Malaysia Mesti Terajui Transformasi Industri Halal Global Ahmad Zahid


 


KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Malaysia mesti menerajui tranformasi industri halal global.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, dunia kini berlumba-lumba untuk menguasai pasaran halal dan Malaysia perlu bergerak lebih pantas bagi memperkukuhkan kedudukan tersebut.

“Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal dunia dianggarkan mencecah USD 3.1 trilion menjelang 2025. Namun, persaingan semakin sengit apabila lebih banyak negara mula mengambil langkah agresif untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam sektor ini.
“Dunia kini berlumba-lumba menguasai pasaran halal dan Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Sebaliknya, kita perlu bergerak lebih pantas, lebih strategik, dan lebih inovatif untuk memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai pemimpin industri halal dunia, tetapi juga menjadi pusat rujukan utama dalam semua aspek ekosistem halal global.
“Sehingga Disember 2024, indikator bagi industri halal menunjukkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 peratus pada RM146.6 bilion,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Menurutnya, beliau telah memimpin usaha merangka strategi baharu untuk melonjakkan jenama halal Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
“Sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Agenda Halal Malaysia, saya telah memimpin usaha merangka strategi baharu yang lebih dinamik dan berkesan untuk melonjakkan jenama halal Malaysia ke tahap lebih tinggi. Fokus utama strategi ini adalah untuk meningkatkan daya saing jenama halal Malaysia di peringkat antarabangsa, memanfaatkan potensi pasaran halal global yang terus berkembang.
“Dalam usaha merealisasikan visi ini, enam kluster utama telah dikenal pasti sebagai teras transformasi ekosistem halal Malaysia. Pertama, dasar halal negara akan dikaji semula dan ditambah baik agar selaras dengan perkembangan global serta memenuhi keperluan lebih 1.9 bilion umat Islam di dunia. Penyelarasan antara semua pemegang taruh akan diperhebat bagi memastikan ekosistem halal yang lebih inklusif dan berdaya saing.
“Kedua, sistem pensijilan halal akan didigitalisasikan sepenuhnya bagi mempercepatkan serta mempermudah proses permohonan, dengan sasaran mencapai 100% digitalisasi menjelang 2026. Pada masa yang sama, mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan akan diperkukuh bagi menjamin kredibiliti pensijilan halal Malaysia, mengekalkan statusnya sebagai antara sijil halal paling diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa pelan pembangunan Industri halal akan memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi.
“Ketiga, pelan pembangunan industri halal akan memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi seperti farmaseutikal halal, logistik halal, dan teknologi makanan, dengan sektor farmaseutikal halal sahaja dianggarkan bernilai USD 134 bilion. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan ekosistem halal domestik, malah akan memacu pertumbuhan industri halal Malaysia yang kini menyumbang sekitar 7.7% kepada KDNK negara.
“Keempat, bagi memastikan produk halal Malaysia dapat menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa, strategi pemasaran baharu akan memanfaatkan platform digital dan e-dagang secara menyeluruh. Penganjuran MIHAS sebagai pameran halal terbesar dunia akan terus dijadikan landasan strategik untuk menarik pelabur dan pembeli global, dengan sasaran meningkatkan eksport produk halal Malaysia kepada RM63.1 bilion menjelang 2025, berbanding RM40 bilion pada 2023.
“Malaysia perlu lebih agresif dalam meneroka pasaran halal baharu, khususnya di Asia Barat, Eropah, Amerika, dan Afrika, bagi memastikan produk halal kita terus relevan dan kompetitif di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa kejayaan akan dapat direalisasikan dengan sokongan padu kerajaan, industri, dan masyarakat
“Kelima, pengurusan bakat dan tenaga kerja halal akan diperkasa melalui latihan, pensijilan profesional, serta peluasan program TVET halal bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat global. Sasaran 50,000 tenaga kerja halal kompeten menjelang 2030 akan menjadi keutamaan, memastikan Malaysia mempunyai modal insan berkualiti yang mampu mengukuhkan kepimpinan negara dalam industri halal.
“Keenam, penyelidikan dan pembangunan (R&D) halal akan terus diperkukuh, dengan kerjasama erat antara institusi akademik dan industri bagi menghasilkan inovasi baharu dalam produk dan perkhidmatan halal. Lebih banyak pusat kecemerlangan halal akan diwujudkan di Malaysia bagi memacu inovasi dan kepakaran teknikal dalam bidang halal, menjadikan negara kita sebagai pusat rujukan utama dalam pembangunan teknologi halal global.
“Saya yakin kejayaan ini dapat direalisasikan dengan sokongan padu kerajaan, industri, dan masyarakat. Malaysia mesti menerajui transformasi industri halal global, dan dengan strategi yang jelas serta kerjasama erat, InsyaAllah negara kita akan terus menjadi hab halal unggul yang diyakini dunia,” katanya lagi. – UMNO Online






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/malaysia-mesti-terajui-transformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

Umat Islam Malaysia Buat Jenama Marshmallow Patuh Syariah Lepas Nampak Kurangnya Pilihan Halal Terus Meletup

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 95 hits
Di Malaysia kebanyakan marshmallow di pasaran adalah import dari luar negara dan status Halal mereka belum terbukti Namun seorang lelaki tempatan Nur Ikhmal Danial Zakaria sedang membina empayar dalam dunia marshmallow yang lembut dan manis...
How Bintulu S Worst Floods Unveil The Lion Hearted Side Of Malaysia S Most Hated Minister Dubbed Drunken Master

How Bintulu S Worst Floods Unveil The Lion Hearted Side Of Malaysia S Most Hated Minister Dubbed Drunken Master

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 165 hits
DETRACTORS have been made speechless with many would likely be forced to re think retract their condemnation of him as Madani government s worst cabinet minister after seeing him bravely wading through As if heavens have eyes to turn his cr...
Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 338 hits
Hi Korang Beribu ribu rakyat Malaysia membanjiri Putrajaya untuk menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 yang amat dinanti nantikan Lebih 23 000 pelari dan 13 000 sahabat handai serta ahli keluarga dari semua peringkat usia bersemangat me...
Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 170 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 30 2025Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia yang akan dilancarkan selepas bulan Ramadan Projek berimpak ting...
Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 447 hits
Mohd Fairul Al QasasMalaysia negara kaya banyak menyumbang 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal banyak membantu negara negara miskin 2 Usaha membantu negara miskin ini dilakukan oleh kerajaan terutamanya kawasan umat Islam conto...
Malaysia Among Nine Nations To Meet In The Hague Over Israel S Violations Of International Law

Malaysia Among Nine Nations To Meet In The Hague Over Israel S Violations Of International Law

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 143 hits
FILE PHOTO The International Criminal Court building is seen in The Hague Netherlands January 16 2019 REUTERS Piroschka van de Wouw File PhotoTHE HAGUE Nine countries including Malaysia will convene in The Hague to discuss their shared comm...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 464 hits
MALAYSIA perlu memainkan peranan utama dalam menggerakkan usaha menyelesaikan krisis Myanmar selaku Pengerusi ASEAN tahun ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nbsp menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan ASEAN bertindak lebih ...
Charity Begins At Home But Not In Anwar S Malaysia

Charity Begins At Home But Not In Anwar S Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 121 hits
GOOD news Malaysians Your rural schools may be falling apart your hospitals might not have enough doctors and your elderly pensioners could be living below the poverty line but don t worry because Malaysia is building a school hospital and ...
Kritik Bantuan Malaysia Untuk Palestin Sifat Ihsan Rafidah Dipersoal

Kritik Bantuan Malaysia Untuk Palestin Sifat Ihsan Rafidah Dipersoal

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 138 hits
KENYATAAN Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz mengkritik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada warga Palestin adalah bersifat dangkal nbsp Pengarah ...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap

Gyumon Halal Ramen Asakusa Taito City Tokyo

Eh Rindu I Tak

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Video Beg Birkin Siti Nurhaliza Curi Perhatian Netizen Wah First Time Tengok Tokti Pakai