Kawan Baik Masuk Hospital Disebabkan Stress Aku Suggestkan Eskayvie Mindtropic




Kawan baik masuk hospital disebabkan stress. Aku suggestkan Eskayvie Mindtropic | Hai semua.. Harini aku nak kongsikan sedikit pengalaman kawan baik sendiri masuk hospital di zon merah disebabkan stress yang melampau.. Soal stress ni bukan boleh buat main ya rakan-rakan semua. Sebabnya, bila seseorang tu dalam tekanan, dorang tak boleh nak fikir panjang dan terkadang tu yang jadinya tindakan di luar jangkaan dan kadang-kadang tu sampai kita tak boleh terima akal.


Banyak dah kita dengar berita sama ada di akhbar dan media sosial berkaitan kes bunuh diri dan bunuh ahli keluarga kerana stres dan tekanan hidup yang melampau sehingga mereka ini tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Bagi yang tak pernah mengalaminya pasti akan kata ianya tidak benar, mengada-gada dan terlalu ikut perasaan tapi lain pula pada yang mengalaminya. Kita tidak tahu apa yang mereka alami dan rasa. Stress & depression is real ya!


Berbalik pada kawan aku tadi, bila dapat tau dia masuk hospital, terus aku ke sana esoknya tu. Sesampai je aku di hospital, memang keadaan dia agak lemah tapi masih boleh bergelak tawa lagi. 


Aku sangat faham situasi dia di mana perasaan dan masalah yang bercampur baur.. Apa yang aku boleh sampaikan pada dia.. "Allah tak kan uji hambaNya melebihi dari kemampuan seseorang". Apa saja masalah yang dia hadapi sekarang yang aku sendiri tak dapat mention disini, aku harap dia tabah dan selalu berlapang dada.


Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Sama ada masalah besar atau pun kecil ianya terpulang pada kita, bagaimana kita nak atasi masalah itu. Sokongan daripada kawan-kawan dan ahli keluarga sangat penting untuk mereka yang stres dan alami tekanan hidup ni. Jangan sesekali kita abaikan mereka dan tidak ambil tahu apa masalah yang mereka alami.


Kenapa Terjadinya Stres?




Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi atau tertekan dengan masalah yang dihadapi. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan


Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan mengamalkan kaedah dibawah:
1. Bertenang
Setiap kali merasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan

2. Bernafas dengan dalam
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan

3. Beribadat
Sekiranya mengalami tekanan atau stres, kita boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang

4. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang dipercayai dan dapat memahami perasaan. Luahkanlah dan kongsi perasaan dengan mereka

Apabila berkongsi perasaan dengan orang lain, kita akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Kita akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda

5. Berurut
Apabila stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres

6. Berehat dan Mendengar Muzik
Apabila stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan akan mula relaks serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat diri berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan

7. Beriadah & Bersenam
Luangkan sedikit masa ntuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang disukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan kita akan berasa lega dan tegang

8. Berfikiran positif
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana kita cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif

9. Kenal Pasti Punca
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Kita juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda


Kawal Emosi & Stres Dengan Eskayvie Mindtropic

Baru-baru ni Eskayvie telah melancarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic yang dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, yang telah memformulasikan produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz. 
Siapa pendengar radio Suria FM kat sini sila angkat tangan! Kalau korang salah seorang pendengar Suria FM pasti 2-3 minggu ni korang ada dengar iklan Eskayvie Mindtropic oleh Pak Nil




Eskayvie Mindtropic dihasilkan untuk membantu mengatasi masalah susah tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena. Bukan sahaja ia membantu untuk tidur, malah juga mampu membantu mengawal stres, mengawal tekanan dan mengatasi gejala brain fog akibat Long Covid


Manfaat Eskayvie Mindtropic
1. Mengatasi gejala brain fog2. Meningkatkan Perkembangan sel otak3. Menguatkan memori4. Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik5. Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal6. Dapat tidur lebih lena7. Lebih ceria & gembira8. Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
1. 100% bahan semula jadi 2. Sesuai untuk 18 tahun ke atas3. Rasa tropika yang enak4. Tanpa perasa & pewarna tiruan 5. Tanpa gula tambahan6. Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award

5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic



Kat sini aku nak kongsikan 5 bahan utama Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tengok sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam produk ni. Memang terbaik


PHOSPHATIDYLSERINE

Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima


ASHWAGANDHA KSM-66

Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres)

Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita


BACOPA MONNIERI

Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira

Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap
Bagi yang mengalami gejala Long Covid, bahan ni memang sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi oleh korang


MAGNESIUM

Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb)


SELENIUM

Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Juga menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat


Maklum balas Pengguna Eskayvie Mindtropic
Kalau korang nak tahu, Eskayvie Mindtropic ni dah ramai yang amalkan sekarang ni ya dan banyak maklum balas yang dikongsikan. Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna ni




Nadia Bakhtiar pengguna Eskayvie Mindtropic, perasaannya jadi lebih tenang dan emosi terkawal selepas mengamalkannya. Bangun pagi pun rasa cergas dan ceria. Bila dapat tidur yang secukupnya memang kita akan kurang stress




Ain pengguna Eskayvie Mindtropic sejak makan produk ni minda jadi lapang bila bangun pagi. Tidur memang lena dan dapat deep sleep. 
Jom tonton video perkongsian dari Puan Siti Zubaidah, 39 tahun dibawah ni. “Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je” tapi lepas amalkan Eskayvie Mindtropic beliau dah mudah tidur dan dapat tidur lena serta boleh kawal emosinya



 Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic



Kesimpulan
Kalau kita tak cukup tidur ni atau tidur tak lena badan kita memang tak akan dapat rehat yang secukupnya. Untuk orang dewasa, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tidur untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup juga boleh meningkatkan fungsi imun ya. Kalau kita tidak mendapat tidur yang secukupnya itu yang jadi cepat stres dan asyik nak marah je

Bayangkan lah aku sendiri yang tak cukup tidur ni pun boleh stress. Badan terkadang rasa lemah. Nak bangun pagi setiap hari ke tempat kerja pun rasa malas melampau. Alhamdulillah lepas 2 minggu aku amalkan Eskayvie Mindtropic, badan rasa lebih bertenaga dan rasa mengantuk terkawal. Di ofis pun rasa semangat dari biasa dan lebih ceria




Aku memang nak suggestkan Mindtropic ni pada kawan aku. Harapnya lepas dia consume produk ni, perasaan stres dan anxiety dia semakin berkurang. Tidaklah aku cakap yang penyakit stress ni akan hilang terus, cuma kita usaha ke arah yang lebih baik dan yang penting kita ikhtiar untuk cari penawarnya

Bagi korang yang nak cuba Eskayvie Mindtropic ni boleh klik pada link di bawah ni dan dapatkan Eskayvie Mindtropic hari ni juga. Jangan stres stres tau


Website: www.eskayvie.com Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq    



#EskayvieMindtropic #JanganStresStres


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.busyratakiyudin.com/2022/11/kawan-baik-masuk-hospital-disebabkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Bersama Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Bersama Eskayvie Mindtropic

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 308 hits
Bila bercakap tentang masalah tidur ianya sesuatu yang cukup mengganggu kehidupan normal sebagai manusia Masalah tidur adalah merujuk kepada gangguan corak tidur kita seharian Masalah ini boleh terjadi atas pelbagai faktor termasuk faktor p...
Eskayvie Mindtropic Vitamin Untuk Kesihatan Minda

Eskayvie Mindtropic Vitamin Untuk Kesihatan Minda

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 297 hits
Eskayvie Mindtropic vitamin untuk kesihatan minda Pengalaman sendiri bila mana 2 kali dijangkiti virus Covid 19 memang banyak memberi kesan pada kesihatan badan saya Dalam pada kita berjaga jaga bila dah nak kena memang tak boleh nak mengel...
Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 259 hits
agendaily com08 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tertekan susulan peningkatan sokongan termasuk daripada ahli UMNO sendiri kepada Perikatan Na...
Sokong Kawan Baik Kim Woobin Kongsi Dengar Lagu Ost D O Exo Bite

Sokong Kawan Baik Kim Woobin Kongsi Dengar Lagu Ost D O Exo Bite

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 142 hits
Merupakan kawan baik Kim Woo bin nampaknya setia memberikan sokongan buat sahabatnya D O EXO ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Kim Woo bin dan D O merupakan rakan baik sejak dari 2016 lagi apabila pelakon itu pernah mendedahkan bahawa ...
Eskayvie Mindtropic Atasi Masalah Sukar Tidur Tingkatkan Produktiviti Harian

Eskayvie Mindtropic Atasi Masalah Sukar Tidur Tingkatkan Produktiviti Harian

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 192 hits
Sekarang ni ramai di antara kita yang mempunyai masalah susah nak tidur malam Masalah sukar tidur ni boleh terjadi pada semua peringkat umur lebih lebih lagi pada yang telah berumur Kadang tu gelisah dalam diri adalah punca kita sukar untuk...
Eskayvie Mindtropic Bantu Merawat Gejala Sukar Tidur Dan Stres

Eskayvie Mindtropic Bantu Merawat Gejala Sukar Tidur Dan Stres

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 210 hits
ESKAYVIE MINDTROPIC BANTU MERAWAT GEJALA SUKAR TIDUR DAN STRES Assalamualaikum semua Sejak jenama Eskayvie mula dikenali ramai dengan produk Eskayvie Diffenz ketika pandemik Covid 19 yang lepas kini ia hadir dengan keluaran terbarunya iaitu...
Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 319 hits
Tidur tidak cukup menyebabkan berat badan naik Pernah tak anda terfikir mengapa berat badan sukar turun sedangkan anda sudah mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari secara konsisten Malah berat menjadi semakin naik CN send...
Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres

Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 213 hits
Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hai Pembaca semua Untuk entri kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde sendiri melalui Long Covid Ba...
Eskayvie Mindtropic Penyelesaian Tak Cukup Tidur Berat Badan Naik

Eskayvie Mindtropic Penyelesaian Tak Cukup Tidur Berat Badan Naik

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 268 hits
Eskayvie Mindtropic Penyelesaian Tak Cukup Tidur Berat Badan Naik Betul ke tak cukup tidur badan boleh naik Ha Mesti ramai yang sama macam mummy baru tahu tentang tidur tidak cukup boleh menyebabkan badan naik hehe Rupanya tidur yang tidak ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya