menjadi parti kera sumbang kerana terpaksa bertanding sebatang kara. b. UMNO telah pun membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak bersama PN secara rasmi dan sokongan mereka hanyalah bersifat pribadi ahli-ahli Parlimen mereka. Ini bermakna sekirranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mengundi tidak menyokong Muhyiddin, mereka tidak boleh dipecat atau diambil tindakan disiplin. c. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin semakin hari semakin rungsing untuk mengadakan Persidangan Parlimen. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin terpaksa membatal sidang penuh pada 18hb May yang lepas.3) AHLI2 PARLIMEN BERSATU SEMAKIN RISAU: Penguasaan UMNO yang semakin dominan semakin dikhuatiri oleh Ahli-ahli parlimen BERSATU. Pada hari ini, ahli-ahli Parlimen BERSATU sudah hilang suara kerana Presiden mereka sendiri sudah menjadi boneka.
a. Yang lebih risau adalah ahli2 Parlimen BERSATU lompat. Mengikut UMNO, mereka-mereka ini sudah dibuang dari UMNO. Dan tempat mereka tidak akan diberi kepada mereka lagi. Apabila dibubar parlimen, orang-orang seperti Hamzah Zainuddin dan Mas Erdayianti akan menjadi orang biasa dan karier politik mereka tamat. Kecuali kalau mereka boleh menang sebagai calon Bebas. b. Kumpulan ini semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin dan nampak gayanya mereka semakin cenderung kepada Dr. Mahathir. Beberapa pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Dr. Mahathir c. BERSATU secara umumnya sekarang ini seperti telur di hujung tanduk. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
4) KESIHATAN MUHYIDDIN YANG SEMAKIN BURUK: Diberitakan Perdana Menteri dalam Kuarantine selama 14 hari. Namun, di zaman telekomunikasi sekarang ini, itu bukan alasan untuk Perdana Menteri hilang sama sekali dari persada negara. PM boleh sahaja mempengerusi Mesyuarat melalui applikasi Zoom dsbnya
a. Ada khabar lain yang mengatakan Muhyiddin sedang menjalani rawatan di Singapura kerana kanser beliau. Itu lebih masuk akal memandangkan mereka yang menjalani rawatan kanser memerlukan ketenangan dan terpiisah dari masaalah dan beban pemikiran semasa.b. Azmin yang menggantikan Muhyiddin sebagai pengerusi kabinet dibenci oleh UMNO dan GPS serta semua parti-parti dalam PN kecuali PAS. Nampaknya, Haji Hadi Awang sudah boleh menerima amalan LGBT dan seks sejenis. c. Azmin juga bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri tapi itu sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja memandangkan tiada parti yang menyokong beliau.
KESIMPULAN: Ada 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah. Dalam keadaan sekarang, rasanya harapan Muhyiddin untuk kekal sebagai PM semakin hari semakin tipis.
Rampasan kuasa Kedah pun adalah langkah desperado Muhyiddin/Azmin bagi melindungi fakta yang mereka semakin hilang pengaruh dan kawalan.
*TULANG BESI*
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniSumber: Umno tolak sertai PN secara rasmi
Haspaizi Zain
Diterbitkan 6 May 2020, 8:48 pm
Dikemaskini 6 May 2020, 9:34 pm
A+
A-
Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.
Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.
"MT sebulat suara tolak, kita tak mahu jadi parti kecil. Kalau banyak parti dalam PN, Umno tak boleh nak jadi macam dalam BN sebelum ini.
"Sebelum mesyuarat MT, parti melalui mesyuarat biro politik juga sudah menolak cadangan ini.
"Kemudian mesyuarat pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri juga menolaknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Umno memeterai piagam Muafakat Nasional bersama PAS untuk mengabsahkan kerjasama secara rasmi pada akhir tahun lalu. Parti lain dalam BN pula dianggap menyertai gabungan berkenaan melalui Umno.
Menerusi Muafakat Nasional, BN dan PAS menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kepada gabungan PN, sekali gus membawa kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan selama 22 bulan.
Susulan pembentukan kerajaan PN di peringkat persekutuan, beberapa kerajaan negeri yang dikuasai PH juga tumbang selepas krisis politik Februari lalu, yang berlangsung kira-kira seminggu.
Akhir bulan lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan PN bukanlah satu gabungan yang berdaftar secara rasmi dan Umno tidak pernah menyertainya.
"Hubungan Umno dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam PH," katanya yang menegaskan bentuk kerjasama itu berbeza dengan persefahaman dengan PAS dalam Muafakat Nasional yang diurus secara rasmi.
Platform rasmi cerita lain
Dalam pada itu Anggota Majis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan, berkata cadangan untuk mendaftar PN dan Umno sebagai ahli sekutunya perlu diteliti sebaik mungkin.
Pada masa sama, katanya, sokongan Umno terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku perdana menteri tidak perlu diragui.
"Ia perlu dilihat dengan serius apa kebaikan yang Umno dapat dan juga keburukannya.
"Tapi ini bukan bermakna Umno tak sokong PN, kalau tak sokong kita tak berada dalam kerajaan.
"Umno boleh bagi keyakinan bahawa kita sokong PN dan perdana menteri, untuk (PN) jadi platform rasmi itu cerita lain," katanya lagi.
Menerusi PN, Umno berjaya mentadbir kembali negeri yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu di Melaka (sebelum ini ketua menteri daripada Amanah) dan Johor (sebelum ini menteri besar daripada Bersatu).
Di Perak pula, Bersatu kekal memimpin kerajaan Perak meskipun Umno menguasai lebih banyak kerusi di DUN.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiawaves.net/2020/05/keadaan-pn-dan-muhyiddin-semakin-tenat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Tulang+Besi%40Malaysiawaves%29