Ke Mana Menghilangnya Shikin Razali



Assalamualaikum wbt...Tengok pada tajuk niepun mesti awak tertanya-tanya, ke mana hilangnya Shikin Razali..? Sebenarnya saya baru baik daripada mengalami sakit ulser kornea.. Saya mengalaminya pada 26hb Mei yang lalu dan hingga kini saya masih menerima rawatan susulan di hospital.. Mesti ada yang pelik kan, ada ke penyakit tue..? 
Sebenarnya ulser kornea nie adalah merupakan radang kornea yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ulser kornea nie boleh dikatakan salah satu penyakit yang agak serius dan jika lambat mendapatkan rawatan, risiko buta boleh terjadi. Jangkitan kuman yang masuk di dalam kornea adalah melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Mengikut kajian kajiselidik mata kebangsaan yang dibuat pada tahun 1996, ulser kornea nie adalah satu penyakit keempat penyebab kebutaan di Malaysia.
GEJALA DAN TANDA ULSER KORNEA
Terdapat pelbagai tanda dan gejala untuk penyakit ulser kornea seperti sakit mata yang teruk, mata rasa berpasir, mata menjadi merah dan bengkak, mata menjadi sangat sensitif pada cahaya dan penglihatan menjadi kabur. Gejala inilah yang terjadi pada mata saya baru-baru nie.. Pada mulanya mata saya menjadi merah dan saya menyangka yang saya mengalami sakit mata, tapi bila kena apa-apa cahaya, kepala saya berdenyut sakit.. Biasanya kalau kita mengalami sakit mata, pasti akan mengeluarkan tahi mata di sekitar mata, tapi ulser kornea nie takde gejala tue.. Sebaliknya mata mengeluarkan sejenis cecair seakan air nanah yang berwarna pucat dan terus melekat seperti gam. 
Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/ulser-kornea/
FAKTOR PENYEBAB ULSER KORNEA
Antara faktor penyebab terjadinya ulser kornea adalah pemakaian dan penjagaan kanta sentuh yang tidak mengikut arahan dan pematuhan yang ditetapkan, jangkitan pelbagai bakteria seperti Pseudomonas Aeruginosa, protozoa Acanthamoeba dan kulat adalah berkaitan dengan penggunaan kanta lekap ini. Selain daripada penggunaan kanta lekap, kecederaan kornea lain seperti kemasukan bendasing seperti habuk, debu, mata yang terlalu kering dan kekurangan vitamin A juga boleh jadi faktor penyebab terjadinya ulser kornea.. 
Sumber rujukan : https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/penyakit-mata/ulser-korneal/
KRONOLOGI ULSER KORNEA
26hb Mei - Bila bangun pagi, mata dah menjadi bengkak dan merah. Mulanya fikir ianya akan surut, tapi saya mula tak pakai kanta lekap. Pergi kerja macam biasa. Tapi bila sampai di pejabat, mata menjadi semakin bengkak, berair, rasa seolah-olah ada pasir dalam mata dan sangat sensitif pada cahaya hingga menjadi sakit kepala. Balik kerja terus ke klinik swasta dan doktor memberi ubat tahan sakit serta ubat titis mata.
27hb Mei - Bangun pagi, mata terasa macam nak terkeluar, jadi saya pergi ke klinik kesihatan. Doktor mengatakan yang saya hanya sakit mata biasa dan diberi ubat titis sekali lagi. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, jadi doktor menyarankan jika mata tidak pulih, saya perlu datang hari Isnin untuk rawatan susulan. Balik rumah, terus saya duduk di dalam gelap gelita. Pintu dan tingkap semuanya ditutup rapat kerana berasa sangat sensitif pada cahaya.. Bila kena cahaya, automatik kepala menjadi sakit seolah-olah migrain. 
30hb Mei - Sekali lagi saya ke klinik kesihatan, doktor meminta saya dirujuk ke hospital Putrajaya memandangkan bengkak tidak surut. Sampai di hospital, saya terus diberi rawatan. Doktor mengesahkan saya mengalami ulser kornea dan terus mengambil sampel sedikit tisu pada kornea menggunakan kaedah swab konjuntiva. Sepatutnya saya perlu memberi bekas, cecair pencuci kanta serta kanta itu sendiri, tapi memandangkan saya dirujuk daripada klinik kesihatan, saya diminta untuk membawa barang yang dikehendaki pada hari esoknya untuk ujian makmal. Saya diberi tiga jenis ubat titis yang perlu dipakai 2 jam sekali. Ubat titis jenis pertama hanya boleh dipakai untuk tempoh dua jam pertama sahaja. Ubat titis yang kedua dan ketiga pula perlu dipakai dua jam beriktnya berselang-seli. 
31hb Mei - Hari kedua saya pergi ke hospital, saya menghantar semua barang yang dikehendaki untuk ujian makmal. Sekali lagi, mata saya diperiksa dan doktor meminta saya untuk meneruskan ubat yang telah diberikan.
1hb Jun - Hari ketiga. Saya mengalami rasa pedih pada mata setiap kali saya menggunakan ubat titis yang ketiga. Sebenarnya ubat titis yang diberikan tue adalah sejenis ubat antibiotik dengan bauan yang sangat menyusuk hidung. Saya maklumkan pada doktor tentang perkara itu, dan doktor memberikan ubat antibiotik yang baru kerana menurut doktor, saya mengalami alahan pada ubat titis tue dan menyebabkan mata saya kembali bengkak dan merah. Jadi saya diberikan sebotol ubat titis yang baru di mana saya perlu memakainya untuk setiap 1 jam sekali. Doktor juga memaklumkan bahawa kesan lepuh ulser mula nampak pada permukaan mata putih dan bukannya pada permukaan anak mata hitam. Doktor menyatakan perkara ini amat jarang berlaku kerana pada kebiasaan kesan lepuh ulser berlaku pada anak mata hitam dan bukannya permukaan mata putih. Doktor memberi tarikh temujanji pada hari Jumaat iaitu pada 3hb Jun dan hanya diberi cuti sakit untuk hari ini saja...
Kesan lepuh ulser kornea
2hb Jun - Saya kembali masuk pejabat tapi terpaksa mengambil cuti rehat kerana mata saya masih merah dan masih lagi terlalu sensitif pada cahaya. Saya meneruskan ubat titis yang diberikan oleh doktor. Apabila tengok dekat cermin, saya boleh nampak kesan lepuh ulser pada mata putih saya, sama keadaan seperti keadaan ulser mulut. 
3hb Jun - Hari kelima, saya pergi ke hospital. Doktor mengesahkan mata saya mengalami perubahan yang positif di mana kesan lepuh ulser berkurangan tapi perlu meneruskan ubat titis pada mata. Sekali lagi saya diberi cuti sakit dan saya perlu datang lagi ke hospital pada 7hb Jun untuk rawatan susulan. Kali ini doktor memberi arahan untuk pemakaian ubat titis kepada 4 jam sekali. Saya bagitahu dengan doktor yang saya berasa mata saya terasa pedih dan tidak selesa, terasa seperti kesat. Doktor memaklumkan bahawa saya mungkin mengalami mata yang kering dan menyarankan saya untuk membeli airmata palsu (lubricant eye drops) kerana di farmasi hospital tidak menyediakan produk ini. Nasib baik dekat farmasi berdekatan hospital ada jual produk airmata palsu ini.. Doktor menyarankan saya untuk menggunakan airmata palsu ini untuk setiap 2 jam sekali. 
Airmata palsu @ lubricant eye drops
7hb Jun - Hari keenam saya ke hospital. Doktor memaklumkan bahawa keputusan makmal yang dilakukan pada tisu kornea, serta barang-barang penggunaan kanta lekap adalah negatif. Jadi punca sebenar terjadinya ulser kornea adalah kerana mata saya terlalu kering akibat pemakaian kanta lekap dalam jangka masa yang lama.. Sepatutnya saya perlu memakai eye drops setiap 2 jam bagi melembapkan permukaan mata sekiranya saya memakai kanta lekap kerana tanpa kelembapan, kornea mata boleh mengalami kecederaan. Doktor menyarankan saya untuk meneruskan ubat titis yang diberikan, cuma dinaikkan kadar penggunaan kepada 6 jam sekali dan perlu ke hospital untuk pemeriksaan pada 10hb Jun. 
10hb Jun - Hari ketujuh saya pergi ke hospital. Alhamdulillah, doktor memaklumkan bahawa kesan lepuh pada mata putih saya telah kembali normal, walaupun mengalami sedikit kemerahan tapi tak seteruk minggu yang lalu. Doktor juga memaklumkan bahawa disebabkan saya mengalami ulser kornea, permukaan mata saya megalami parut yang amat kecil dan ianya akan menjadi parut yang kekal. Walaupun permukaan mata telah berparut, tapi ianya tidak menjejaskan penglihatan saya..  Walaupun begitu, saya perlu meneruskan ubat titis yang diberikan oleh doktor dan perlu kembali ke hospital untuk pemeriksaan pada 15hb Jun. 
15hb Jun - Hari kelapan saya ke hospital. Alhamdulillah, doktor menyatakan kesihatan mata saya hampir pulih sepenuhnya. Tapi saya dibekalkan ubat yang baru kerana saya memaklumkan pada doktor, setiap kali saya titis ubat yang diberikan sebelum ini, saya mengalami pedih mata. Doktor bagitahu mungkin ubat tue telah tamat tempoh dan akan dibekalkan ubat yang baru untuk tempoh dua minggu.. Cuma kali ini, doktor menaikkan lagi kadar penggunaan yang berbeza... Untuk minggu pertama, saya perlu menitiskan ubat mata pada kadar 3 kali sehari dan untuk tempoh minggu kedua, saya perlu menitiskan ubat mata pada kadar 2 kali sehari.. Sebenarnya ubat titis mata yang dibekalkan pada saya adalah merupakan ubat antibiotik. Saya perlu menggunakan ubat ini berterusan sehinggalah keadaan mata saya benar-benar pulih kerana menurut doktor, ubat antibiotik titis ini tidak boleh diberhentikan penggunaan secara mendadak, dikhuatiri ulser kornea akan kembali lagi pada permukaan mata. Untuk airmata palsu pula, saya disarankan untuk memakai dalam tempoh setengah jam sekali kerana doktor mendapati mata saya masih lagi berkeadaan kering. Ini kerana saya dah mula masuk kerja dan penggunaan komputer yang berterusan menjadi penyebab mata menjadi kering. Saya perlu kembali ke hospital untuk pemeriksaan pada 29hb Jun ini...
Jadi inilah kronologi yang dialami oleh saya baru-baru nie.. Awak doakan saya yea... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2022/06/ke-mana-menghilangnya-shikin-razali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Sampingan 1mdb Di New York Switzerland Singapura Uae Sudah Di Dapati Bersalah Pelakon Utama Macam Mana

Pelakon Sampingan 1mdb Di New York Switzerland Singapura Uae Sudah Di Dapati Bersalah Pelakon Utama Macam Mana

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 217 hits
1 Singapura 2016By Agence France Presse December 22 2016 Singapore convicts 3rd banker in Malaysian 1MDB scandal 2 United Arab Emirates 2019By The Wall Street Journal June 16 2019Two 1MDB linked executives behind bars in UAE3 Switzerland Ju...
Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 114 hits
Tular di media sosial semalam mengenai sebuah yang memaparkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tampil menegur secara terus menteri menteri yang gagal mengotakan janji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera Soal Sultan Ibra...
Pelajar Kesal Cara Pengawal Rempit Minta Kad Matrik Mana Perginya Adab

Pelajar Kesal Cara Pengawal Rempit Minta Kad Matrik Mana Perginya Adab

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 135 hits
Adab merupakan empat aksara yang nampak mudah dan ringkas Namun semakin hari semakin ramai di kalangan kita mulai lupa untuk menghormati antara satu sama lain Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sebuah video tular di laman Twitter baru b...
Zafrul Terdesak Tak Pernah Dibuat Mana Mana Menteri Dalam Sejarah

Zafrul Terdesak Tak Pernah Dibuat Mana Mana Menteri Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 155 hits
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan mengubah rancangan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke 15 bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda Ini meskipun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz member...
First Madammu Explain Dulu Tiri Atau Tak Tiri Di Mana Salahnya Eriyca Baiduri

First Madammu Explain Dulu Tiri Atau Tak Tiri Di Mana Salahnya Eriyca Baiduri

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 358 hits
Pengasas kosmetik jelita Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu tampil memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan menerusi aplikasi Tik Tok baru baru ini Ia susulan pandangan mengenai perhubungannya bersama permata...
Rakyat Tentukan Kerajaan Mana Cap Ayam

Rakyat Tentukan Kerajaan Mana Cap Ayam

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 180 hits
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu hantaran di FaceBook pada Selasa berkata bahawa negara kebelakangan ini berhadapan dengan pelbagai cabaran Ekonominya menunjukkan pemulihan yang sangat perlahan Pelaburan asing hanya sekadar iltiz...
Tk Tau Putih Dia Datang Dari Mana Neelofa Panggil Anak Snowman Tp Ditegah Suami Risau Melekat Sampai Besar

Tk Tau Putih Dia Datang Dari Mana Neelofa Panggil Anak Snowman Tp Ditegah Suami Risau Melekat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 149 hits
Menerusi satu klip hasil temu bual bersama Neelofa baru baru ini membuatkan ramai peminat tidak sabar menanti akan perkongsian beliau mengenai anak lelaki beliau hasil perkahwinan beliau dengan PU Riz iaitu Muhammad Bilal Neelofa yang merup...
Mana Satu Zafrul Teknokrat Ke Politikus

Mana Satu Zafrul Teknokrat Ke Politikus

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 134 hits
Lazimnya apabila tokoh korporat dilantik senator oleh perdana menteri bagi membolehkan duduk dalam Jemaah Menteri gambarannya ialah mereka agak keberatan dan tidak terlalu ghairah nak jadi menteri Kita diberitahu mereka menerima pelantikan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba