Ke Mana Hilangnya Kejantanan Nga Kor Ming Soal Dr Kamarul Yusoff
By Malaya Post
-January 30, 2020 • 11:31 AM
Oleh : Dr Kamarul Yusoff
Semalam pada jam 3.32 petang, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menyebut laporan portal berita Malaysia Kini mengenai kenyataan beliau bahawa DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat.
Apakah betul dakwaan Nga Kor Ming laporan portal berita Malaysia Kini mengenai kenyataan beliau bahawa DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat.
Menurut Pensyarah Senior Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff laporan portal berita Malaysia Kini ini, seperti juga laporan sama yang dibuat oleh portal berita Free Malaysia Today dan portal berita Malaysia Gazette, adalah diambil daripada wawancara khas Nga Kor Ming dengan portal berita berbahasa Cina, Oriental Daily News.
Laporan portal berita Oriental Daily News ini boleh dibaca di pautan ini: https://www.orientaldaily.com.my/news/nation/2020/01/29/324381
Tajuk laporan portal berita Oriental Daily News ini adalah:
“Interview with Nga Kor Ming: If you don’t recognize UEC DAP will withdraw from the government”
(“Wawancara dengan Nga Kor Ming: Jika kamu tidak iktiraf UEC DAP akan keluar dari kerajaan”)
Tambahnya petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dimuatkan oleh portal berita Oriental Daily News ini adalah:
“The DAP has reached a consensus. If the unified examination is not recognized, we will not hesitate to withdraw from the government and not be a government. This is the basic principle, and we must keep it.”
(“DAP telah mencapai satu kata sepakat. Jika UEC tidak diiktiraf, kami tidak akan teragak-agak untuk keluar dari kerajaan dan tidak menjadi satu kerajaan. Ini adalah prinsip asas, dan kami mesti memegangnya.”
Petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Inggeris adalah :
“We have even reached a consensus – if UEC is not recognised, DAP will go even to the extent of not hesitating to withdraw itself from the government. It’s okay not to be in government. This is our basic principle that we will continue to uphold.”
Petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Malaysia pula adalah:
“Kita malah capai kesepakatan bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf. Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang.”
Tajuk asal laporan portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Inggeris adalah:
“Nga: DAP will quit Harapan gov’t if UEC not recognised”
Tajuk asal laporan portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Malaysia pula adalah:
“Nga: DAP sanggup keluar k’jaan jika UEC tak diiktiraf”
Nga Kor Ming, yang tidak berpuas hati dengan tajuk dan laporan portal berita Malaysia Kini berkata, beliau telah membuat komplen kepada editor portal berita Malaysia Kini dan meminta kesilapan dalam laporan portal berita itu diperbetulkan.
Malangnya kata Dr Kamarul, selepas komplen ini dibuat, editor portal berita Malaysia Kini bukan sahaja mengekalkan tetapi mengukuhkan lagi laporan portal berita itu dengan umpamanya:
(1) Menukar tajuk asal laporan versi Bahasa Inggerisnya menjadi “Nga: DAP will not hesitate to leave gov’t if UEC not recognised”.
(2) Menukar tajuk asal laporan versi Bahasa Malaysianya menjadi “Nga: DAP tak akan teragak-agak keluar k’jaan jika UEC tak diiktiraf”.
“Oleh itu, bagaimana Nga Kor Ming boleh mendakwa laporan mengenai kenyataan beliau adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat?”, tulisnya difacebook.
Jelasnya petikan kenyataan beliau, malah tajuk yang digunakan pun, adalah sama dengan petikan asal, dan tajuk asal, yang disiarkan oleh portal berita Oriental Daily News.
Malah, turut disertakan dalam laporan portal berita Oriental Daily News ini adalah rakaman video Nga Kor Ming menyebut perkara-perkara yang dilaporkan tersebut.
“Sahabat beliau dalam CCC DAP, Ronnie Liu Tian Khim, sendiri pun sudah memuji beliau dengan menyebut kenyataan beliau itu adalah “reverse thinking: forcing the opponents” (“pemikiran terbalik: memaksa lawan”).
“Mengapa Nga Kor Ming tiba-tiba sahaja menjadi penakut untuk mengakui apa yang beliau katakan walaupun bukti-bukti menunjukkan beliau memang menyatakannya?
“Ke mana hilangnya kejantanan kamu, Nga Kor Ming”, soal Dr Kamarul Yusoff –THE MALAYA POST
*Dr. Kamarul Yusoff adalah Pensyarah Senior di Universiti Utara Malaysia.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/ke-mana-hilangnya-kejantanan-nga-kor.html