Hanafiah Melenting Peruntukan Banjir Jpkkp Terengganu





Agihan bantuan banjir sebanyak RM50 juta sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaliknya perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia bagi mengelak wujudnya dua entiti di samping melicinkan proses bantuan oleh kerajaan negeri bersama agensi Kerajaan Persekutuan

"Dalam bencana banjir sebelum ini termasuk ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa lima tahun lalu, agihan bantuan banjir disalurkan secara terus kepada kerajaan negeri

"Tiada keperluan untuk disalurkan kepada JPP kerana ia seolah-olah mewujudkan satu perbezaan dan hubungan yang tegang antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri

"Tambahan pula, di peringkat negeri kita sudah sedia ada perincian maklumat mereka yang layak menerima bantuan dan terjejas banjir

"Jadi apa salahnya wang itu disalurkan terus dan diuruskan oleh kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad

Menurut Hanafiah, langkah itu juga bagi mengelak wujudnya kelemahan dalam sistem agihan termasuk pertindihan kerana agihan bantuan telah sinonim diuruskan kerajaan negeri

"Berdasarkan agihan bantuan sebelum ini,wang bantuan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebelum disalurkan ke Pejabat Daerah, tidak 'singgah' ke JPP


"Barulah berlaku kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat. Hubungan kedua-duanya juga tidak semakin 'tajam'

"Apa yang berlaku kini seolah-olah mewujudkan dua entiti dalam satu negeri malah ia juga dilihat bersifat kepentingan politik," ujarnya

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), beliau berkata, ia mengundang kepada situasi yang tidak harmoni dalam sesebuah komuniti

"Amat bahaya apabila wujud dua (JPKK dan JPKKP) dalam kampung kerana ia boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak harmoni

"Untuk mewujudkan suasana harmoni, biarlah ada satu JPKK kerana dalam apa jua keadaan kerajaan negeri tetap perlu patuh dan taat kepada kerajaan Pusat

"JPKKP sepatutnya menguruskan dan jaga projek-projek kerajaan Persekutuan, barulah tidak timbul isu lain," katanya

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Sabtu memberitahu kerajaan akan membentangkan cadangan penubuhan JPKK dan JPKKP kepada jemaah menteri dalam masa terdekat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan pada masa kini

Sebelum ini, dalam lawatan ke Kelantan pada 21 Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang terjejas teruk akibat bencana banjir


- Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/01/hanafiah-melenting-peruntukan-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 99 hits
Foto Media MB TerengganuKeputusan kerajaan pusat untuk menyerahkan sepenuhnya tugas serta kaedah pengagihan bantuan banjir kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melibatkan agensi di bawah kerajaan negeri akan mewujudkan kelemahan sek...
Kerajaan Terengganu Tanggung Sewa Rumah Sementara Mangsa Banjir

Kerajaan Terengganu Tanggung Sewa Rumah Sementara Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 120 hits
Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Dis lalu menyebabkan lebih 40 000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di semua lapan daerah di negeri itu PETALING JAYA Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar be...
Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 97 hits
Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi menggesa bantuan banjir RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan terus kepada pihaknya tanpa perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Exco Kebajikan Pemban...
Apa Status Peruntukan Rm43 5 Juta Mafi Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Apa Status Peruntukan Rm43 5 Juta Mafi Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 152 hits
Duk baca twitter ternaik pula tweet YB terengganu yang menjawab perkara yang dinyatakan YB Mat Sabu berkaitan ayam penelur dan cerita telur ayam Ada satu tweet mempersoalkan apakah status peruntukan MAFI yang telah salurkan kepada kerajaan ...
Flood Aid Distribution Terengganu Urges Putrajaya To Get State Agencies Involved

Flood Aid Distribution Terengganu Urges Putrajaya To Get State Agencies Involved

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 74 hits
The federal government should get agencies under the state government involved in distributing aid to flood victims said Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar Samsuri said the move was to avoid overlapping in aid distribution throu...
Terengganu Fc Berkampung Di Thailand

Terengganu Fc Berkampung Di Thailand

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 103 hits
KUALA TERENGGANU Naib juara Liga Super musim IaIu Terengganu FC yang dikendaIikan semua barisan kejuruIatihan baharu bakaI asah taji di ThaiIand pada awaI buIan depan PengendaIinya TomisIav Steinbruckner menjeIaskan aksi pemanas badan itu p...
Pimpinan Kerajaan Terengganu Dikritik Kerana Tidak Menyambut Kehadiran Perdana Menteri

Pimpinan Kerajaan Terengganu Dikritik Kerana Tidak Menyambut Kehadiran Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 117 hits
Disember 2022 bencana banjir telah melanda di dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu menyebabkan ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal Sehubungan itu Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantua...
Pm10 Datang Ke Terengganu Bukan Sebagai Tokeh Judi

Pm10 Datang Ke Terengganu Bukan Sebagai Tokeh Judi

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 89 hits
Tidak pelik jika PM10 datang ke Terengganu hanya diraikan oleh Sultan Terengganu dan kakitangan awam di sana Anwar Ibrahim bukan tokeh judi yang boleh diraikan atau disambut Ada seorang lebai menulis PM10 datang ke Terengganu ikut pintu bel...
Ph Anggap Mb Terengganu Exco Boikot Pm

Ph Anggap Mb Terengganu Exco Boikot Pm

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 82 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan Terengganu menganggap Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar dan Exco memboikot Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana tidak ada alasan berasas mewajarkan ketiadaan mereka ketika lawatan kerja ketua ker...
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau