Ke Melaka Tanpa Dirancang


 Assalamualaikum...

PAGI-PAGI semalam, Sk dah ajak Pak Inche dan Iman keluar bersarapan di Ashoka Curry House, Jalan Dapat. Sejak post tentang Curry Lovers tu, doklah teringat-ingat Kentang Masala dia yang sedap tu, hahaha.  Jadi, pagi tu memang SK tak sediakan sarapan la, kebetulan telur pun memang tinggal tiga biji dan roti pun tak beli. Sampai Ashoka, Iman makan tosei dua keping, Pak Inche makan roti puree satu set (ada dua keping) dan roti canai sekeping, Sk makan tosei masala satu, nyum nyum...  Lepas makan, pergi tambah nombor plat kereta, huruf J tanggal dari landasan, lepas tu kami ke Paradigm Mall sebab nak cari vakum baru, vakum lama dua-dua dah wassalam.. cuma tak berganti sebab tak nak beli vakum asal boleh, lepas tu sedut macam siput, huhu


Masa di Paradigm, Pak Inche tanya, lepas ni nak pergi mana? Sk jawablah, mana-mana pun boleh, dia pun kata, kita pergi Muar, nak? Eh, alang-alang pergi Muar, baik kita gi Melaka terus... hahahah. Sebenarnya, Sk ada sebab tu jawab macam tu.. kalau tak jangan haraplah SK nak layan tambahan esoknya kerja, kan. Kira ada kepentingan laaa.. kemahennn.. hahaha.. baru sampai Machap, Pak Inche dah mengantuk, terus SK pandu dengan syoknya sebab jalan lengang cuma banyak lori. Sampai sempadan Melaka, kami ditukarkan untuk memandu di lorong sebelah sebab ada tumpahan minyak yang sedang dibersihkan bomba. Alhamdulillah, perjalanan lancar, tak sampai dua jam dah sampai Ayer Keroh... Melaka pun tak jem macam selalu, agaknya sebab sekarang tengah perlaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kan. Haiiii... bilalah covid ni nak ditemui penawarnya..
😭

Kalau dah sampai Melaka, haruslah ke Klebang pekena Coconut Shake. Nampak macam ramai kan, haha, tiga beranak ajelah. Sampai sini wajib juga minum air kelapa muda pior, makan nasi lemak bungkus dan onde-onde favourite Pak Inche. Sk ambil cucur bawang tu, mak aihhh, punyalah keras, menyesal ambil


Lengang betul suasana di Klebang padahal hari Sabtu, kan. Cuma beberapa meja sahaja yang diduduki tak macam selalu, nak dapat kerusi pun susah, nak pesan makanan pun kena beratur panjang. 

Nampak tak, tak ada siapa yang beratur untuk ambil minuman. Oh, ya.. sekarang di sini semua layan diri, rasanya kali terakhir Sk datang sebelum ni pun dah layan diri tapi kali ni best la, tak payah beratur panjang, tapi tak happening la.. nak kena berebut-rebut baru meriah, hahaha


Carpark pun kosonggggggggggg.. 

Dari sini kami ke Medan Ikan Bakar Alai. Sebab sebelum ni dah pernah makan di Mukmin Ikan Bakar dan sedap, jadi kami ke sini lagi. Tapi, nasib kami tak baik kali ni, sambal nasi lemak hangusssssssssss


Sotong Bakar yang sedap dicicah dengan air asam dan sambal kicap. Kami ambil juga Sotong Goreng Tepung, tu kalau tak ada menangis tepi bucu meja, haha


Ikan Jenahak Bakar, juga cicah air asam dan sambal kicap tapi ikannya dah tak elok. Kami pulangkan, dah ikannya berbau, kan. Tapi pihak kedai ni macam tak nak terima aduan kami, dia tanya, kami tak pernah makan ikan jenahak ke, ikan tu elok. Sabar ajelah, dia ingat kami saja nak makan free ke?Walaumacammanapun kami tak perlu banyar harga ikan ni.. kami pun saling bermaafan, kira kosong kosong la.. Pak Inche pun cakap, masa PKP ni mungkin awak pun tak tahu dapat stok ikan lama


Balik dari Melaka singgah Batu Pahat, mula nak makan Mee Racun lepas tu tukar plan, kita mengesup di Sup Sitam. Sk ambil Sup Campur siap gear box tulang kambing, lembut betul dagingnya lerai dari tulang. Tak makan dengan sambal kicap pun dah sedap sangat Sup Sitam ni tau


Layan sup dengan roti sambil minum kopi memang rasa dah warga emas sangat dah ni.. hahha. Iman tak nak, maklumlah.. orang muda. Tapi, Sk dari muda-muda dulu pun tiap malam balik kerja suka singgah makan Sup Kambing di medan selera Sungai Segget, ahhhh.. rindunya bila teringat

Burppp... Alhamdulillah
Berapa kali Iman pujuk suruh ambil EL hari ni, Sk kuatkan jugak semangat pergi kerja, sayang ooo cuti dan reputasi





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/ke-melaka-tanpa-dirancang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Desert Atau Padang Pasir Klebang Yang Mengujakan

Melaka Desert Atau Padang Pasir Klebang Yang Mengujakan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 851 hits
Padang Pasir Klebang atau melakadesert terletak di dalam kawasan Pantai Klebang Melaka Pantai Klebang yang amat popular sejak dari dulu lagi ini telah mengalami perubahan yang drastik setelah projek tambak The post first appeared on
Nasi Kepal Di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka

Nasi Kepal Di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 709 hits
Kali pertama umi makan nasi kepal yang dibulat bulatkan dimakan bersama dengan sup Ianya hanya boleh didapati di Nasi Kepal di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka Walaupun dah lama popular nasi kepal ni ia tetap baru bagi umi Sebelu...
Kereta Baharu Km Melaka Sekarang Adly Zahari Jawab Fitnah Pemuda Umno Kota Melaka

Kereta Baharu Km Melaka Sekarang Adly Zahari Jawab Fitnah Pemuda Umno Kota Melaka

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 298 hits
Kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka bahawa permohonan pembelian kenderaan dibuat dikala saya memegang jawatan Ketua Menteri adalah suatu fitnah 2 Dikala saya menjawat jawatan Ketua Menteri saya mewarisi dari kerajaan terda...
Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 530 hits
Punya lah lama ana simpan agar agar tali ni cadangnya nak buat agar agar kelapa muda Sampai ke hari ni belum lagi jumpa kelapa muda dengan isi nya last last semalam Kak Long ajak buat agar agar santan jer Memandangkan ada seketul gula melak...
Sogok Jawatan Siasat Segera Muhyiddin Amk Melaka

Sogok Jawatan Siasat Segera Muhyiddin Amk Melaka

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 224 hits
Angkatan Muda KEADILAN Melaka menyeru agar pihak polis segera menyiasat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan cuba menyogok jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha menge...
Minum Coconut Shake Di Klebang Original Coconut Shake Melaka

Minum Coconut Shake Di Klebang Original Coconut Shake Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 629 hits
Kalau korang perasan mama ni selalu singgah ke Melaka kan Banyak post mama berkenaan Melaka Seperti yang mama pernah mention sebelum ni Melaka memang sentiasa ada banyak tarikan dan mama tak pernah khatam lagi kesemuanya Baru baru ni mama s...
Melaka Pesakit Warga Emas Covid19 Miang

Melaka Pesakit Warga Emas Covid19 Miang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 282 hits
Seorang jururawat di Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki warga emas yang sedang mendapatkan rawatan Covid 19 di hospital itu Sabtu lalu Mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan diganggu lelaki miang berusia ...
Sederet Kedai Di Pekan Umbai Melaka Terbakar Malam Ini

Sederet Kedai Di Pekan Umbai Melaka Terbakar Malam Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 381 hits
MELAKA 11 OKT Sederet kedai di Pekan Umbai Jasin Melaka terbakar pada jam 7 40 malam ini Tiada kemalangan jiwa dilaporkan Punca kebakaran masih disiasat
Percutian Tak Dirancang Di Sailor S Rest Homestay Janda Baik Pahang

Percutian Tak Dirancang Di Sailor S Rest Homestay Janda Baik Pahang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 279 hits
Salam to all readers Lama tak buka blog tengok tengok layout dah baru sampai tak tahu nak guna macam mana Okaylah memandangkan aku ada masa lapang sikit aku nak share dengan korang semua pengalaman aku bercuti di Sailor s Rest Homestay Jand...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya