Keadaan Di Pasir Gudang Terkawal Gerakan Bersepadu Agensi Kerajaan


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengenal pasti pihak terlibat dan bersalah dalam pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang yang sehingga kini menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam di kawasan itu.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar selepas melawat mangsa-mangsa pencemaran kimia yang dirawat di Hospital Sultan Ismail di Pasir Gudang, Johor semalam.

Kejadian yang bermula pada 7 Mac lepas itu kini terkawal selepas pelbagai agensi kerajaan yang digerakkan segera secara bersepadu ke kawasan terjejas bagi menjalankan usaha menangani masalah itu dan memberikan rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Antara agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat dalam menangani kejadian pencemaran sisa bahan kimia itu ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.

Turut terlibat dalam operasi pengurusan krisis itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat), Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Kementerian Pendidikan yang telah berada di lokasi kejadian bagi tujuan operasi.

Sehingga kini seramai 2,775 orang dirawat di beberapa hospital di Johor akibat pencemaran kimia dengan tujuh daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Kejadian itu turut menyebabkan Kementerian Pendidikan mengarahkan penutupan semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan guru.

Sejumlah 92 tadika dan taska di kawasan terjejas juga telah mengambil tindakan sama bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata seramai 1,483 daripadanya ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Pasir Putih manakala 423 orang lagi ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Mawar. Kedua-dua pusat itu dibuka sejak 11 Mac.

Sebanyak 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismai, selain terdapat 869 mangsa mendapatkan rawatan secara terus di hospital dan klinik-klinik di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru tanpa merujuk kepada Medic Base yang dibuka.

Bagi memastikan jumlah mangsa berada pada tahap terkawal, kerajaan negeri telah mengambil pemantauan udara secara berkala dalam memastikan orang ramai sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkenaan insiden itu.

Pada masa sama, penduduk dinasihatkan agar lebih peka dengan persekitaran dan mengikut arahan pihak berkuasa daripada masa ke semasa memandangkan usaha melakukan pembersihan pencemaran toksik itu sudah pun dimulakan.

Sementara itu, kecekapan dan kepakaran agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terutama petugas perubatan dan keselamatan turut mendapat pujian Perdana Menteri kerana berjaya mengawal impak pencemaran daripada menjadi lebih teruk.

“Mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital sekolah dan lain lain, mereka telah menangani masalah ini dengan cekap dan berhasil,” kata Dr Mahathir yang turut menyifatkan kecekapan doktor dan petugas perubatan sebagai ‘luar biasa’ kerana sedar dan tahu bagaimana menangani ‘gas beracun’ seperti itu.

Menteri Tenaga, Sains, teknologi, Alam Sekitar dan perubahan Iklim Yeo Bee Yin ketika menjawab soalan berhubung perkara itu di Parlimen hari ini menegaskan kementerian komited untuk menyiasat insiden itu sehingga akar umbi dan membawa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu ke muka pengadilan.

“Kementerian telah menggerakkan sumber dari negeri-negeri lain ke Johor untuk memeriksa kesemua 254 kilang kimia di kawasan sekitar Pasir Gudang dalam masa tiga hari,” katanya.

Beliau berkata tindakan awal yang diambil ialah menahan tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang di bawah peruntukan Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

“Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara tidak lebih lima tahun…ini hanya untuk Akta di bawah kementerian ini, jika ada siasatan polis atau agensi lain, maka pendakwaan boleh dibuat,” katanya.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/keadaan-di-pasir-gudang-terkawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Jika Kerajaan Isytihar Darurat Bencana Di Pasir Gudang

Awas Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Jika Kerajaan Isytihar Darurat Bencana Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 309 hits
1 Kecoh dalam media sosial nitizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana 2 Saya tak tahu sama ada mereka ini benar benar faham atau tidak apakah kesannya apabi...
Kerajaan Ph Masih Mengkaji Tahap Keseriusan Pencemaran Di Pasir Gudang

Kerajaan Ph Masih Mengkaji Tahap Keseriusan Pencemaran Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata belum tiba masanya untuk kerajaan mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang susulan kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim Katanya kerajaan masih mengkaji...
Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 367 hits
DEWAN RAKYAT Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan Hassan Karim menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimennya susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim sejak minggu lalu Sebagai ahli Parlimen saya men...
Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 530 hits
Sebelum ini Menteri Besar Johor Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat Kesal dengan kenyataan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ism...
Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 406 hits
Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya ba...
Sebilangan Penduduk Mula Tinggalkan Pasir Gudang

Sebilangan Penduduk Mula Tinggalkan Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 260 hits
THE MALAYSIAN TIMES JOHOR BAHRU Khuatir dengan keadaan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang sehingga kini menyebabkan lebih 900 orang dirawat sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif...
Tentera Sedia Di Pasir Gudang Jika Darurat Mahu Diisytiharkan

Tentera Sedia Di Pasir Gudang Jika Darurat Mahu Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 314 hits
BORHAN AHMAD Pasukan tentera sudah dihantar untuk membantu kerja kerja di lapangan kata Menteri Pertahanan Beberapa pasukan Angkatan Tentera Malaysia telah dihantar ke Pasir Gudang bagi membantu operasi pemulihan dan bagi mengenalpasti baha...
Suspek Buang Toksik Di Pasir Gudang Belum Dapat Didakwa

Suspek Buang Toksik Di Pasir Gudang Belum Dapat Didakwa

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 391 hits
PENDAKWAAN terhadap pemilik kilang tayar kitar semula haram yang bertanggungjawab membuang bahan kimia ke Sungai Kim Kim dan menyebabkan krisis kesihatan di Pasir Gudang terpaksa ditangguh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan P...
Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 323 hits
PASIR GUDANG Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sek...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang