Kawan Baru
Imbas kembali 20 Mac 2024 (ketika itu bulan puasa) - setelah hampir 4 bulan saya menetap di rumah Perlis, buat pertama kalinya seekor kucing muncul di laman rumah. Kucing yang nampak sangat pemalu atau entah penakut, duduk jauh di suatu sudut pokok pagar tanpa sebarang bunyi. Foto di atas hasil zoom-in, dapatlah saya merakam rupa si kucing
Sekitar bulan Mei lalu, si kucing sudah mula berani mendekat - selalu ada di bawah kereta depan pintu rumah dan mengiau dengan nada perlahan. Tapi masih malu-malu bila saya beri makanan (buat pertama kali saya cari/beli makanan untuk kucing di kedai 😄). Bila saya menjauh barulah si kucing akan makan
Balik dari trip ke Kuching pada 21 Mei 2024, si kucing sudah tidak malu-malu lagi. Mengiau dengan nada kuat dan sibuk mengekori langkah kaki saya
Agaknya sebab tu wujud peribahasa ‘malu-malu kucing’ 😆. Begini rupanya, mula-mula je malu menjauh tak bersuara. Sekarang hmmm…
Saya berjalan, dia sibuk mencelah langkah kita. Saya sidai baju di ampaian, dia sibuk bermain di kaki. Beberapa kali juga saya terasa hujung gigi taringnya, eh main gigit-gigit kaki pulak! Saya duduk di gazebo atau bangku, dia melompat dan duduk merapat di sebelah saya
Kucing jantan yang manja ini sebenarnya kepunyaan jiran, sebab itulah kelihatan elok sihat. Tapi nampaknya sekarang dah jadi kawan saya pulak, hampir setiap hari si kucing datang menghabiskan waktu siang di rumah saya dan beredar apabila hari menjelang gelap
Saya catatkan kisah ‘kawan baru’ saya ini di blog kerana ini merupakan pengalaman pertama saya ada ‘hubungan baik’ dengan kucing. Barulah saya tahu, kucing mengiau bukan semata kerana nak makan tetapi mahu perhatian dan nak bermanja dengan manusia 😄
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2024/06/kawan-baru.html