Mana Satu Zafrul Teknokrat Ke Politikus


 

Lazimnya apabila tokoh korporat dilantik senator oleh perdana menteri bagi membolehkan duduk dalam Jemaah Menteri, gambarannya ialah mereka agak keberatan dan tidak terlalu ghairah nak jadi menteri.
Kita diberitahu mereka menerima pelantikan “hanya” kerana negara (atau lebih tepat kerajaan) memerlukan khidmat mereka. Mereka “sekadar” mahu curah bakti, menggunakan kepakaran sedia ada.
Lazimnya pelantikan golongan korporat atau teknokrat sebagai menteri umumnya diterima baik oleh rakyat (sekurang-kurang pada awal pelantikan) kerana dilihat akan membawa elemen profesionalisme ke dalam pentadbiran.
Oleh kerana mereka bukan orang politik mereka dipercayai tidak akan main politik. Hanya bekerja. Apatah lagi mereka biasanya diberi amanah “menjaga” kewangan dan ekonomi, bidang kepakaran mereka.
Semasa Najib Razak melantik Idris Jala dan Wahid Omar umpamanya, kedua-dua mengakui (dan juga dilihat umum) teknokrat yang akan menjalankan tugas dengan baik kerana tidak ada cita-cita politik. Sehingga mereka mengundurkan diri untuk kembali ke sektor korporat mereka “tidak berpolitik”. Dalam kata lain, mereka tidak bertugas sebagai ahli politik.
Semasa Tengku Zafrul Aziz dilantik senator sebelum Muhyiddin Yassin memberinya jawatan menteri kewangan, beliau juga memberitahu beliau bukan orang politik dan kerajaan dilihat mahu seorang teknokrat. Lalu beliau setuju jadi menteri.
Namun, lama-kelamaan kenyataan dan tingkah lakunya disifatkan pelbagai pihak bagai seorang ahli politik. Ketika berhujah persis orang politik. Mungkin beliau berbuat demikian untuk mempertahankan langkah dan tindakan kerajaan yang tidak disenangi ramai. Mungkin.
Apabila Muhyiddin ditumbangkan, penggantinya Ismail Sabri Yaakob mengekalkan Zafrul dalam Jemaah Menteri. Kali ini tidak ada pengakuan dirinya teknokrat dan bukan politikus. Semakin ramai melihat beliau berperwatakan ahli politik. Sekurang-kurangnya dilihat mempunyai cita-cita politik. Tingkah laku beliau terus-menerus tidak membantu menghilangkan persepsi itu.
Baru-baru ini timbul lagi cakap-cakap Zafrul mahu tanding PRU15. Beliau tidak ada reaksi. Namun seakan menggalakkan cakap-cakap seperti itu dengan gerak-geri.
Dikatakan beliau mahu atau akan jadi calon Umno pada PRU15. Umno? Mengapa bukan Bersatu? Bukankah presiden Bersatu yang ketika memegang jawatan perdana menteri yang melantiknya jadi menteri?
Muncul Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, menegaskan Zafrul sebenarnya ahli Umno. Sudah lama jadi ahli sebelum dilantik menteri, katanya.
Sekarang Zafrul dikatakan berminat bertanding di Kuala Selangor. Sebelum ini ada ura-ura beliau akan bertanding di Sungai Besar. Ada juga spekulasi beliau akan bertanding Lembah Pantai.
Beliau nampak “terangsang”. Mungkin beliau senang hati dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Selangor dari Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad, tidak bertanding PRU15.
Malah Zafrul tempoh hari mengumumkan Kuala Selangor sebagai kawasan angkat Kementerian Kewangan yang diterajuinya. Mengapa tidak di Kelantan? Sabah mahupun Sarawak yang perlu dijadikan kawasan angkat untuk dibangunakan?
Jelas pada pandangan Zafrul Kuala Selangor mesti diutamakan. Adakah Kuala Selangor lebih “mundur” daripada pedalaman di Kelantan, Sabah, atau Sarawak?
Pernahkah langkah ini dilakukan Kementerian Kewangan bawah menteri-menteri terdahulu? Adalah menjadi tanggungjawab kementerian dan tentunya kerajaan menjamin kemakmuran setiap inci tanah negara ini dan bukannya kawasan tertentu.
Bukan itu sahaja. Zafrul turut mengumumkan stesen Laluan Rel Pantai Timur akan dibina di Puncak Alam di Selangor. Mungkin beliau ada kaji ramai penumpang Selangor akan menggunakan tren ke Pantai Timur. Adakah soal pembinaan dan lokasi stesen ECRL dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan?
Saya akui tidak ada salahnya beliau ada cita-cita politik dan mahu bertanding pilihan raya. Menang pilihan raya kelak beliau akan jadi menteri berstatus ahli Parlimen, bukan atas “ehsan” sebagai senator.
Cuma yang salahnya beliau dilihat menggunakan kedudukan menteri untuk kepentingan politik. Boleh dikatakan kempen awal untuk raih undi. Taktik yang tidak bagus buat arena politik walaupun kerap digunakan pihak yang memegang kuasa.
Dalam keghairahan mahu bertanding, amat penting beliau beri tumpuan terhadap tugas menteri. Ekonomi bukan dalam keadaan yang sihat. Mata wang terus lemah. Hutang negara bertambah. Kadar inflasi meningkat. Harga barang dan perkhidmatan melonjak. Ringkasnya negara dalam kesusahan, rakyat dalam penderitaan.
Bukan mahu menyalahkan semua masalah itu ke atas beliau tetapi selaku menteri kewangan adalah tanggungjawab Zafrul memberi keyakinan beliau tahu apa yang mesti dilakukan untuk mengatasi masalah yang membelenggu negara.
Pelan dan dasar fiskal untuk menangani kegawatan ekonomi tidak kedengaran, tidak kelihatan walaupun Zafrul sudah lama memegang jawatan menteri kewangan. Mengapa?
Jangan hanya tumpu kepada politik, mahu bertanding pilihan raya sehingga mengabaikan tugas menteri.
Apabila tiba masanya, berkempenlah sepuas hati tetapi sekarang belum waktunya. Buat masa ini tumpuan ialah untuk memulihkan keadaan negara dan dana meringankan kesengsaraan rakyat. Jika boleh basmi terus.
Setelah sekian lama akhirnya, Zafrul tampil mengatakan beliau “tidak memikirkan isu politik termasuk ura-ura akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Selangor”.
Menurut Bernama, ketika ditanya lebih lanjut tentang hasrat untuk bertanding, Zafrul berkata: “bukan pada masa ini”. Terpulang masing-masing menterjemahkan kata-kata itu.
Bagaimanapun Zafrul dipetik berkata tumpuan beliau ialah pemulihan ekonomi dan fokus kepada tugas di Kementerian Kewangan. Bagus lah begitu. Alhamdulillah.
Perlu diingat rakyat sedang memerhati. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/mana-satu-zafrul-teknokrat-ke-politikus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Tak Apa Pulak Mana Satu Yang Betul

Ini Tak Apa Pulak Mana Satu Yang Betul

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 150 hits
MOHD SHAH RIMYang ni tak pe pulak sedangkan pakaian Kimono pun bermula dari acara ritual keagamaan dan dipakai pendeta Shinto Memahami BON ODORI Apakah Bon Odori Di Jepun terdapat satu tempoh masa serta peristiwa tertentu di mana orang berd...
Zafrul Terdesak Tak Pernah Dibuat Mana Mana Menteri Dalam Sejarah

Zafrul Terdesak Tak Pernah Dibuat Mana Mana Menteri Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 155 hits
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan mengubah rancangan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke 15 bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda Ini meskipun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz member...
Dalam 3 Kategori Pekerja Makan Gaji Ni Anda Jenis Yang Mana Satu

Dalam 3 Kategori Pekerja Makan Gaji Ni Anda Jenis Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 205 hits
Ilmu untuk artikel 3 kategori pekerja ini saya dapat dari email James Clear Dia hantar 2 email setiap minggu Kandungannya adalah maklumat ringkas yang sangat meransang minda untuk berfikir Jika anda belum dengar lagi tentang nama tersebut s...
Antara Membaca Bercakap Menulis Mana Satu Nak Mulakan Dulu Parents Kena Alert

Antara Membaca Bercakap Menulis Mana Satu Nak Mulakan Dulu Parents Kena Alert

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 193 hits
Mempunyai anak bermakna anda sebagai ibu bapa perlu mengambil berat tentang perkembangan anak anak mengikut tahap umur mereka itu sendiri Di antara membaca bercakap dan menulis mana satu nak dimulakan dulu Ikuti perkongsian ini 1 Bercakap U...
Memperbudakkan Satu Cara Hidup

Memperbudakkan Satu Cara Hidup

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 247 hits
AGUS MERASAKAN DIA DIPERBUDAKKAN OLEH PEMIMPIN Seorang ahli akademik dan pengamat politik menyatakan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi negara dan berpendapat bahawa kerajaan semakin hilang arah dalam membawa negara kembali ke landasan y...
Hanya Dapat Satu Job Sejak 2020 Terpaksa Keluar Kwsp Ali Puteh

Hanya Dapat Satu Job Sejak 2020 Terpaksa Keluar Kwsp Ali Puteh

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 252 hits
Pelakon dan pelawak Ali Puteh mendedahkan dia hanya mendapat satu tawaran dengan bayaran sebanyak RM300 sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan dalam tempoh dua tahun ini Menurut laporan Harian Metro Ali atau nama penuhnya Syed Ali Muba...
Satu Keluarga Di Bali Kelola Apotek Sabu Langganan Anak Muda Sejak Tahun 2019

Satu Keluarga Di Bali Kelola Apotek Sabu Langganan Anak Muda Sejak Tahun 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 189 hits
Kabid Pemberantasan BNN Provinsi Bali Putu Agus Arjaya mengatakan bahwa Apotek Sabu ini selama beroperasi banyak dijaga orang dan melibatkan jaringan jaringan lainnya dan butuh waktu dua pekan untuk mengungkapnya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba