Kawan Paling Mudah Menipu
Dalam hati rasa sedih tapi itu mengenangkan kesedihan orang lain terhadap apa yang sedang dilaluinya. Saya nak cerita tentang seorang yang saya terpaksa menebalkan muka, bukan tebalkan pakai topeng ke apa tapi tebalkan dengan keazaman dan semangat
Dulu dia bangkit dari kejatuhan dalam perniagaan, saya kagum dengan idea yang lahir dari pemikirannya, tapi suatu hari masa perniagaan dia tengah tip top, dikhabarkan pekerjanya pula suka songlap duit tiap-tiap hari dari hasil jualan makanan. Hasilnya sikit sedangkan bahan habis banyak, tak ke pelik? Siasat punya siasat kawan sendiri yang ambil. Sedih ke tak? Tak tahu la kalau anda dapat rasa ke tak
Menu yang dihasilkannya selalu sahaja diciplak itu dah menjadi adat di Dungun ni, tetapi itu kita anggap sahaja asam garam perniagaan tapi lepas satu masalah datang lagi masalah lain, ada lagi kawan lain datang pengaruhinya tentang pelaburan. Ini yang jadi masalah, si peniaga ni jadi terdesak sebab nak dapat pulangan semula. Peniaga ni percaya pada si kawan yang ajak dia join Highway. Seperti biasa bila skim ini muncul maka akan timbul pelbagai masalah diakhir-akhir sebagai contoh, duit hilang lah, duit kena rompak la, kena samun la macam-macam. Akibatnya orang bawah tak dapat duit seperti yang dijanjikan
Si peniaga ni terpaksa menanggung beban hutang kerana orang yang masuk melalui dia mendesak nak dapat duit. Yang awak tu pulak dah melabur lepas tu mintak balik, perniagaan memang ada untung rugi. Kalau ada orang nak songlap duit awak, dah tahu kenapa bagi? Satu aje alasan, nak cepat kaya. Nak cepat dapat duit, usahanya tak nak. Lalu, perniagaannya tergadai semata-mata dibelenggu hutang lantas rakan-rakan lain yang join Highway tu nak mintak duit dari dia sampai dalam media sosial pun mereka tetap bising
Aman tak? Memang tak aman, kan? Hari-hari orang bising sampai nak buat kerja pun tak berdaya, tapi dia seorang yang kuat, dia berusaha dan berusaha kerana penglibatannya dalam skim itu adalah berpunca dari kesilapannya kerana mudah percaya, begitu juga dengan pekerjanya itu suka songlap duit telah membawa diri
Saya yakin, dia dapat keluar dari kemelut ini jika hati ikhlas seadanya dan tidak mengemis simpati kerana itu adalah racun yang memakan diri. Berusalah dan teruskanlah berjuang selagi hayat dikandung badan. Apa yang penting jangan terlalu pegang 'orang buat' sebenarnya kita yang buat perniagaan kita yang merosok. Kalau kita fikir asyik orang aje yang buat saat kita sakit pun, sebenarnya yang buat kita sakit berpunca dari kekusutan fikiran kita. Celaru dan macam-macam. Tuhan nak uji kita
Sama-samalah kita berusaha, apa yang berlaku jadikan ikhtibar, Rezeki itu milik ALLAH Azza Wa Jalla, kita teruskan berbuat baik, Insya-Allah ada pembalasannya. Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rashidsalim.blogspot.com/2016/10/kawan-paling-mudah-menipu.html