Sebilangan Penduduk Mula Tinggalkan Pasir Gudang


THE MALAYSIAN TIMES


JOHOR BAHRU: Khuatir dengan keadaan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang sehingga kini menyebabkan lebih 900 orang dirawat, sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif meninggalkan kediaman mereka buat sementara.

Mereka mengambil keputusan keluar dari kawasan itu demi memastikan keselamatan diri dan keluarga mereka.

Seorang daripada mereka, Mahirah Ahmad Helmi, 32, berkata beliau hari ini membawa dua anaknya – berusia tiga tahun dan lima bulan ke Kempas, di sini untuk tinggal di rumah bapa mertuanya.

“Sejak beberapa hari lalu, anak pertama saya batuk-batuk, anak kedua pula mengalami mata merah.
Saya telah bawa mereka ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk membuat pemeriksaan.

“Mulai hari ini, saya akan tinggal sementara di rumah bapa mertua malah sejak semalam, semua jiran saya sudah mula meninggalkan rumah masing-masing kerana merasakan kehidupan kami di situ (Pasir Gudang) terancam,” katanya yang tinggal di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Mahirah yang merupakan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 turut berharap proses pembersihan sungai dapat dijalankan dengan segera, bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Seorang lagi penduduk, Abdul Rahim Abdul Rahman, 47, berkata beliau telah membawa tiga anaknya menginap di sebuah hotel di pusat bandar sejak malam tadi.

Ini kerana beliau enggan mengambil risiko terhadap keselamatan anak-anaknya tambahan pula sekolah mereka telah diarap tutup semalam.

“Kami tinggal di hotel kerana merasakan tidak perlu untuk terus berada di rumah kami di Taman Bukit Dahlia…ada banyak sangat maklumat mengelirukan tentang insiden ini,” katanya.

Kejadian pencemaran bahan kimia sejak 7 Mac itu sehingga kini menyebabkan 947 orang awam terpaksa mendapatkan rawatan dengan sembilan daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi dan semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup serta merta.–Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/sebilangan-penduduk-mula-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Keperluan Pindah Penduduk Pasir Gudang Kata Pm

Tiada Keperluan Pindah Penduduk Pasir Gudang Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 329 hits
Tiada keperluan pindah penduduk Pasir Gudang kata PM Dikemas kini 31 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Mar 2019 8 3
Tiada Keperluan Darurat Di Pasir Gudang Pm

Tiada Keperluan Darurat Di Pasir Gudang Pm

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 464 hits
JOHOR BAHRU 14 Mac Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dalam keadaa...
Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 728 hits
Sebelum ini Menteri Besar Johor Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat Kesal dengan kenyataan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ism...
Ini Doa Untuk Pasir Gudang Amin

Ini Doa Untuk Pasir Gudang Amin

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 428 hits
SAYA mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera Sebagai tanda prihatin PAS telah menggerakkan Khidmat Malay...
Pas Sokong Usul Darurat Di Pasir Gudang

Pas Sokong Usul Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 465 hits
KL PAS menyokong penuh usul isytihar darurat yang dibentang Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim di Parlimen petang ini Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata situasi semasa di Pasir Gudang ketika ini memerlukan isytiha...
Situation In Pasir Gudang Under Control

Situation In Pasir Gudang Under Control

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 374 hits
Some students from Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih Pasir Gudang being treated for exposure to the chemical pollutants Bernama Photo KUALA LUMPUR The government is in the midst of identifying the culprits behind the chemical po...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan Sangat Luar Biasa