Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita Apa Kata Ustaz Azhar Idrus




UNTUK maklumat lanjut mengenai hukum wanita bergusti dalam Islam, sila lihat ini...




Ustaz Azhar Idrus ( Original )4 September 2015 · 

Hukum Bersukan Dalam Islamoleh Syeikh`Atiyyah Saqr
Ketua Lujnah Fatwa Universiti Al-Azhar Mesir :

Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” 

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah.

Bagaimana Islam Memandang Sukan?

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. 

Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.

Kesan Sukan Kepada Badan :

Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. 

Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :

Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.

Adab Bersukan Dalam Islam :

Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.

Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. 

Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” 

Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. 

Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar becanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. 

Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: 

“Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Lihat juga..Gadis Berhijab Gegarkan Dunia, Tawan Gelanggang Gu..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/hukum-sukan-gusti-bagi-wanita-apa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 516 hits
Setiap daripada kita pasti ada haiwan haiwan yang ditakuti namun ada sebahagian haiwan yang memang digeruni oleh sebahagian besar manusia atas alasan ia merbahayakan atau boleh mendatangkan penyakit Antara haiwan yang ditakuti ramai ialah u...
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2019

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2019

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 565 hits
Berikut adalah jadual ceramah kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Julai 2019 Maklumat berguna buat rujukan para pembaca Muslim terutamanya peminat ceramah dan soal jawab agama Ustaz Azhar Idrus Ustaz Azhar Idrus atau dikenali juga dengan s...
Ikat Salur Peranakan Haram Kalau Tak Mudaratkan Nyawa Isteri Ustaz Azhar Idrus

Ikat Salur Peranakan Haram Kalau Tak Mudaratkan Nyawa Isteri Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 382 hits
Kehamilan dan kelahiran adakalanya mengundang kesan buruk kepada wanita apatah lagi yang boleh mengancam nyawa Mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation salah satu cara untuk mengelakkan terjadinya kehamilan Atas alasan sudah m...
Kemenag Percayakan Peristiwa Wanita Bawa Anjing Di Masjid Ke Proses Hukum

Kemenag Percayakan Peristiwa Wanita Bawa Anjing Di Masjid Ke Proses Hukum

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 287 hits
Wawan menyesalkan peristiwa yang viral di media sosial tersebut Meski demikian Wawan berharap umat Islam tidak terpancing untuk bertindak anarkis dan menyerahkan penyelesaian masalah ini pada aparat
Ahli Gusti Wanita Tumbangkan Lelaki

Ahli Gusti Wanita Tumbangkan Lelaki

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 487 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tragedi Ustaz Ebiet Liew Ini Kata Seniman Ebit G Ade

Tragedi Ustaz Ebiet Liew Ini Kata Seniman Ebit G Ade

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 295 hits
HALAMAN HIBURANBerita Ebiet Liew terlibat nahas kereta nyaris terbalik akibat dihimpitKUALA LUMPUR 13 Julai Penceramah bebas Ebiet Liew kemalangan dekat Lebuh Raya Utara Selatan di Seremban Keretanya nyaris terbalik akibat dihimpit sebuah k...
Bosskur Mencari Bakat Baru E Sukan Wanita Untuk Sertai Mereka

Bosskur Mencari Bakat Baru E Sukan Wanita Untuk Sertai Mereka

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 768 hits
Bosskurr Gaming kini mencari beberapa bakat baru untuk bahagian penstriman langsung pengurusan dan hiburan Dalam satu kenyataan hari ini Bosskurr berkata mereka mencari penggiat penggiat e sukan wanita bagi menyertai bahagian bahagian baru ...
Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1020 hits
Seperti yang diketahui gusti adalah pergerakan yang melibatkan pergelutan fizikal antara dua individu Ia bukan pergaduhan biasa sebaliknya ia memerlukan teknik fizikal yang melibatkan pergerakan seperti memegang mengunci dan memeluk para la...
Penjelasan Polisi Soal Proses Hukum Wanita Bawa Anjing Ke Masjid Meski Tak Ditahan

Penjelasan Polisi Soal Proses Hukum Wanita Bawa Anjing Ke Masjid Meski Tak Ditahan

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 314 hits
Dicky menambahkan bila kemudian ada rekomendasi kasus dihentikan menurutnya hal itu menjadi kewenangan majelis hakim Namun dipastikan kepolisian akan menuntaskan pengusutan kasus ini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025