Keadaan Malaysia Sudah Semakin Parah Ekonomi Hancur Dunia Mula Kecam



Dahulu kita sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. 
Ke mana sahaja kita pergi, apabila orang bertanya kita berasal dari negara mana, dengan yakin kita akan mengatakan, saya berasal dari Malaysia

Jelas terpancar riak cemburu di wajah orang yang bertanya

Mengapa

Kerana Malaysia ketika itu terkenal sebagai sebuah negara yang sangat pesat membangun dari sudut ekonomi, sangat stabil dari sudut politik, menjunjung prinsip demokrasi berpalimen dan sangat harmoni kehidupan rakyatnya yang berbilang kaum

Tetapi sejak Pakatan Harapan mengambil alih, keadaan berubah

Ekonomi Malaysia menguncup, keyakinan pelabur asing hilang, kadar pengangguran meningkat, perlembagaan negara dicabuli, prinsip demokerasi berparlimen dirobek dan ketegangan antara kaum di Malaysia mula memuncak

Dari sebuah negara yang mengamalkan dasar luar bersahabat dengan negara asing, Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir, yang terkenal dengan sikap angkuh dan sombong mengamalkan dasar bermusuh dengan negara-negara kuasa ekonomi dunia

Namun keadaan itu tidaklah seburuk yang Malaysia alami di bawah pemerintahan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin sekarang ini

Ekonomi negara hancur, akibat dari kegagalan kerajaan Muhyiddin membawa masuk pelaburan asing dan pengurusan ekonomi yang gagal telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat hingga mencecah angka 700,000 orang yang masih gagal mendapatkan perkerjaan atau telah diberhentikan kerja, malah kadar pengangguran dijangka akan mencecah ke angka 1,000,000 orang dalam sedikit masa lagi


Bloomberg melapurkan, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi yang PALING PARAH dalam sejarah pada tahun kewangan 2020


Ketika meletusnya konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia antara tahun 1963 hingga 1966, pentadbiran Malaysia pernah dikritik oleh Indonesia dan Filipina kerana salah faham pemimpin mereka terhadap pentadbiran Malaysia

Indonesia menuduh Malaysia melakukan penjajahan baru bila menggabungkan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963

Namun kritikan pentadbiran Indonesia itu tidak mendapat perhatian negara-negara lain kerana menyedari penggabungan itu bukanlah satu bentuk penjajahan seperti yang didakwa oleh Presiden Sukarno

Selepas satu pungutan suara dilakukan oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu terhadap penduduk Sabah dan Sarawak yang secara majoriti bersetuju dengan penggabungan itu, keadaan menjadi tenang semula

Hari ini, pentadbiran Malaysia sekali lagi dikritik oleh pemimpin negara luar, terutamanya dari Asean

Keadaan ini berbeza dengan konfrantasi Malaysia Indonesia

Pentadbiran Muhyiddin dikritik kerana telah mencabuli Perlembagaan Malaysia dan merobek sistem Demokrasi Berparlimen Malaysia

Memalukan, pentadbiran Malaysia sendiri telah dikecam kerana mencabuli perlembagaan negara sendiri

90 Ahli Parlimen dari 7 negara ASEAN telah mengecam tindakan Muhyiddin yang mengisytiharkan darurat serta menggantung Parlimen

Mereka juga mendesak supaya Kerajaan Malaysia membenarkan Parlimen bersidang semula secepat mungkin

Memorandum yang ditandatangani oleh 90 Ahli Parlimen luar negara itu telah diserahkan kepada SPB YDP Agung, Muhyiddin dan Speaker Dewan Rakyat

Di mana maruah kita sebagai negara yang berdaulat, apabila menerima kecaman kerana tidak menghormati perlembagaan yang kita sendiri rangka, tulis dan junjung selama ini!!

Yang paling tidak boleh diterima, apabila ianya mengheret Istana Negara dalam onar yang dilakukan oleh Muhyiddin


Laman blog ini pernah mendedahkan bagaimana Muhyiddin menyorok di dalam Istana Negara demi untuk survivor politik beliau dalam tulisan yang bertajuk Muhyiddin Berselindung Belakang Samping Agung Untuk Ugut Mengugut.
Kalau setakat nama Muhyiddin sahaja yang tercemar, kita tidak kesah kerana beliaulah dan konco-konco beliaulah yang bertanggjungjawab, tetapi kini, disebabkan sikap buruk Muhyiddin, nama baik Raja Raja Melayu serta institusi YDP Agung juga turut tercemar sama kerana yang menandatangani Proklamasi Darurat adalah SPB YDP Agung dan baginda merupakan anggota Majlis Raja Raja Melayu


Penghujung Februari ini, Majlis Raja Raja Melayu akan bersidang, adalah menjadi harapan kita semua agar Raja Raja Melayu akan membuat keputusan yang TEGAS kerana imej negara di mata dunia MESTI dipulihkan

Muhyiddin, Azmin dan Hamzah mesti bertanggungjawab atas segala kerosakan yang telah mereka lakukan semata-mata kerana tamak kuasa





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/02/keadaan-malaysia-sudah-semakin-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih Tahun Ini Bank Dunia

Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih Tahun Ini Bank Dunia

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Ekonomi Malaysia dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan positif tahun ini bersama ekonomi global lain susulan kemajuan pelancaran vaksin yang bakal meningkatkan semula penggunaan di seluruh dunia kata Bank Dunia Ketua Ahli Ek...
Kes Covid 19 Semakin Menurun Di Seluruh Dunia Tapi Di Malaysia Terus Melonjak Naik

Kes Covid 19 Semakin Menurun Di Seluruh Dunia Tapi Di Malaysia Terus Melonjak Naik

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 407 hits
February 7 2021 Penularan pandemik Covid 19 semakin perlahan untuk minggu ketiga berturut turut dan jumlah kes baharu kini di tahap terendah sejak akhir Oktober lalu dengan jumlah jangkitan baharu turun separuh di Afrika Selatan menurut pan...
Penganalisis Ekonomi Profesor Dr Hoo Ke Ping Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Penganalisis Ekonomi Profesor Dr Hoo Ke Ping Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 340 hits
Penganalisis dan Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di ibu negara pada Sabtu Berita itu disahkan Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara Dr Kamaru...
Berapa Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Suku Keempat 2020

Berapa Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Suku Keempat 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 334 hits
Astro AwaniEkonomi domestik dijangka akan menghadapi cabaran seterusnya pada suku pertama 2021 berikutan penguatkuasaan PKP 2 0 KUALA LUMPUR Menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia 2020 pada tengah hari ini Maybank Investm...
Malaysia Perlu Lebih Tegas Kecam Junta Tentera Myanmar

Malaysia Perlu Lebih Tegas Kecam Junta Tentera Myanmar

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 303 hits
Malaysia sewajarnya mengecam rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar dan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata kerajaan Malaysia harus menyuarakan banta...
Ekonomi Malaysia Menyusut Paling Rendah Sejak 1998

Ekonomi Malaysia Menyusut Paling Rendah Sejak 1998

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 279 hits
Ekonomi Malaysia menyusut 3 4 peratus pada suku ke empat 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Sementara itu ekonomi tahun penuh 2020 pula turut menyusut sebanyak 5 6 peratus terendah sejak 1998 Selain itu antara fa...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak