Kayak In Little Amazon Of Terengganu


Kayak In Little Amazon Of Terengganu | Bila pertama kali Sis Gee berkayak? Seingat ingatan ini rasanya masa sekolah menengah. Korang? Tapi masa tu berkayak kat tasik je. Bila masuk UUM, hakak join Kelab Kenu. Disitulah bermulanya pengalaman kayak hakak yang sebenar. Tambah pula, semua geng-geng kelab yang sempoi dan best, memang hakak bertahun kat UUM tu dengan Kelab Kenu. Kitaorang pun masih lagi contact sehingga ke hari ini, dan masing - masing kebanyakkannya dah berkeluarga dan beranak pinak dah pun. Heeee

Okey itu bukan main story ya! Masa di Kelab Kenu dahulu, hakak berkayak kat tasik dan juga laut masa join trip kayak pusing Pulau Pinang. Itu antara pencapaian terbaik hakak sepanjang join Kelab Kenu. TAPI!! Rupa - rupanya, berkayak di laut sangat berbeza dengan berkayak di sungai!!


Pertama kali hakak berkayak di sungai adalah bersama Jenoba Outdoor.  Menariknya, lokasi berkayak kali ini dalam negeri hakak sendiri, Terengganu. Honestly, hakak tidak pernah tahu yang ada lokasi berkayak untuk public di sungai dalam Terengganu ni tau! Bila ada satu hari, geng blogger Ganu juga iaitu Huda Halid, ada ajak untuk join berkayak bersama Jenoba Outdoor, hakak terus teruja nak sertai sama! 
Jenoba Outdoor Tawar Servis Kayak dan Camping Untuk Orang Ramai
Jenoba Outdoor antara nama yang sudah popular sebenarnya dikalangan pelancong asing. Mereka menawarkan servis dan tenaga pengajar yang pakar untuk membawa anda berkayak. Di samping berkayak, korang juga boleh minta pakej untuk berkhemah juga. Apabila ada yang pakar untuk menguruskan, semestinya pengalaman korang nanti lagi best!


Jenoba Outdoor telah mendapat pengsijilan Malaysia Tourism Excellence bagi kategori Adventure Tourism. Pengsijilan ini diperolehi daripada Malaysia Productivity Council. Disebabkan pengiktirafan Jenoba Outdoor, mereka memang sangat dipercayai ramai termasuklah anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri iaitu Tengku Puteri Nadhirah Zahrah yang telah pun mengikuti trip kayak bersama Jenoba Outdoor

Nak tahu best ke tak pengalaman hakak berkayak dengan Jenoba Outdoor? Jomlah baca story mory hakak sepanjang hakak Kayak In Little Amazon Terengganu

Meeting Point Bermula di Pengkalan Rengas
Tiba hari yang dinanti iaitu hari kami akan berkayak di Sungai Berang, Kuala Berang bersama Jenoba Outdoor. Syarat untuk menyertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu adalah, korang kena tempah untuk minima 2 orang. Ini adalah untuk memudahkan proses penyusunan buddy untuk berkayak nanti. Makanya, kebetulan rumet free, so, hakak ajak lah beliau untuk berkayak bersama. Ala - ala honeymoon pakej pulak sesekali buat aktiviti luar berkayak berdua. Hihi


Jam 9 - 9.30 pagi kami dikehendaki sampai di meeting point di mana ia merupakan titik permulaan untuk berkayak. Di Pengkalan Rengas ini, korang yang tak berkayak pun boleh datang sebab ia merupakan tapak perkelahan. View sungai kat sini memang cantik dan banyak port best untuk berkelah sambil - sambil mandi sungai. Hihi

Jenoba Outdoor Titik Beratkan SOP 
Menurut perintah dan saranan kerajaan, Jenoba Outdoor sangat menekankan SOP yang perlu diikutkan. Kesemua peralatan yang bakal digunakan oleh para peserta akan di sanitize terlebih dahulu. Setibanya hakak dan rumet di Pengkalan Rengas, kami dikehendaki scan QR CODE yang disediakan dan pemeriksaan suhu. 

Sebelum memulakan ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu, kami dikehendaki untuk mendengar sesi taklimat terlebih dahulu. 

Encik Najib memulakan taklimat secara ringkas perihal Sungai Berang dan juga sedikit sejarah tentang Pengkalan Rengas. Sedikit info yang boleh hakak kongsikan, Pengkalan Rengas ini dipanggil 'Pengkalan' kerana lokasi itu merupakan tempat berlabuhnya sampan, perahu, di mana Sungai Berang itu merupakan sungai utama pencarian rezeki dan juga sebagai tempat berhubung. Manakala 'Rengas' merujuk kepada pokok rengas yang tumbuh di sekitar pengkalan itu.


Menurut Encik Najib, kebiasaan air di Pengkalan Rengas sangat cetek dan jernih. Namun, disebabkan sehari sebelum kami berkayak, hujan yang lebat, maka air sedikit keruh dan paras air agak tinggi dari biasa. Namun, korang jangan risau kerana Jenoba Outdoor tidak akan membiarkan kita berkayak sekiranya paras air di tahap yang merbahaya. 
Jenoba Outdoor sangat menitikberatkan soal keselamatan dengan menyediakan krew dan guide yang terlatih. Taklimat tentang kayak dan keselamatan juga diberikan oleh guide terlatih Encik Fadhil


Setelah taklimat selesai, kami dikehendaki mengambil life jacket masing - masing yang kelihatan sangat bersih dan baru. Memang selesa dan terasa selamat bila dipakai. Owh ya! Kami diberikan juga snek ringan untuk dibawa bersama! Best kan? Heee

Setiap peserta dapat sebiji epal, roti dan air mineral. Untuk yang nak bawa barang-barang peribadi seperti wallet, kunci dan handphone, korang jangan risau. Jenoba Outdoor juga menyediakan waterproof bag dan diberikan secara percuma untuk mereka yang memerlukannya. Hakak ambil satu untuk simpan makanan dan barang-barang penting yang lain

Pengalaman Kayak In Little Amazon Of Terengganu
Pengalaman bermula!! Kami akan berkayak lebih kurang 2 jam setengah sepanjang Sungai Berang ini. Guide juga akan turut serta dalam ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini. Dari awal kami telah diberitahu untuk tidak terlalu kuat mengayuh disebabkan sungai ini sendiri dah ada arus yang membawa kayak. Kami cuma perlu mengawasi tidak terlalu dekat dengan tebing, batu, kayu atau pokok. 

Terasa damai dan tenang bila berkayak di Sungai Berang ni tau. Dapat dengar air sungai, dengar bunyi burung berkicauan, lihat alam flora dan fauna disekeliling serta mengamati setiap kejadian alam semulajadi yang sangat indah. 

Hakak terpegun apabila sampai di Gate Of Little Amazon. Sangat cantik ciptaanNya. Pokok - pokok besar yang menjuntai ke sungai menjadikan laluan sungai seperti satu laluan yang redup dan cantik. Bak kata omputeh 'No Words Can Describe!'. Sebegitulah hakak ketika melihat The Gate Of Little Amazon


Kami berehat seketika di Gate Of Little Amazon untuk makan, mandi, dan mengambil gambar. Rumet kemain berendam! Al maklum kali ni tak perlu mengawasi #Geng4A kan. Haha!

Kalau korang datang berkayak dengan Jenoba Outdoor, korang boleh request untuk berhenti rehat atau mandi manda dengan lebih lama lagi. Apa - apa pun bergantung kepada cuaca semasa memandangkan arus sungai yang deras nanti akan merisikokan korang juga kan? Safety first!


Selesai berehat di Gate Of Little Amazon, ekspedisi lebih santai, lebih kepada menikmati pemandangan flora fauna di Little Amazon. Sangat cantik!! Memang tak rugi bayar untuk Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini.


Selanjutnya, korang boleh lihat video pengalaman hakak berdua dengan rumet di Little Amazon Terengganu. Memang terapi terbaik untuk suami isteri yang sentiasa sibuk dengan rutin kerja dan anak - anak serta terapi terbaik untuk korang yang stress. Comfirm hilang migrain datang sini dan sertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu!


Booked Your Date Now!!
Korang boleh pilih slot tarikh mana yang korang nak. Selagi belum penuh kuota untuk date tersebut, korang boleh terus join! Hakak recommend korang grab pakej murah dari Jenoba Outdoor seperti kat bawah ini :
PAKEJ BERKAYAK SAHAJA

RM 129
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.

PAKEJ BERKAYAK DAN BERKHEMAH 2 HARI 1 MALAM

RM 200
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.                   
       ◈ Makan ( breakfast x 1 , lunch x 2 , dinner x 1 ).
       ◈ Khemah ( twin sharing ).
       ◈ Domestic transfer.


Rugi kalau tak tanya diaorang dulu tau! Sebabnya, Jenoba Outdoor juga selalu buat harga promosi murah - murah je! So, apa kata korang yang berminat tu boleh terus contact Jenoba Outdoor untuk sebarang promo terkini dan juga info lanjut.

KAYAK IN LITTLE AMAZON OF TERENGGANU | JENOBA OUTDOOR
Facebook : @JenobaOutdoorInstagram : @jenobaoutdoorWhatsapp : +6013 702 6923 ( Encik Najib )



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sisgee.com/2020/08/kayak-in-little-amazon-of-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Fc Cipta Sejarah

Terengganu Fc Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 137 hits
Foto TFCKuaIa Terengganu Naib juara Liga Super musim IaIu Terengganu FC meIakar sejarah tersendiri apabiIa menjadi keIab pertama di MaIaysia yang memiIiki TFC PLAY iaitu pIatform perkhidmatan streaming Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Foo...
Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 129 hits
Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi menggesa bantuan banjir RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan terus kepada pihaknya tanpa perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Exco Kebajikan Pemban...
Hanafiah Melenting Peruntukan Banjir Jpkkp Terengganu

Hanafiah Melenting Peruntukan Banjir Jpkkp Terengganu

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 164 hits
Agihan bantuan banjir sebanyak RM50 juta sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan sebaliknya perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri Exco Kebajikan Pembangunan ...
Mb Terengganu Nafi Perang Dingin Dengan Kerajaan Pusat

Mb Terengganu Nafi Perang Dingin Dengan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 142 hits
MENTERI Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud perang dingin antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan Ia susulan ketidakhadiran beliau dan barisan pemimpin negeri pada program lawatan Perdana Menteri Anwar...
Lawatan Pmx Mb Terengganu Beri Alasan Masalah Komunikasi

Lawatan Pmx Mb Terengganu Beri Alasan Masalah Komunikasi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 120 hits
MALAYSIADATELINEMenteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud perang dingin antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan Ia susulan ketidakhadiran beliau dan barisan pemimpin negeri pada program la...
English Breakfast Di Ziq Bakery Kuala Terengganu

English Breakfast Di Ziq Bakery Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 275 hits
English Breakfast di Ziq Bakery Kuala Terengganu Assalamualaikum dan hai semua Lama tak update entry santai santai kat blog In syaa Allah 2023 Sis Gee akan update more story mory Hihi Rindu sangat kat kawan kawan zaman rajin blogging dulu G...
Soalan Balas Untuk Menteri Besar Terengganu

Soalan Balas Untuk Menteri Besar Terengganu

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 101 hits
SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU 14 Januari 2023 1 Baru baru ini dalam satu majlis dialog Menteri Besar Terengganu mempersoalkan kononnya sudah dua bulan menjadi Kerajaan tetapi Dato Sri Anwar tidak memanggil mesyuarat dengan Ker...
Samsuri Denies Cold War Claim Between Terengganu And Putrajaya

Samsuri Denies Cold War Claim Between Terengganu And Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 266 hits
Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar has denied an allegation of a cold war between state leaders and the federal government following their absence at a programme held in conjunction with Prime Minister Anwar Ibrahim s visit to t...
Apa Status Peruntukan Rm43 5 Juta Mafi Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Apa Status Peruntukan Rm43 5 Juta Mafi Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 190 hits
Duk baca twitter ternaik pula tweet YB terengganu yang menjawab perkara yang dinyatakan YB Mat Sabu berkaitan ayam penelur dan cerita telur ayam Ada satu tweet mempersoalkan apakah status peruntukan MAFI yang telah salurkan kepada kerajaan ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever