Keadaan Abnormal Ini Mesti Berakhir Tok Mat




Semua orang sekarang menggunakan terma ‘new normal’ bagi menggambarkan kehidupan kita semenjak pandemic coronavirus ini.
Kita dinasihat untuk melakukan penyesuaian terhadap ‘a new normal’ ini sehingga vaksin di temui.
Bagi saya, semua ini adalah ‘a new abnormal’. Dan kita bukan sahaja mesti menyesuaikan diri dengan ‘abnormality’ ini, tetapi mesti segera mengakhiri segala ‘abnormality’ ini.
Kita harus kembali ke kehidupan yang asasi, lumrah dan tabii. Apa yang kita lalui sekarang adalah sangat ‘abnormal’.
Tidak solat berjemaah tidak mungkin akan menjadi ‘a new normal’. Ia adalah ‘abnormality’ yang mesti segera kita akhiri kerana kita sangat rindu dengan masjid, surau dan musolla kita serta para kariahnya.
Tidak boleh memberikan penghormatan terakhir kepada mereka yang kita sayangi adalah ‘abnomal’ dan sangat asing. Ia bukan budaya dan cara kita berkehidupan. Kita mesti kembali boleh memandi, mengkafan dan melakukan solat terakhir untuk mereka yang sangat kita cintai.
Tidak boleh berterawih dan bermoreh di Masjid semasa Ramadhan adalah asing. Seumur hidup saya, tidak pernah satu Ramadhan yang semua ini tidak dilakukan.
Sesungguhnya, seluruh umat Islam sangat merindui Ramadhan yang meriah dengan amal soleh dan dengan ibadah tidak putus-putus serta dilakukan secara bermasyarakat.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita mesti memerangi pandemic ini dengan bersungguh-sungguh dan mengembalikan kehidupan lazim kita.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak boleh bersendirian memerangi wabak ini bagi pihak kita. Sekarang kita mesti melakukan peranan kita sebagai individu, masyarakat dan rakyat Malaysia. Bahawa akhiran wabak ini mesti bermula dari kita.
Mulai sekarang, kita fahamkan kepada anak-anak dan keluarga kita, tanpa kebersihan peribadi, pandemic ini tidak akan berakhir.
Tanpa penjarakkan sosial, ‘abnormality’ ini akan merampas kehidupan dan kebebasan kita. Sekolah tidak boleh berfungsi, perniagaan lumpuh dan pengangguran akan meningkat.
Kerajaan telah mengumumkan bahawa beberapa sector ekonomi boleh beroperasi sepenuhnya. Ini adalah sebahagian dari “recovery strategy” yang tepat. Saya menyeru agar strategi keseluruhan dan fasa pelaksanaanya segera di umumkan.
Agar kita punya masa untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada rakyat tentang dua perkara. Pertama bagaimana kita harus menyesuaikan diri dengan ‘abnormality’ ini dan kedua, bagaimana kita mesti mengakhirinya.
Samada PKP ini akan berakhir Mei ini atau tidak, masyarakat mesti segera difahamkan tentang pelbagai ‘recovery strategy’ ini. Sains mempunyai jawapan untuk ‘recovery strategy’ yang berimbang ini. Dapatan sains terkini dan termaju, bukan politik atau pertimbangan lain, mesti menjadi asasnya.
‘Stay home’ tidak boleh menjadi kelaziman baru yang berpanjangan. Ia akan menjadi sesuatu yang ‘counterproductive’ kerana perniagaan, pekerjaan dan keusahawan mesti kita selamatkan.
Persekolahan dan pembelajaran tidak lagi boleh tertunda. Kehidupan beragama, kegiatan sosial dan kelestarian komuniti kita mesti kembali sesuai adat, budaya dan resam masing-masing.
Virus ini tidak boleh menenggelamkan tamadun, kemajuan, kebudayaan dan kehidupan beragama dan bermasyarakat kita.
Kita hanya ada satu misi waktu ini, iaitu mengalahkan pandemic pathogen dan mengakhiri fasa ‘abnormality’ ini dengan ‘recovery strategy’ yang seimbang, ampuh dan tuntas.
Hanya dengan kejayaan misi ini, kita akan kembali kepada kehidupan ‘normal’ yang sesuai dengan fitrah, budaya dan citra masyarakat dan agama kita.
Dato’ Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan. Timbalan Presiden UMNO Malaysia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/29/keadaan-abnormal-ini-mesti-berakhir-tok-mat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keadaan-abnormal-ini-mesti-berakhir-tok-mat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Covid19 Bersungguh Sungguh Supaya Abnormal Ini Berakhir Tok Mat

Lawan Covid19 Bersungguh Sungguh Supaya Abnormal Ini Berakhir Tok Mat

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 249 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersungguh sungguh melawan pandemik COVID 19 untuk mengembalikan kehidupan lazim Mohamad berkata a new normal yang disebut sebut sekarang merupakan a new a...
We Must Not Only Adapt To This New Abnormal But Hastily End It Says Tok Mat

We Must Not Only Adapt To This New Abnormal But Hastily End It Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 333 hits
Being forced to practise social distancing or to stay at home to stem the spread of the Covid 19 is not the new normal but the new abnormal which needs to be ended immediately says Datuk Seri Mohamad Hasan With Malaysia now in the recovery ...
More Like New Abnormal Tok Mat Says On New Normal

More Like New Abnormal Tok Mat Says On New Normal

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 246 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan has urged Putrajaya to announce a holistic strategy and implementation plan for Malaysians to adapt and subsequently move on from the new normal caused by...
Tok Mat Sah Tolak Jawatan Dalam Glc Mahu Fokus Pada Umno

Tok Mat Sah Tolak Jawatan Dalam Glc Mahu Fokus Pada Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 606 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan mengesahkan beliau menolak pelantikan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan Mohamad berkata penolakan itu dibuat bertujuan memberikan sepenuh tumpuan kepada parti Ya saya tolak jawatan di sebuah GLC Say...
Tok Mat S Loud And Clear Message

Tok Mat S Loud And Clear Message

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 252 hits
Raja Sara PetraIf there was any confusion as to what Umno s agenda is Umno Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan s reply to DAP s Ong Kian Ming clears up that confusion Actually in the first place there should not have been any confusio...
Tok Mat Perikatan Just An Understanding Umno S Allegiance With Muafakat Bn

Tok Mat Perikatan Just An Understanding Umno S Allegiance With Muafakat Bn

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 282 hits
Umno being the country s largest Malay based political party will field candidates in all seats that it has traditionally contested as well as those it has the potential to win in the next general election says Datuk Seri Mohamad Hasan The ...
Tok Mat Tunjuk Teladan Baik Tolak Tawaran Terajui Glc Kata Syed Saddiq

Tok Mat Tunjuk Teladan Baik Tolak Tawaran Terajui Glc Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 410 hits
Syed Saddiq menghormati Mohamad Hasan dan tidak pernah menafikan sumbangan pemimpin Umno dalam politik negara PETALING JAYA Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan Mohamad menunjukkan tela...
Tolak Terajui Tnb Syed Saddiq Puji Keputusan Tok Mat

Tolak Terajui Tnb Syed Saddiq Puji Keputusan Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 398 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji tindakan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang menolak pelantikan bagi menerajui Tenaga Nasional Berhad kerana mahu menumpukan perhatian kepada parti Beliau berkata pendi...
Malaysia Perlu Transformasi Kepada Kerajaan Digital Secara Total Tok Mat

Malaysia Perlu Transformasi Kepada Kerajaan Digital Secara Total Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 233 hits
Pandemik COVID 19 memberikan negara satu pengajaran besar bahawa sistem penyampaian kerajaan mesti kalis krisis dan tidak boleh dilumpuhkan kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Tegasnya tranformasi kepada Kerajaan Digital se...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap