Ke Sana Ke Sini
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Ke Sana Ke Sini. Actually tak tahu nak bagi tajuk apa entry nih! ke sana ke sini pun bolehlah kot ngeh! ngeh! ngeh! catchy gitttewww.... Last Saturday outing bersama Aryssa dan Adik. Aryssa nak pergi sekolah ambil buku teks yang dia tertinggal kat dalam meja kelas beberapa bulan yang lalu. Ntah! ya tertinggal ke sengaja tinggal ntah! Dah lama nak ambil tapi tak bolehlah cause PKP gittewww... Lagi satu tempat nak pergi adalah Celcom Center di Seremban Gateway cause grace period sim kad Aryssa dah tamat.
Ke Sana Ke Sini.
Selphi-selpot kat Celcom Bluecube pastu kena sound no camera Sis! yolah ini phonelah muaahhhaaaaaa.... #annoyyingHai!!!lah Aryssa sabar yolah ibu kau ni ya.... si Aryssa ni punyalah ting tong sampai grace period sim kad dia tamat barulah sibuk nak top-up. Dia tak alert dan rasa tak penting pun nak top-up tu cause kat rumah ada wi-fi time PKP boleh aje dia online. Walaupun celcom dah banyak kali warned dia tak endah sampailah dua minggu lepas WhatsApp dia tiba-tiba un-install baharulah bising-bising dan beria-ria nak beli sim kad. Nak sim kad pulak nombor yang sama. Kononnya pergi Celcom Center tu nak beli sim kad nombor yang sama, dia sayang nombor tu dah lama pakai lagipun semua kawan-kawan tahu nombor tu.
Gigih tau Mrs. A pergi Celcom Center a.k.a Celcom Bluecube kat Seremban Gateway walaupun ini pertama kali drive sendiri ke Seremban Gateway, sanggup tu demi anak-anak punya pasal. Pernahlah pergi Seremban Gateway sebelum ni, tapi dengan gang lunch dan Mr. A. Drive sendiri ini yang pertama. Adoiiila.... nak masuk Celcom Bluecube time tu pun kena queue. Tapi tulah apsal ntah masalahnya lane tak bergerak-gerak. Mujurlah time ada seorang staf Celcom keluar Mrs. A minta Aryssa tanya nak beli sim kad pun kena beratur ke? Kemudian dia jawab emak sorang je boleh masuk so Mrs. A pun apa lagi scan bar code terus ajelah masuk.
Ke Sana Ke Sini.
Terus ke kaunter mamat niAda apa yang boleh saya bantu katanya? Mrs. A bagitahulah yang grace period sim kad anak dah tamat so sekarang nak beli sim kad yang baharu tapi nak nombor yang sama. Kemudian dia pun minta IC Mrs. A pastu dia pun check kat sistem sambil tanya Mrs. A "pernah guna line telco lain-lain tak sebelum ni?" Mrs. A tak ingat dah pernah guna line Digi kekdahnya, tapi itu kisah dua dekad yang lalu memanglah kalau dia tak ingatkan a.k.a kat dalam sistem depa tu ada uols! Mrs. A seriously dah lupa. Pastu dia kata kalau nak guna nombor yang sama jugak kena guna line a.k.a postpaid dan kena settle bil Digi tu jugak. Choiii! tak nak! Mrs. A line Digi tu dulu pun bukan Mrs. A yang guna. Adik ipar yang guna zaman dia belajar dulu. Ntah berapa bil pun Mrs. A tak tahu dan tak nak ambil tahu jugak.
Di pendekkan cerita Mrs. A beli aje sim kad yang baharu. Sorrylah Aryssa ya!!! tak dapat nak maintain nombor yang sama. Sambil tu sempat jugaklah Mrs. A membebel kat mamat tu sekadar luahan perasaan gittewwww.... "ntah apa-apa je Celcom ni itu bil 20 tahun lampau dah kategori bad debt hapuskira sudahlah bro!". hurmmm... mamat tu tak cakap apa pun tersengih sambil kata tak bolehlah Sis. Mujurlah Aryssa pun okay dia terima aje tak banyak bunyi pun. Berani dia nak banyak bunyi hahahaaa... memang tak lah dia pun tahu salah dia.
Alhamdulillah settle satu perkara. Pastu Adik pulak sibuk lapar ajak pergi makan. Adik nak makan Mc Donalds je mulanya Mrs. A tak nak cause Mrs. A semalam tu baru aje makan. So ajaklah depa naik ke level 1 menuju ke TWS (The Windmill Station) confident aje masuk sambil terus duduk pastu bila tengok menu dua tiga kali cari mana pulak menu sirloin steak ni tak jumpa yang ada semua menu makanan korea. So Mrs. A pun panggillah staff sambil tanya menu lunch set takde ke katanya weekend takde week days aje ada. Sambil Mrs. A tanya jugak ni TWS kan? Eh! bukan kaka ni Korean Cuisine katanya kah! kah! kah! kah! kah! dengan selamba Mrs. A cakap eh! silap oklah tak jadi ya.
Ke Sana Ke Sini.
Finally pergi jugak lunch kat Mc D Gateway.
Sosial distancing sungguh
Duduk di tempat bertanda right sahajaWalaupun Mrs. A nak drive thru sahaja tapi Adik dan Aryssa nak makan kat McD so nak bagi depa puashati Mrs. A layankan aje. Ha! baharu tahu macam-macam SOP kena follow sabar yolah. Takpelah biar rasa sendiri so dah ada pengalaman later maybe seriklah kot. Itupun tak boleh berlama-lama makan tu kalau boleh make it 30 minit sahaja. Dah settle makan-makan tu terus aje pulang ke rumah lagipun cuaca time tu hujan renyai-renyai. Okay itu sahaja nak share kisah Ke Sana Ke Sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/06/ke-sana-ke-sini.html