Melaka Pesakit Warga Emas Covid19 Miang


 

Seorang jururawat di Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki warga emas yang sedang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital itu, Sabtu lalu.


Mangsa berusia 29 tahun itu, dikatakan diganggu lelaki 'miang' berusia 60 tahun itu ketika sedang menguruskan pesakit terbabit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 5.45 petang.


Warga emas terbabit dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan terhadapnya.


Susulan itu, jururawat wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ke atas dirinya.


Salinan laporan polis itu turut tular di media sosial sejak malam kelmarin.



Menurut laporan polis berkenaan, mangsa sedang menguruskan pesakit itu dan mengambil darah dalam sebuah wad ICU hospital sebelum terkejut apabila warga emas itu mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.


Difahamkan, lelaki itu pada mulanya menerima panggilan telefon dari seorang wanita dipercayai isterinya dan membuka pembesar suara ketika berkomunikasi.


Berdasarkan perbualan itu, pemanggil berkenaan bertanyakan apa yang sedang dilakukan sebelum dia menjawab dengan kata-kata lucah.


Tindakan itu menyebabkan jururawat terbabit panik itu memandangkan hanya dia bersama lelaki itu berada di dalam bilik berkenaan.


Tidak terhenti di situ, sejurus menamatkan panggilan, warga emas berkenaan kemudian meminta jururawat terbabit melihat saiz kateter urin yang baharu dan meminta wanita itu memasangnya.


Jururawat itu yang takut selepas mendengar 'permintaan' serta kata-kata lucah warga emas berkenaan, bagaimanapun enggan melakukannya dan meminta pesakit memasukkannya sendiri sebelum segera beredar serta mengadukan perkara itu kepada pihak atasan hospital.


Pihak atasan hospital berkenaan mengarahkan supaya laporan polis dibuat segera.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai laporan polis yang dibuat jururawat berkenaan.


Katanya, siasatan dalaman di peringkat jabatan sedang dilakukan secara komprehensif dan pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 5:38 PM


Oleh: Amir Mamat


#HarianMetro
#infosemasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/melaka-pesakit-warga-emas-covid19-miang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Darul Hanan Asingkan Kontak Rapat Warga Emas

Covid 19 Darul Hanan Asingkan Kontak Rapat Warga Emas

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 391 hits
Pusat Jagaan Darul Hanan kini mengasingkan dan kuarantin kontak rapat kepada sejumlah warga emas yang disahkan positif GEORGETOWN Semua kakitangan dan penghuni yang mempunyai kontak rapat kepada warga emas di Pusat Jagaan Darul Hanan di Pon...
Warga Emas Melecur 3 Motosikal Hangus

Warga Emas Melecur 3 Motosikal Hangus

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 304 hits
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Jermal Butterworth Pulau Pinang IHSAN BOMBA BUTTERWORTH Seorang lelaki warga emas melecur manakala tiga buah motosikal yang dilet...
Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Gara Gara Jiran Bertengkar Sampai Bakar Tilam Di Rumah Murah Kepayan

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Gara Gara Jiran Bertengkar Sampai Bakar Tilam Di Rumah Murah Kepayan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 565 hits
Suspek keluarganya sempat menyelamatkan diri tetapi warga emas rentung dalam tandas tingkat atas manakala seorang ibu dan anaknya berusia 3 tahun melecur Warga emas rentung dalam kebakaran gara gara jiran bergaduh sampai bakar tilam Perteng...
Warga Emas Strok Rentung Dalam Kebakaran Di Kepong

Warga Emas Strok Rentung Dalam Kebakaran Di Kepong

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 363 hits
Astro Awani Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya Astro AWANI KUALA LUMPUR Seorang warga emas yang strok rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres di Kepong Baru di sini malam tadi Mangsa yang lumpuh itu dit...
Lastik Sampai Lebam Remaja2 Biadap Buli Wanita Warga Emas Serah Diri Pada Polis

Lastik Sampai Lebam Remaja2 Biadap Buli Wanita Warga Emas Serah Diri Pada Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 387 hits
Tular di media sosial baru baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas dibuli dan diganggu oleh sekumpulan remaja Menerusi laporan Kosmo Online difahamkan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dida...
Warga Emas 97 Tahun Kahwin Dengan Wanita Seusia Cucunya Dakwa Dirinya Masih Mampu Beri Nafkah Batin

Warga Emas 97 Tahun Kahwin Dengan Wanita Seusia Cucunya Dakwa Dirinya Masih Mampu Beri Nafkah Batin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 337 hits
Seorang lelaki di Ghana bernama Akwasi Gyan atau Agyaba menjadi bahan perbualan netizen di media sosial kerana beliau menikahi seorang wanita muda sebaya dengan usia cucunya Warga emas berusia 97 tahun itu menikahi Akua Asabea yang berusia ...
Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020

Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 1083 hits
Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020 kepada seluruh warga emas di dunia termasuklah Tok Ayah Atok Tipah dan semua nenek dan datuk saudara The Ilhams Tak lupa buat boss boss Ummi p Definisi Warga Emas Warga emas ditakrifkan mereka ...
Hukuman Diketahui 5 Nov 2 Lelaki Mengaku Salah Lastik Warga Emas

Hukuman Diketahui 5 Nov 2 Lelaki Mengaku Salah Lastik Warga Emas

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 434 hits
HUKUMAN DIKETAHUI 5 NOV 2 LELAKI MENGAKU SALAH LASTIK WARGA EMAS BACHOK Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melastik seorang warga emas sehingga mendatangkan kecederaan Khamis lalu Kedua dua te...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material