Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti Penyegar Wacana Politik Negeri


Platform begini signifikan untuk perundingan dalam merangka dasar dan program serta menyelesaikan masalah dengan fakta dan bijaksana.Saya mengalu-alukan peluncuran Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) yang dianggotai lapan Adun dari lima negeri pada Rabu lalu. Ia turut disertai tiga organisasi masyarakat sivil (CSO). Sekretariatnya ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.
Tahniah diucapkan kepada Dr Hafidzah Mustakim (Amanah-Kota Lama) dan Andansura Rabu (PAS-Beserah) sebagai pengerusi bersama. Ketika menubuhkannya, sekretariat menghubungi sebilangan Adun lain dan keahliannya masih terbuka.
Menurut Hafidzah dan Andansura, KDPP bertujuan melaksanakan reformasi institusi dan mengukuhkan tadbir urus demokratik peringkat negeri.
KDPP bertujuan memastikan perkara-perkara dasar, contohnya pengagihan peruntukan pembangunan kawasan (CDF), pendanaan politik serta peranan semak dan imbang di negeri dapat dilaksanakan secara telus dan adil tanpa mengira parti.
Pada saya, penubuhan KDPP adalah kesinambungan kepada beberapa inisiatif reformasi institusi yang bermula di Parlimen sejak 2018. Mulai tahun itu, lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) ditubuhkan, iaitu tidak lagi terhad kepada dua, tiga JKPK saja dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Hari ini, di samping PAC, terdapat 10 JKPK yang meliputi semua portfolio kementerian. JKPK dianggotai Ahli Parlimen rentas parti. Ia mempunyai kedudukan rasmi dan sebahagian daripada proses membuat keputusan Parlimen. Sekretariatnya diuruskan pegawai Parlimen.
Di samping itu, terdapat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM), iaitu platform Ahli Parlimen berdaftar di Parlimen. Hari ini, wujud tujuh APPGM, iaitu berkenaan dasar pelarian, matlamat pembangunan mampan, pendanaan politik, integriti/governans dan antirasuah, pengurusan risiko bencana, hak kanak-kanak serta keharmonian kaum dan agama. APPGM berperanan membentangkan cadangannya kepada Parlimen.
Seterusnya, satu lagi platform Ahli Parlimen rentas parti, iaitu kaukus. Hari ini, wujud dua kaukus, iaitu berkenaan Palestin dan mineral kritikal.
Kebanyakan APPGM dan kaukus turut dianggotai pelbagai CSO dan ahli profesional berkaitan, dengan sekretariatnya diuruskan CSO.
Kewujudan JKPK, APPGM dan kaukus Parlimen, dan kini KDPP amat penting dari segi reformasi institusi secara khusus, iaitu untuk memperbaiki struktur dan proses membuat undang-undang, peraturan serta pelbagai keputusan.
Dari segi yang lain pula, ia amat penting dalam usaha reformasi politik dan demokrasi menyeluruh. Satu daripadanya ialah, yang saya tulis sebagai Politik Baru (2008), iaitu mematangkan demokrasi Malaysia sehingga wujud manhaj (cara) demokrasi Malaysia yang pelbagai kaum dan moderat.
Antara asasnya ialah politik ilmu. Elemennya ialah definisi ilmu yang tepat, iaitu ‘ilmu ialah ketibaan makna daripada maklumat yang benar’ (Naquib al Attas) dan budaya ilmu, iaitu semua kita, termasuk ahli politik, sentiasa menuntut ilmu, meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat teratas, dan setiap keputusan dibuat berasaskan ilmu (Wan Mohd Nor).
Platform begini signifikan untuk perundingan dalam merangka dasar dan program serta menyelesaikan masalah dengan fakta dan bijaksana. Ia juga signifikan membawa politik ke arah pertengahan (centrist, moderat) dan mengurangkan perbezaan terlalu tajam. - FMT
Saifuddin Abdullah ialah pengerusi Perikatan Nasional Pahang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/a_61.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 98 hits
KUANTAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyalurkan peruntukan lebih RM203 juta bagi pelbagai projek pembangunan dan naik taraf di Pahang pada tahun ini kata Menterinya Nga Kor Ming Beliau berkata peruntukan itu antaranya disalu...
Timbalan Presiden Pas Seru Parti Politik Melayu Bersatu Jangan Dukung Pemimpin Yang Bohongi Rakyatnya

Timbalan Presiden Pas Seru Parti Politik Melayu Bersatu Jangan Dukung Pemimpin Yang Bohongi Rakyatnya

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 84 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru parti parti politik Melayu segera bersatu atas nama Islam kerana menurutnya masa semakin suntuk dan perpecahan hanya melemahkan kekuatan umat Atas pentas ni malam ni...
12 Negeri Saman Trump

12 Negeri Saman Trump

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 68 hits
Sebanyak 12 negeri di Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap pentadbiran Donald Trump di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS di New York bagi menghentikan dasar tarif dengan alasan ia menyalahi undang undang dan mencetuskan kekacauan d...
Kerajaan Negeri Disarankan Buat Undang Undang Untuk Perkongsian Data

Kerajaan Negeri Disarankan Buat Undang Undang Untuk Perkongsian Data

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 93 hits
GEORGE TOWN Kerajaan negeri digesa untuk menggubal undang undang serupa dengan Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini Tujuannya Untuk memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara Menteri Digital Gobind Singh Deo menya...
Barang Kiriman Dari Luar Negeri Ketahan Di Bea Cukai Ini Solusinya

Barang Kiriman Dari Luar Negeri Ketahan Di Bea Cukai Ini Solusinya

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 80 hits
Penasaran kenapa barang kiriman dari luar negeri bisa ketahan di Bea Cukai Indonesia Coba cari alasan dan solusi mengatasinya di sini yuk
Rafizi Terbukti Salah Negeri Kedah Lunyai Saya Dimaki Konon Berdendam

Rafizi Terbukti Salah Negeri Kedah Lunyai Saya Dimaki Konon Berdendam

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 39 hits
SITI NUR ZAWANIGara gara tuduhan Exco Kedah Dr Haim Hilman Abdullah kononnya Menteri Ekonomi melengah lengahkan pembangunan di negeri itu Rafizi Ramli telah menjadi bahan makian ramai Sebelum ini Haim Hilman mendakwa negeri itu telah begitu...
Hiburan Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia Timbalan Menteri Besar Kelantan

Hiburan Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia Timbalan Menteri Besar Kelantan

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 86 hits
Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia susulan negeri itu mencatatkan indeks jenayah pada tangga kedua terendah di seluruh negara Memetik laporan Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata j...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama