Kdymm Ydpa Diyakini Bijak Membuat Keputusan Selesai Kemelut Politik


 
Kenyataan Media
24 hb Oktober 2020


KDYMM YDPA DIYAKINI BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN SELESAI KEMELUT POLITIK


Kami mengambil perhatian terhadap perkembangan politik tanah air terkini.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin kelmarin selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri , mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah , untuk mencadangkan YDPA mengisytiharkan darurat.


Dalam keadaan yang tidak jelas , apakah alasan yang diketengahkan itu cukup kuat untuk darurat diisytiharkan, kami tetap menyakini YDPA  mempunyai kebijaksanaan untuk menolak atau menerima cadangan tersebut.


Kami sangat yakin atas kebijaksanaan YDPA untuk membuat keputusan yang mempunyai implikasi besar dari segi undang-undang dan perjalanan serta uruskelola kerajaan dan negara.


Sesungguhnya  YDPA pasti memikirkan semasak-masaknya untuk mengisytihar darurat atau menolak cadangan dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang sangat meruncing.


Kami percaya sebuah kerajaan yang kukuh akan memungkinkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi dapat dikendalikan dengan baik.


Kami juga meyakini bahawa YDPA akan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat bukan sahaja untuk generasi masakini malah juga untuk generasi mendatang.


Mengisytiharkan darurat bukan suatu yang mudah untuk dipertimbangkan kerana implikasinya sangat besar. 


Penggantungan Parlimen atas nama darurat belum tentu menyelesaikan kemelut politik sedia ada. Apa yang menjadi tonggak penting untuk menstabilkan keadaan ialah keyakinan dan mandat rakyat kepada kerajaan.


Kami yakin kebijaksanaan YDPA pasti mampu memberi penyelesaian yang terbaik merentas kepentingan politik kepartian.


Kami berpendirian sementara isu pandemik Covid-19 perlu diteliti dengan halusi,  namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengantung fungsi parlimen. 


Perbahasan dikalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sangat penting bagi mencari jalan keluar kepada isu Covid-19 berlandaskan undang-undang sekaligus mengurus keperluan kehidupan rakyat.


Sebelum ini keputusan tidak menjalankan perbahasan parlimen untuk meluluskan pakej stimulus ekonomi menangani 


Covid-19 telah diambil. Dalam keadaan sekarang ia tidak sepatutnya diulangi. Walaupun alasan tindakan sertamerta perlu diambil, akan tetapi keputusan yang besar lebih sempurna jika perbincangan terbuka diadakan untuk mencari kesepakatan di Parlimen.


Cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan dan semua parti politik dalam demokrasi sedia ada harus  berlandaskan lunas undang-undang dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.


Akibat ekonomi negara terjejas oleh Covid-19 yang memberi kesan yang sangat berat kepada rakyat bawahan, darurat, jika dihalusi, mencetuskan ketidaktentuan bukan sahaja kepada pentadbiran negara malah kepada ekonomi negara. 


Walaupun mengekang wabak Covid-19 wajar diberi keutamaan oleh semua parti politik, mewajarkan darurat bakal merumitkan keadaan jika wakil rakyat tidak dapat berfungsi di Dewan Rakyat.


YDPA dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Permaisuri  telah menunjukkan ciri-ciri  merakyat yang sangat dikagumi. Kedua-duanya sangat mengambil berat kepada nasib rajyat.


Kami yakin sudah tentu dalam mempertimbangkan keputusan yang besar seperti darurat  yang memberi kesan kepada rakyat secara langsung , YDPA akan menimbangkan keputusan dengan perbincangan secara terperinci termasuk mendapat pandangan  bersama Raja-raja Melayu.


Kami percaya lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan akan pasti dijadi pertimbangan utama agar fungsi semua institusi utama negara seperti Dewan Rakyat tidak terjejas. 


Sistem Raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen adalah kerangka pemerintahan yang penting dipertahankan.


Dengan yang demikian kami menyarankan agar tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mengeskploitasi keadaan untuk menekan YDPA.  


Kami yakin YDPA akan membuat keputusan yang bijak untuk memastikan mandat rakyat dihormati dan fungsi institusi Dewan Rakyat berjalan lancar.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/kdymm-ydpa-diyakini-bijak-membuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 342 hits
Situasi ini kata Haniff akan menyebabkan Agong berdepan kesukaran untuk melantik pihak yang benar benar memiliki majoriti disebabkan unsur kecurigaan yang timbul Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keme...
6021 Keputusan Agong Bijak Prihatin Nasib Rakyat Ismaweb 26 10 2020

6021 Keputusan Agong Bijak Prihatin Nasib Rakyat Ismaweb 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 413 hits
BANGI 8 Rabiulawal 1442H Isnin Persatuan Pengguna Islam Malaysia menjunjung titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang memutuskan tiada keperluan untuk negara mengisytiharkan darurat bagi memeran...
Politik Poligami Penyelesaian Kemelut Negara

Politik Poligami Penyelesaian Kemelut Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 288 hits
Kemelut politik di negara ini terus berlarutan dan ketika lidah pengarang ini ditulis masih tiada noktah siapa yang mempunyai majoriti untuk menerajui negara Percaturan dan perbincangan terus berlangsung di belakang tabir Semua tahu kerajaa...
3 Pilihan Boleh Diambil Agong Tamat Kemelut Politik

3 Pilihan Boleh Diambil Agong Tamat Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 272 hits
BANGI 29 Safar 1442H Sabtu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mempunyai tiga pilihan sekiranya kemelut politik negara berhubung isu perebutan kuasa masih berpanjangan Presiden Ikatan Muslimin Malays...
Tidak Perlu Pilihan Raya Untuk Selesaikan Kemelut Politik Dr Nik Ahmad Kamal

Tidak Perlu Pilihan Raya Untuk Selesaikan Kemelut Politik Dr Nik Ahmad Kamal

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Kemelut politik yang melanda negara boleh diselesaikan secara rundingan atau menerusi Dewan Rakyat tanpa perlu merisikokan nyawa rakyat menerusi pilihan raya umum ketika Malaysia masih berdepan ancaman COVID 19 Pengamal Undang ...
Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM 20 OKT Duli Yang Maha Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bimbang dengan kemelut politik negara yang dilihat tiada kesudahan selain menimbulkan keresahan rakyat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Lela Ba...
Umno Bukan Punca Kemelut Politik Md Jais Sarday

Umno Bukan Punca Kemelut Politik Md Jais Sarday

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 266 hits
Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan raja raja Melayu menzahirkan pendirian tentang betapa pentingnya untuk menghormati mekanisme semak dan imbang pelbagai caban...
Apa Pun Keadaan Umno Saya Ingin Mengucapkan Tahniah Di Atas Kematangan Dan Kebijaksanaan Pimpinan Membuat Keputusan

Apa Pun Keadaan Umno Saya Ingin Mengucapkan Tahniah Di Atas Kematangan Dan Kebijaksanaan Pimpinan Membuat Keputusan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 237 hits
HAMDAN TAHA Selepas tewas PRU dan di tinggalkan oleh sahabat sahabat dalam BN dan di katakan Umno sudah berkubur dan tak ada masa depan berubah kembali kepada pembangkang kepada parti yang berkuasa cuma kekuasan di pecah pecahkan oleh parti...
Ada Sebab Kenapa Saya Membuat Keputusan Ini Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Berhijab

Ada Sebab Kenapa Saya Membuat Keputusan Ini Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Berhijab

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 1151 hits
Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri demikianlah kata pelakon Sarah Hildebra...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef