Ke Arah Mana Politik Melayu Islam




Barangkali BN 2.0 yang dibentuk oleh polisi serta kurang fokus kepada etnik akan muncul dari perikatan baru melibatkan teman sekatil yang aneh ini

By

 Azmil Tayeb












 






Kita sedang menyaksikan rekahan yang semakin membesar di dalam parti politik Melayu yang utama, Umno, ketika negara menuju ke pilihan raya umum.

Rekahan yang jelas membahagikan pemimpin parti serta anggota yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional sekarang dari mereka yang mahukan Umno untuk bergerak secara mandiri, termasuklah untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Ini bukanlah kali pertama Umno berpecah kepada beberapa kelompok yang saling bertingkah di mana akhirnya mengakibatkan parti terpaksa disusun semula selepas semuanya selesai.

Pengasas Umno, Onn Jaafar, meninggalkan parti pada 1951 selepas gagal membuka keahlian parti kepada kelompok etnik yang lain.

Tidak dilupakan juga, Pas juga merupakan serpihannya yang keluar pada awal 1950an.

Kemudian, selepas rusuhan kaum 13 Mei pada 1969, Umno diambil alih oleh kelompok garis keras, yang sekaligus mengenepikan tokoh moderat seperti Tunku Abdul Rahman.

Pada 1987, Umno sekali lagi bergelumang dengan krisis dalaman saatnya Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah bertelingkah merebut kerusi presiden parti. Kemenangan Mahathir yang kontroversi itu dicabar di mahkamah oleh kelompok Umno yang kalah. Namun sebelum kes mereka sampai ke mahkamah yang tertinggi, beberapa hakim utama di dalam mahkamah tersebut sudahpun dipecat atau digantung. Ketika parti sudah diisytihar haram, Mahathir serta penyokongnya mendirikan Umno Baru manakala kelompok Razaleigh pula menubuhkan Semangat 46.
Di tahun 1998, Umno berdepan krisis dalaman ketika timbalan presiden, Anwar Ibrahim, dipecat secara mengejut. Ianya memecah-belahkan parti sekaligus mencetuskan gerakan Reformasi. Ramai penyokong lama Umno meninggalkan parti dalam keadaan kecewa dan menyertai Pas serta PKR yang baru ditubuhkan. Umno sekaligus dilemahkan sehinggakan kerajaan Barisan Nasional ketika itu, hampir tersungkur pada pilihan raya 1999 jika bukan kerana dukungan penuh dari kelompok etnik yang lain.
 

Di dalam semua krisis ini, Umno seringkali berada di dalam posisi dominan, yang membenarkannya untuk kembali menguat. Semangat 46 tidak dapat menggugah cengkaman Umno terhadap pengundi Melayu, manakala Pas kekal menjadi parti ‘negeri’ yang tidak dapat menggugat Umno di peringkat nasional.

Sejak 2018, walaubagaimanapun, politik Melayu-Islam terbahagi kepada tiga bentuk –  Umno, Bersatu dan Pas – di mana ketiga-tiga parti bersaing mendapatkan dukungan dari kelompok pengundi Melayu yang sama.

Ironinya, perebutan tiga penjuru melibatkan undi Melayu ini bermula sebagai perikatan “kesatuan Melayu-Islam”, yang dikenali sebagai Muafakat Nasional, yang berniat untuk mempertahankan kedaulatan Melayu-Islam daripada sebarang ancaman, utamanya dari kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Kesatuan Melayu-Islam ini membuktikannya ia hanyalah topeng bagi parti-parti itu untuk merampas kuasa dari PH pada hujung Februari 2020 serta kemudiannya berkongsi hasil kudeta. Soal etnik dan keagamaan diketepikan saatnya ketamakan dan kuasa mendominasi kerajaan PN.

‘Abang besar’ Umno terpaksa beralah dengan ‘adik kecil’ Bersatu. Inilah yang kemudiannya mencetuskan ketegangan dalaman Umno, yang dihamburkan ketika perhimpunan agung tahunan yang baru saja selesai itu.

Apa yang terjadi sekarang? Sukar untuk dinyatakan adakah Umno akan kembali ke dakapan PN bagi mengelakkan persaingan banyak penjuru ketika pilihan raya akan datang. Umno mempunyai hampir seluruh kekuatan undi, dan Umno sedar akan hal ini. Ia mempunyai gerakan akar umbi yang berdisiplin, jenama yang dikenali, kesetiaan pada parti serta prestij sosial di kalangan negeri bermajoriti Melayu.

Bersatu merupakan ‘orang baru’ yang dinaikkan ke puncak kuasa ketika skandal 1MDB serta tsunami politik 2018. Satu-satunya kelebihan undi yang ia miliki adalah akses kepada duit kerajaan persekutuan sebagai sumber naungannya. Namun, adakah ianya mencukupi bagi parti ini?
Barangkali pilihan raya 2018 dapat memberikan kita sedikit gambaran.
Bersatu bertanding di 52 buah kerusi parlimen dan memenangi 13 daripadanya. Ianya sebuah rekod buruk di mana hanya 25% kadar kemenangan di dalam pilihan raya yang menyaksikan persaingan tiga penjuru di kebanyakan kawasan majoriti Melayu di mana BN-Umno cukup lemah.

Sebagai perbandingan, PKR bertanding di 71 kerusi dan memenangi 47 (66% kadar kemenangan) manakala DAP pula bertanding 47 kerusi dan memenangi 42 (kadar kemenangan setinggi 89%).

Tambahan pula, kebanyakan MP Bersatu yang memenangi kerusi pada 2018, misalannya Mahathir, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq dan Maszlee Malik meninggalkan parti selepas Langkah Sheraton berlaku.

Ianya jelas yang walaupun PH terkesan dengan tsunami politik 2018, Bersatu tetap menjadi batu yang membebankan perikatan politik itu.

Tidak pelik mengapa Bersatu benar-benar mahukan Umno untuk kekal di dalam kerajaan PN. Bersatu sedar bahawa mereka akan ‘disapu’ keluar pada pilihan raya akan datang, lebih-lebih lagi di dalam persaingan banyak penjuru.

Namun, katakanlah, jika pun Umno setuju untuk kekal bersama PN bagi pilhan raya akan datang, adakah parti itu, dalam logiknya, sanggup mengenepikan kelebihan undinya yang cukup besar semata-mata kerana ‘kesatuan Melayu-Islam’? Hanya mereka yang bodoh akan percaya taruhan sebegitu.

Bagaimana kemudiannya dinamik Melayu-Islam ini akan membentuk politik masa depan di Malaysia? Nampak gaya, Umno akan memenangi kebanyakan kerusi di kawasan majoriti Melayu; Pas akan kekal mendominasi di Kelantan, Terengganu dan Kedah; manakala Bersatu akan menjadi nota kaki di dalam sejarah.

Namun Umno perlu membentuk gabungan politik dengan majoriti jika ia mahu mengambil alih kerajaan persekutuan. Soalnya, parti mana yang sanggup bekerjasama untuk mentadbir bersama Umno?
Kita sekarang mendengar desas-desus yang cukup kuat melibatkan perbincangan di antara Umno dan PH, lebih-lebih lagi selepas bocornya perbualan telefon di antara presiden Umno Zahid Hamidi serta pemimpin PH, Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku jika Umno dan PH tidur sekatil? Adakah ia akan menjadi BN 2.0 dengan Umno menjadi pasangan yang dominan menguasai parti komponen yang lain?

Satu perkara yang jelas, DAP bukanlah MCA dan PKR bukanlah MIC. Kedua-dua PKR dan PKR boleh menyaingi kekuatan pilihanraya Umno dan tidak akan mudah dilemahkan seperti mana MCA dan juga MIC.

Barangkali BN 2.0 yang dibentuk oleh polisi serta kurang fokus kepada etnik akan muncul dari perikatan baru melibatkan teman sekatil yang aneh ini?

Jerman, misalannya, sudah pun ditadbir selama 16 tahun oleh gabungan persekutuan rentas ideologi yang melibatkan konservatif serta demokrat sosial atau lebih dikenali sebagai Große Koalition (Grand Coalition), yang dipimpin oleh Canselor Angela Merkel yang tidak goyah. Ianya sebuah gabungan yang berpandukan program dan stabil walaupun perbezaan ideologikal yang berbeza pada setiap komponen partinya, sehinggakan ianya dapat mengeluarkan Jerman dari krisis kewangan dunia tanpa kesan langsung.

Adakah ini model pentadbiran yang kita jangkakan di Malaysia selepas pilihan raya akan datang? Hanya satu cara untuk tahu.

Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
SIARAN SEMULA PADA 1 MEI  2021 OLEH WRLR

Terjemahan oleh Zikri Rahman

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/ke-arah-mana-politik-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korang Semua Mana Pergi Ye Pejuang Adib Pejuang Melayu Pejuang Islam

Korang Semua Mana Pergi Ye Pejuang Adib Pejuang Melayu Pejuang Islam

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 409 hits
Kat agaknya mereka semua menyorok sekarang ni Sunyi pulak socmed tanpa sorakan ruu ruu ruu Kan
Orang Melayu Tak Marah Raja Raja Tetapi Pemimpin Main Politik

Orang Melayu Tak Marah Raja Raja Tetapi Pemimpin Main Politik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 247 hits
Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan orang Melayu tidak puas hati dan marah kepada Raja Raja Melayu berikutan pelaksanaan darurat oleh kerajaan adalah satu tuduhan yang tidak berasas Timbalan Presiden Majlis Pemi...
Jual Aset Mana Pejuang Melayu

Jual Aset Mana Pejuang Melayu

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 484 hits
Media melaporkan ahli perniagaan Tan Sri Desmond Lim dikatakan merancang untuk mengambilalih Lapangan Terbang Subang membabitkan nilai RM3 7 bilion DEWA WEE KA SIONG adalah Menteri Pengangkutan sekarang Apa nak hairan kalau Lapangan Terbang...
Dap Tidak Akan Dapat Raih Undi Melayu Islam

Dap Tidak Akan Dapat Raih Undi Melayu Islam

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 215 hits
harakahdailyMay 7 2021KUALA LUMPUR Undi masyarakat Melayu Islam tetap tidak akan dapat diraih DAP meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mendekati golongan berkenaan Penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ia berhubung kenyataa...
Ya Memang Sejarah Tanah Melayu Lebih Bersifat Melayu Dan Islam

Ya Memang Sejarah Tanah Melayu Lebih Bersifat Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 384 hits
Itulah hakikat sejarah Pejuang pejuang Melayu paling banyak berkorban dan terkorbanAPAKAH ultra kiasu mahu kita mengiktiraf sumbangan komunis baharu sejarah negara ini berwarna warni Mari kita berdebat kalau berani Pertubuhan ultra kiasu Ci...
Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 319 hits
April 18 2021 Kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan kata Adun Taman Templer Mohd Sany Hamzan Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah itu ketika k...
Jika Tak Berubah Umno Akan Kehilangan Undi Melayu

Jika Tak Berubah Umno Akan Kehilangan Undi Melayu

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 265 hits
by1Media my April 28 20210 Walaupun UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung namun parti itu dilihat bakal berdepan defisit kepercayaan dan hilang undi kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 gara gara perpecahan serta kegagalan presidennya...
Ini Tanah Melayu Memang Patut Banyak Sejarah Tamadun Melayu

Ini Tanah Melayu Memang Patut Banyak Sejarah Tamadun Melayu

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 459 hits
Pertikai buku teks Sejarah Dong Jiao Zong ibarat kaduk naik junjungTindakan pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiao Zong mempertikai kandungan buku teks Sejarah akhirnya memakan diri apabila teruk dikecam pengguna media sosial Sebelum ini pert...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025