Kaut Untung Caj Tayamum Sehingga Rm700



Kaut untung caj tayamum sehingga RM700
SHAH ALAM – Kadar kematian yang tinggi akibat jangkitan Covid-19 khususnya di Selangor menyebabkan ada pihak yang didakwa cuba mengaut keuntu­ngan dengan mengenakan caj yang tinggi untuk menguruskan jenazah.
Perkara itu dipercayai berlaku kepada si mati yang beragama Islam dengan kewujudan kartel-kartel tertentu yang mengenakan caj tayamum sehingga RM730 bagi jenazah perempuan dan RM680 bagi jenazah lelaki.
Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali Wan Cai berkata, proses tersebut hanya mengambil masa masa kurang seminit dan menggunakan debu ta­yamum berharga RM5.
“Sepaket debu tayamum boleh digunakan untuk tiga jenazah. Kos pakaian perlindungan diri (PPE) bagi dua petugas pula dianggarkan RM100 kerana hanya dua orang dibenarkan menyantuni jenazah.
“Meletakkan caj sehingga RM700 adalah tidak masuk akal dan boleh dianggap menangguk di air keruh lebih-lebih dalam suasana pandemik sekarang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, harga itu bagaimanapun dikuatkuasakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pengurusan jenazah penyakit berjangkit se­perti HIV dan Ebola.
Justeru, Wan Chai mene­gaskan, penggubalan atau pe­wartaan kos pengurusan jena­zah pesakit Covid-19 kepada panel-panel terlibat perlu diselaraskan bagi mengelak dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Paling terkesan apabila waris diminta mencari van jenazah. Perkara terlintas di fikiran sudah pasti van jenazah masjid dan surau, namun ada yang tidak mahu kerana kebanyakan mereka adalah warga emas yang be­risiko tinggi dijangkiti Covid-19.
“Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi sandaran waris, namun kita tidak mahu ada pihak kaut untung dengan sewenang-wenangnya. Van jenazah bukannya aplikasi penghantaran yang boleh ditekan (tempah) sahaja dan sampai,” katanya.
Jelasnya, UKVJ berpendirian segala urusan dilakukan oleh NGO itu sendiri bermula daripada proses tayamum hingga pengebumian.
Tambah Wan Cai, pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pengurusan jenazah termasuk Covid-19, sebaliknya meminta waris membayar kos tanah kubur kerana kebanyakan mereka mempunyai bantuan khairat kematian.
“UKVJ menguruskan lebih 100 jenazah Covid-19 dan kita berge­rak hasil sumbangan orang ramai. Namun, disebabkan ada pihak tertentu buat onar, UKVJ terpalit dalam isu ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif, Skuad Pengurusan Jena­zah Malaysia (SJPM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid tidak menafikan kewujudan kartel yang mengaut untung ke atas keluarga jenazah pesakit Covid-19.
Ini termasuk menggunakan nama NGO tertentu bagi meminta sumbangan dan menguruskan jenazah, namun ia terbongkar selepas semakan mendapati mereka menggunakan akaun peribadi atau syarikat tertentu dan bukannya NGO berdaftar.
“Nama SPJM juga terpalit apabila ada meminta sumbangan membeli PPE dan kit jenazah. Jadi saya nasihatkan orang ramai agar semak akaun sebelum me­lakukan transaksi,” katanya. K Online
Kaut untung caj tayamum sehingga RM700
Baca Artikel Menarik :
Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO] Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO] Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat Layari Laman Facebook MYKMU

Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

The post Kaut untung caj tayamum sehingga RM700 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/22/kaut-untung-caj-tayamum-sehingga-rm700/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Sungai Buloh Tak Caj Pengurusan Jenazah

Hospital Sungai Buloh Tak Caj Pengurusan Jenazah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh Foto hiasan BERNAMA KUALA LUMPUR Hospital Sungai Buloh nafi mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit COVID 19 hingga RM9 000 seperti yang ditularkan baru baru ini Sebaliknya Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur Prem Singh ber...
T16e18 Jepun Miliki Lebih Banyak Stesen Caj Elektrik Berbanding Stesen Minyak

T16e18 Jepun Miliki Lebih Banyak Stesen Caj Elektrik Berbanding Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 222 hits
Satu soal selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun Nissan Bilang...
Perbankan Islam Patut Jadi Contoh Bukan Ambil Kesempatan Kenakan Caj Asyraf By

Perbankan Islam Patut Jadi Contoh Bukan Ambil Kesempatan Kenakan Caj Asyraf By

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 205 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Perbankan Islam mesti tunjuk contoh tawarkan moratorium tanpa keuntungan terakru bukan ambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihakny...
Saya Rasa Nak Menangis Dalam Masa 24 Jam Syed Saddiq Sudah Terima Dana Lebih Dari Rm700 Ribu

Saya Rasa Nak Menangis Dalam Masa 24 Jam Syed Saddiq Sudah Terima Dana Lebih Dari Rm700 Ribu

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 316 hits
Sebelum ini Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq telah meminta orang ramai membantunya mengumpul dana untuk menampung kos guaman dan baki wang ikat jamin setelah RM80 000 dibayarnya semalam
Dalam Tempoh 24 Jam Syed Saddiq Berjaya Kumpul Lebih Rm700 000

Dalam Tempoh 24 Jam Syed Saddiq Berjaya Kumpul Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 268 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menutup sumbangan orang ramai selepas lebih RM700 000 berjaya dikumpul dalam tempoh 24 jam untuk melunaskan wang jaminannya Jumlah keseluruhan yang berjaya dikutip adalah RM715 5...
Kumpul Rm700 Ribu Dalam Masa Tak Sampai 24 Jam Bukti Syed Saddiq Dapat Sokongan

Kumpul Rm700 Ribu Dalam Masa Tak Sampai 24 Jam Bukti Syed Saddiq Dapat Sokongan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 345 hits
Kumpul RM700 ribu dalam masa tak sampai 24 jam bukti Syed Saddiq dapat sokongan Kemampuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumpul dana daripada orang awam sehingga lebih RM700 000 dalam tempoh kurang dari 24 jam menunjukkan begitu ramai pen...
Beberapa Syarikat Ambil Kesempatan Kenakan Caj Mahal Urus Mayat Covid 19 Bukan Islam

Beberapa Syarikat Ambil Kesempatan Kenakan Caj Mahal Urus Mayat Covid 19 Bukan Islam

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 322 hits
Ketika negara kita sedang berperang dengan penularan virus Covid 19 ramai diantara rakyat di negara ini yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah
Umno Bersatu Dan Pas Bergaduh Dap Mca Yang Untung

Umno Bersatu Dan Pas Bergaduh Dap Mca Yang Untung

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 223 hits
ismaweb com13 7 2021Tubuh jajaran politik baharu antara parti Melayu demi ummahBANGI 3 Zulhijjah 1442H Selasa Sudah tiba masa pembentukan jajaran politik baharu di antara parti parti Melayu dan Islam ditubuhkan demi kepentingan ummah Namun ...
Ahli Amway Memang Untung Bonus Besar Best Gila

Ahli Amway Memang Untung Bonus Besar Best Gila

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 1062 hits
Nak Cari Perniagaan yang tiada risiko kenalah join jadi ahli amway Memang sangat best kalau dapat jadi membership Apapun MLM ni dah lama sangat bertapak di Malaysia dan dunia Memang terbaik kalau dapat join Perniagaan Yang Untung Carilah pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa