Ke Mana Hilangnya Acap Song Cheng Dan Zulaiha


MASIH ingatkah anda dengan kisah Mohammad Ashraf atau Acap yang hilang ketika menyertai sebuah larian di Gopeng, Perak pada Mac 2019? Kisah itu antara kejadian yang menggemparkan.


Pelbagai misteri dan teori dikaitkan dengan kehilangan Acap. Namun, sehingga kini Acap masih belum ditemui dan kehilangannya kekal misteri, menjadi tanda tanya semua orang. Kehilangan Acap sehingga kini jadi tanda tanya.

Tetapi sebenarnya sebelum kisah Acap, sudah banyak berlaku kes kehilangan yang tidak ditemui.

Anda ingat lagikah pada Ting Song Sheng?

Kalau anda masih ingat, jika Song Sheng masih hidup hari ini, usianya kini sekitar 35 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?

Jika anda tidak tahu atau sudah lupa, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah di Klang, Selangor, untuk pulang ke rumahnya.

Kehilangan Acap sehingga kini jadi tanda tanya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Tapi kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?

Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.

Ting Song Sheng tidak pernah ditemui. Di mana dia berada? Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng? Ada juga yang membuat teori mengatakan kanak-kanak itu telah dibawa ke alam lain. Pelik, bukan?

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Zulaiha Muhamad di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik.

Ketika kejadian umur Zulaiha enam tahun. Pagi itu Zulaiha bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Umur Muhamad Nur baru 2 setengah tahun. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.

Oleh kerana sakit perut, Kamariyana tinggalkan mereka dan pergi ke tandas. Namun sekembalinya ke halaman, Kamariyana dapati Zulaiha tiada. Ke mana hilangnya Zulaiha?

Kisah Zulaiha pernah disiarkan dalam Mastika. Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.

Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat berikan jawapan. Kamariayana mencari di sekeliling pokok itu, hampa.

Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, operasi itu dihentikan. Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang begitu cepat? Ada yang mengatakan Zulaiha pergi ke sungai Semantan dan lemas. Kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang nampak sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana. Tambahan pula Zulaiha tidak pernah pergi ke sungai tersebut. Kalau dia ke situ, tentulah bersama Muhamad Nur. Dia lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Pihak polis sendiri dalam siasatan mereka menafikan Zulaiha pergi ke Sungai Semantan.

Zulaiha diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.

Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur juga tidak memberitahu pun ada orang yang membawa Zulaiha pergi.

Ke mana Zulaiha menghilang? Ramai mengatakan dia telah dibawa ke alam lain. Andaian yang tinggal ialah, ada pihak mengatakan Zulaiha telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar tersebut.

Pelik, bukan? Memang tidak masuk akal. Tunggu, dengar dulu cerita bapanya…

Kata Muhamad Petah, berlaku kejadian-kejadian aneh sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.

Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Benarkah mereka ghaib disedut ke alam lain yang tidak mampu dilihat mata kasar manusia? Bomoh itu percaya, di situlah tempatnya Zulaiha ditarik masuk ke alam ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Pelik? Misteri? Atau anda rasa semua ini karut?

Sudah 23 tahun Zulaiha ghaib, tidak ditemui sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan Song Sheng dan Acap. Ke mana mereka pergi? Diculik atau ‘disedut’ ke alam lain?

Setiap orang ada teori tersendiri. Terserah anda untuk membuat penilaian sendiri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ke-mana-hilangnya-acap-song-cheng-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selama Mana Mahiaddin Mampu Mengenggam Bara

Selama Mana Mahiaddin Mampu Mengenggam Bara

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 362 hits
SESUDAH SUBUHKeberanian luar biasa Mahiaddin SELAMA mana Mahiaddin Md Yassin mampu menggenggam bara Sekuat mana tangannya dapat menahan hawa panas Apakah beliau ada kuasa magik yang membolehkannya ampuh dengan keadaanya kini Dengan memperca...
Hiburan Rumah Dbkl Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana Fendy Caliph Busker

Hiburan Rumah Dbkl Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana Fendy Caliph Busker

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 290 hits
Sebelum ini pemain dram Caliph Busker Fendy Adlun telah dihubungi oleh Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Mohd Harun yang datang ke kediamannya untuk melawat dan dalam pada itu beliau turut berkata pihaknya akan memastikan permohona...
Termizi Tempelak Muhyiddin Ikut Celah Mana Pn Masih Ada Majoriti

Termizi Tempelak Muhyiddin Ikut Celah Mana Pn Masih Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 183 hits
August 5 2021 Salam maaf nak guna bahasa orang muda sikit Ini yang saya tak boleh nak brain ni kut mana Pak Mahaiddin boleh ada majoriti ni Di Padang Merdeka 2 8 ada 107 MP ikut parti masing masing Mereka ini telah di ketahui umum bukan pen...
Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 331 hits
Masa phase 1 awal bulan 4 aku reka teknik rekod Sampai bulan 8 dah masuk phase 2 inilah kerja juju Setiap hari atau 2 hari sekali juju wajibkan diri rekod Apa yang di rekod Energy inEnergy outYa dua tindakan inilah yang direkodkan dalam buk...
Mana Menteri Rina Radzi Keselamatan Kanak Kanak Terabai

Mana Menteri Rina Radzi Keselamatan Kanak Kanak Terabai

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 302 hits
Kenyataan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Sungai Buluh yang menjelaskan kes gangguan seksual terhadap seorang kanak kanak sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan susulan amat membimbangkan Menurut Pengerusi Biro Gu...
Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 338 hits
5 bulan juju jinakkan muscle buat senaman kardio Nak bagi badan selesa dan turun perlahan tanpa terkejut Jangan terburu buru nak buat resistance training terus untuk bakar cepat kalori tamak progress cepat yoyo sabar percaya progress itu ad...
Bitcoin Mencapai Paras Tertinggi 3 Bulan Tetapi Menunjukkan Tanda Tanda Kelemahan Sejauh Mana Kita Boleh Jatuh

Bitcoin Mencapai Paras Tertinggi 3 Bulan Tetapi Menunjukkan Tanda Tanda Kelemahan Sejauh Mana Kita Boleh Jatuh

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 272 hits
Minggu kedua penuh dengan pemulihan sebut harga cryptocurrency pertama dan seluruh pasaran bermula pada hari Isnin Selama ini bitcoin berjaya melepasi zon sukar 41 500 45 000 dan membentuk zon sokongan yang kuat pada 45 300 Hari ini 10 Ogos...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Right Galvanised Pipe Malaysia For Your Project Needs

Tangisan Sayu Remaja Ke 3 Tragedi Honda Jazz Selamat Disemadikan

Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

Hidup Yang Kekal

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek