Ke Mana Lagi Pas Hendak Lari


CATATAN SORE
"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." al-Isra'" 81.OH.. berlinang mata saya mengenang nasib parti gemula chek (Pas) dengan apa yang berlaku kini. Sungguh tegal mereka yang melakukannya, itulah detapan nastapa di sanubari. Bohonglah kalau hati tidak sedih dengan apa yang berlaku dan menimpa Pas sekarang ini, sebab parti itu dicintai saya sejak dari kecil lagi.

Apakah balanya. Nasib malang satu demi satu menimpa Pas, bukan kerana lawan tetapi kerana ulah pemimpinnya sendiri. Harapkan pagar pagar memakan padi. Teringat sebuah kata-kata jika sesuatu itu diserahkan kepada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahannya. Apakah kejadian ini menjadi tanda-tanda pertengahan dan akhir akan kemusnahan parti agama itu lebih besar lagi? Begitukah. Nauzubillahiminazalik.

Hari ini, pecah satu lagi kebusukan Pas. Kekohongan yang dahsyat yang berladum dalam Pas. Gara-gara itu Pas kini menjadi sebagai sebuah lembah yang digenangi air hanyir disebabkan ulah pemimpinnya dan bakal melemaskan ahli dan penyokongnya.

Degil dan babil.
Semuanya bermula daripada sikap degil dan babil pemimpin Pas untuk tidak akur kepada kebenaran dan mahu bermain dengan pembohongan dan penipuan. Semuanya gara-gara kerana Pas mulai tunduk dan berajakan nafsu amarah.

Hairan bin ajaib saya, kenapa jadi sedemikian huduh perangai pemimpin Pas. Kenapa mereka tergamak melakukan demikian. Syaitan jenis apakah yang merasuk ke dalam diri mereka? Di manakah ayat-ayat Quran dan Hadith yang mereka baca selama ini sebagai benteng kekuatan iman mereka. Di mana? Atau sudah robohkan pagar-pagar imam?

Sebenarnya yang berlaku hari ini hanya isu kecil sahaja tetapi membawa impak yang besar disebabkan ketidakbijaksanaan pemimpin menguruskan politik Pas. Ia bermula daripada Pas tidak mahu mengaku dengan apa yang berlaku dan terus mahu kekal berdolak dalik tentang sesuatu perkara yang orang sudah dapat membacanya. Saya turunkan kronologi yang membusuk dan memalukan Parti Islam seMalaysia itu yang kini ia berada dalam damage yang sangat buruk.

1. Pas tidak mahu mengaku bahawa tindakan menyaman Sarawak Report sebagai tindakan yang tidak bijak yang menyerlahkan kebodohan. Nasihat dan pandangan orang ramai tidak dihiraukan. Saya terjemahkan tindakan ini kerana pemimpin Pas khasnya presidennya diperangkap.

2. Apabila ia menarik balik saman itu, Pas tidak mahu mengaku yang penarikan baik saman ke atas Sarawak Report itu sebagai satu langkah terdesak untuk melindungi rahsia lebih besar daripada terbongkar.

3. Apabila penarikan balik itu dibuat ada pertimbangan kewangan, Pas tidak mahu mengakui yang sejumlah wang dibayarkan kepada Clare Rewcastle-Brown atas persetujuan penarikan balik tanpa tuntutan balas itu walaupun rahsia itu sudah terdedah dan berbau ke seantero dunia.

4. Dan apabila Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa berlaku bayaran kepada Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.422 juta, Pas masih terus berdengil untuk tidak mengaku kenyataan itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk yang pandai buat air jampi, menuduh Anwar menipu dan memfitnah serta berniat jahat kepada Pas.

5. Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan pula konon membuat kajian mengesahkan akaun atau cek bayaran kepada Clare itu sebagai palsu, dan ia ditularkan sebagai untuk memburukkan Pas. Bagaimana pun dakwaan Nasaruddin Hassan itu disanggah oleh Rafizi Ramli yang membuat penyelidikan didapati akaun dan cek itu benar. Dan nama disebut oleh Rafizi sebagai empunya cek itu semua orang kenal.

Tiada reaksi.
Sehingga catatan ini dibuat belum ada reaksi daripada mana-mana pemimpin parti agama itu terhadap pendedahan dibuat oleh Rafizi itu. Sekiranya Pas masih lagi berkeras menafikan dengan mengatakan cek bayaran itu palsu, entahlah saya tidak tahu apa yang hendak dibilang kepada Pas lagi. Cuma saya teringat "bari" - cerita gemula chek 60 tahun lalu mengenai kisah bagaimana kedegilan seseorang.

Ceritanya begini, ada dua orang sahabat, salah seorangnya mahu menang sendiri, dan suka berasakan dirinya pandai. Satu hari mereka berjumpa dengan seekor haiwan berkaki empat. Si kawan yang degil itu mengatakan dia kenal dengan haiwan itu sebagai burung. Kawannya bantah kerana setahunya burung berkaki dua dan ada kepak.

"Tidak, ini bukan burung," katanya menyanggah dakwaan kawannya itu.
"Burung," kata kawannya itu tidak mahu mengalah.
"Setahu aku burung berkaki dua, ini kaki empat, dan burung boleh terbang," kata kawan itu lagi.
"Burung, bukan kambing...," tekan si kawan yang degil itu.

Lalu untuk menentukan apakah burung atau kambing, mereka cuba menggerakkan binatang itu. Ternyata binatang itu hanya mampu berjalan dan berlari. Ia tidak boleh terbang.

"Tengok, ia berlari, itu kambing," kata kawan itu menyakinkan telahannya benar. Namun kawan yang degil itu tetap tidak mahu menerima hakikat itu dengan berkata; "burung, percayalah sebab dia akan terbang sekejap lagi."

Nah, apa yang dialami oleh orang Pas hari ini samalah dengan kawan yang degil itu. Walaupun sudah dikemukakan bukti dan dalil-dalil atas apa yang berlaku namun ia tetap tidak percaya dan cuba menegakkan benang basah. Jenis apa yang boleh digolongkan orang sebegini kalau bukan jenis masuk air. Maaf kasar sedikit.

Dari krononolgi yang diberikan itu menunjukkan bagaimana Pas tidak mahu mengakui kebenaran dan cuba mempertahankan diri dengan kepalsuan. Ia menghairankan bagaimana sebuah parti agama, beraqidah Islam, bertuhan Allah dan berasulkan Muhammad s.a.w. boleh bersikap demikian, sedegil orang Yahudi yang tidak mahu menerima setengah para Nabi-nabinya.

Kenapa Pas tidak mahu mengaku dan terus berdolak dalik. Di sinilah saya kata bahawa Pas tidak mempunyai pemimpin yang cerdik dalam politik, yang mempunyai daya akal yang jauh dan mendalam. Bukan itu sahaja Pas memanipulasikan nama Islam untuk melakukan kerja-kerja bukan Islamik. Moral dan akhlak pemimpin Pas serta tanggungjawab mereka kepada dasar yang menjadi prinsip Pas sudah tidak ada lagi. Sudah ke laut Cina Selatan.

Apa salah kalau Pas mengakui dengan seikhlas hati apa yang berlaku dan sudah terdedah itu. Pas tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun. Kesalahan dan kesilapan dalam hidup adalah perkara biasa sahaja. Lagipun dalam Islam sendiri ada ruang untuk memohon ampun dan taubat. Kalau cara itu dipraktikkan orang masih hormati Pas.

Misalnya mengakui secara jujur penarikan balik saman terhadap Sarawak Report itu dibuat kerana Pas berasakan mereka akan kalah kalau saman itu diteruskan. Dan setelah ia diselesaikan di luar mahkamah, mengakui sahaja terma-terma yang dipersetujui bersama termasuk bayaran RM1.422 juta itu. Pas tidak akan menjadi malu sejauh hari ini.

Pas tidak mengalami apa-apa kerugian kalau mengambil sikap jujur dan terbuka itu. Bahkan orang akan melihat Pas sebagai parti yang jujur dan ikhlas yang mempraktikan amalan Islam sebenar. Dengan apa yang berlaku kini menyebabkan orang akan boleh membuat beberapa kesimpulan kepada Pas yang menjejaskan bahkan melenyapkan kemuliaan parti itu.

1. Orang yang sebelum ini sangsi dengan tuduhan Pas menerima wang daripada Umno, akan mulai percaya apa yang disebut Sarawak Report yang ada pemimpin Pas menerima wang daripada Umno.

2. Ahli-ahli dan penyokong Pas akan menjadi konfius dengan ulah dan perangai pemimpin parti itu kini.

3. Umno yang kini mahu berbaik dengan Pas juga akan mencurigai sikap dan telatah orang Pas, dan apa yang berlaku itu mengejutkan mereka, menjadikan Umno beranggap Pas juga sama jahat dengan mereka bahkan lebih jahat. Integriti dan kemuliaan Pas selama ini lenyap dan musnah dari minda orang Umno.

Saya tidak bercadang untuk meruskan catatan ini lebih panjang lagi kerana ia bertambah emosi kerana sebak dan sedih mengenangkan Pas. Saya hentikan di sini dahulu dengan mengulangi maksud ayat Quran yang saya masukkan di atas itu: Sesungguhnya kebatilan itu akan musnah apabila kebenaran menjelma.  Inilah berlaku kepada Pas. Takziah dan salam buat seluruh ahli dan penyokong Pas. [wm.kl.4:13 pm 01/03/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/03/ke-mana-lagi-pas-hendak-lari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ada Bukti Rm1 4 Juta Mana Lagi Pas Mahu Lari

Anwar Ada Bukti Rm1 4 Juta Mana Lagi Pas Mahu Lari

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 500 hits
Berikutan pendedahan awal sebelum ini telah dinafikan oleh beberapa pemimpin Pas Anwar Ibrahim malam tadi mendedahkan secara lebih spesifik mengenai bayaran penyelesaian yang dibuat oleh parti Islam itu kepada Sarawak Report Katanya Pas tel...
Macam Mana Dr M Boleh Cakap Bagi Pihak Pas Tanya Ismail Sabri

Macam Mana Dr M Boleh Cakap Bagi Pihak Pas Tanya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 314 hits
MALAYSIAKINI Kenyataan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan menyokong Umno lagi dipertikaikan pimpinan parti pembangkang itu Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menyoal bagaimana Dr Mahathir boleh bercakap bagi pihak PA...
Bila Pas Tanya Mana Maruah Pan

Bila Pas Tanya Mana Maruah Pan

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 265 hits
Pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tiada dana RM90 juta dalam akaun PAS menjejaskan kredibiliti pemimpin Parti Amanah Negara Sedangkan pada 9 Februari 2017 Naib Presiden Parti Amanah Negara Dato Husam Musa dilapor menuduh PAS...
Informasi Skandal Terowong B Km Pp Mana Butiran 4 Perkara Ini Pas

Informasi Skandal Terowong B Km Pp Mana Butiran 4 Perkara Ini Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 331 hits
Skandal terowong Mana integriti yang diperjuangkan SAYA percaya serangan bertali arus yang dihadapkan kepada PAS sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang Pihak SPRM telah menahan seorang a...
Pas Buat Lawak Jenaka Mahfuz

Pas Buat Lawak Jenaka Mahfuz

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 239 hits
TUMPAT Dakwaan pemimpin PAS memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan kononnya terdapat parti komponen Pakatan Harapan mahu menggulingkan Perdana Menteri disifatkan sebagai lawak jenaka Naib Presiden Parti Amanah Negara Da...
Kenapa Pas Keras Terhadap Dap

Kenapa Pas Keras Terhadap Dap

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 276 hits
Apa yang berlaku bukan pertembungan fizikal dan permusuhan zahir sebaliknya ia adalah perebutan menguasai minda rakyat kata Nik AbduhBANGI DAP adalah parti ideologi sebagaimana PAS Sini Islam sana liberal Sini dunia akhirat sana dunia semat...
Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 397 hits
Wartawan Watan Online Kerjasama UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih bukan sahaja lebih erat malah lebih terbuka ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Katanya perkembangan positif itu jelas ketara be...
Yoursay Even With Pas Bn S Return To Power Remains Hypothetical

Yoursay Even With Pas Bn S Return To Power Remains Hypothetical

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 203 hits
YOURSAY With a few more years of Harapan who will be left to fight the bad fight for BN Anonymous 770241447347646 The key is if we had done it this way The scenario at the time was that the anger and disgust in the people s hearts was real ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir