Timbalan Presiden Pas Seru Parti Politik Melayu Bersatu Jangan Dukung Pemimpin Yang Bohongi Rakyatnya




KUANTAN: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru parti-parti politik Melayu segera bersatu atas nama Islam kerana menurutnya, masa semakin suntuk dan perpecahan hanya melemahkan kekuatan umat.
“Atas pentas ni malam ni kita menyeru parti-parti politik Melayu khususnya kita dah tak ada masa. Kita mesti bersatu di atas nama Islam. Kita perlu bersatu. Perpecahan kita, kita hilang kekuatan.
“Kita menyeru rakan-rakan kita daripada semua parti-parti Melayu Islam. Benda yang remeh-temeh ketepikan. Jangan dukung nilai-nilai yang bercanggah dengan syarak. Jangan tegakkan nilai-nilai liberal yang cuba dibawa oleh orang luar ke negara kita,” ujarnya.
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang kawasan Cheka itu berkata demikian dalam Himpunan Penyatuan Ummah Pahang & Solidariti Palestin di Padang Cenderawasih, di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menegaskan agar rakyat tidak menyokong pemimpin yang berbohong dan menipu serta mengingatkan kesan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri.
“Jangan dukung pemimpin yang berbohong. Jangan dukung pemimpin yang menipu. Tak boleh. Mungkin kita tak cerdik tapi jangan pembohong. Mungkin kita tidak bijak tapi jangan jadi pembohong. Dan jangan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Anak cucu kita akan pijak kubur kita satu hari nanti,” katanya.
Beliau menekankan bangsa Melayu perlu mempunyai kekuatan dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik, perpaduan, ketenteraan serta jati diri sebagaimana pesan Nabi Muhammad SAW.
“Bangsa ini perlu ada kekuatan kita perlu ada kekuatan sebagaimana pesanan Nabi SAW orang mukmin yang kuat kata Rasulullah lebih dikasihi oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Ataupun pada sekaliannya ada kebaikan.
“Kita kena kuat ekonomi. Kita kena kuat politik. Kita kena kuat perpaduan. Kita kena kuat ketenteraan. Kita kena kuat semangat dan jati diri kita. Kita perlu kuat kekuatan kita kerana Nabi suka umatnya yang kuat. Orang Melayu jangan dilemah sangat. Ditipu setiap waktu. Ya. Kita perlu kembali kepada penyatuan ini,” katanya.
Bekas Menteri Air dan Alam Sekitar itu turut menyatakan komitmen PAS dan Perikatan Nasional untuk bersama rakan politik lain menjelang Pilihan Raya Umum akan datang demi membina masa depan negara.
“PAS bersama rakan kita dalam Perikatan Nasional. Kita menyeru menjelang Pilihan Raya Ke-16 kita duduk bersama dengan rakan-rakan parti-parti politik yang lain. Kita perlu bina masa depan. Jangan dukung pemimpin yang sanggup khianat. Kita perlu membina kekuatan kita yang kita ada hari ini,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa siri himpunan anjuran NGO bukan bertujuan menimbulkan perkauman tetapi sebagai usaha mempertahankan hak.
“Kita ada berapa siri lagi negeri-negeri yang akan adakan himpunan. Himpunan bukan untuk kita timbulkan rasis pada kaum lain. Bukan kita nak hina kaum lain. Kita nak bina kaum kita. Kita bukan nak herdik kaum lain. Kita bukan nak hina kaum lain.
“Kita bukan nak ambil hak kaum lain. Kita nak pertahan hak kita. Kita pertahan harta kita. Kita pertahan maruah kita. Kita pertahan tanah air kita ini,” katanya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/timbalan-presiden-pas-seru-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Gesa Jangan Berpecah Pemimpin Melayu Perlulah Bersatu

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Gesa Jangan Berpecah Pemimpin Melayu Perlulah Bersatu

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Syed Hasan Syed Ali merayu agar pemimpin pemimpin Melayu khususnya daripada PAS dan BERSATU tidak berpecah lagi dalam perjuangan mereka Beliau berkata orang Melayu tidak sanggup melihat p...
Nak Judge Pas Jangan Guna Otak Umno Otak Bersatu Otak Amanah Otak Pkr Otak Dunia

Nak Judge Pas Jangan Guna Otak Umno Otak Bersatu Otak Amanah Otak Pkr Otak Dunia

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 67 hits
Perjuangan PAS penjelasan sanusi sangat jelas Sesuatu yang kabur dan tidak difahami sebelum ini Selagi pandangan Hadi tidak langgar apa juga hukum Allah dan selari dengan Al Quran dan Hadith maka kepimpinan PAS akan mempertahankan itu pegan...
Gempar Siapa Pemimpin Pas Berunding Dengan Pmx Bersatu Pupus Be

Gempar Siapa Pemimpin Pas Berunding Dengan Pmx Bersatu Pupus Be

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 173 hits
Ada desas desus menyatakan sudah ada rundingan untuk PAS bersama dalam gabungan PH BN untuk menghadapi PRU16 nanti Sebabnya PAS sudah merasakan bahawa banyak kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU15 bakal lesap susulan mantapnya gabungan U...
Veteran Umno Seru Bersatu Bubar Dakwa Pas Banyak Kali Hantar Wakil Jumpa Pm

Veteran Umno Seru Bersatu Bubar Dakwa Pas Banyak Kali Hantar Wakil Jumpa Pm

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 132 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno menyeru Bersatu dibubar dan kembali menyertai parti itu selepas mendakwa PAS sudah berkali kali menghantar wakil wakil mereka berjumpa perdana menteri untuk diterima masuk dalam kerajaan perpaduan Set...
Pemilihan Pkr 2025 Masa Depan Bergantung Kepada Timbalan Presiden Yang Mampu Menyatukan Parti

Pemilihan Pkr 2025 Masa Depan Bergantung Kepada Timbalan Presiden Yang Mampu Menyatukan Parti

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 108 hits
Oleh Ahmad Yusriman Demokrasi tidak hanya hidup melalui pilihan raya umum tetapi turut bergantung kepada amalan dalaman parti yang matang dan terbuka Bagi Parti Keadilan Rakyat pemilihan kepimpinan bukan sekadar ritual organisasi tetapi med...
Pas Bersatu Berebut Bersama Umno Apa Kata Pula Pemimpin Umno Sendiri

Pas Bersatu Berebut Bersama Umno Apa Kata Pula Pemimpin Umno Sendiri

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 116 hits
Kemukakan surat rasmi jika benar benar ingin berbincang mengenai kerjasama kata seorang pemimpin kanan Umno kepada Bersatu yang menyatakan hasrat untuk berbaik baik dengan parti itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan berkata di s...
Adakah Saya Akan Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan

Adakah Saya Akan Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 124 hits
Adakah saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti KEADILAN Ini adalah jawapan yang telah saya kongsi kepada media semalam Alhamdulillah saya telah menamatkan hampir keseluruhan proses engagement dan perbincangan dengan pelbagai pi...
Parti Serpihan Umno Tak Layak Bicara Soal Penyatuan Parti Melayu

Parti Serpihan Umno Tak Layak Bicara Soal Penyatuan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 129 hits
K PRAGALATHMay 6 2025Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi mengakui bahawa institusi Raja Raja Melayu boleh menyatukan parti orang Melayu seperti yang disarankan oleh timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin Walau baga...
Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 180 hits
Kalah di Ayer Kuning Bersatu atau Pas tinggalkan PN dulu HarapandailyAHMAD MURSISelepas Pas kalah teruk di Ayer Kuning dengan tiga peti undi kalah kepada PSM Hanya satu dari 22 peti undi Pas menang tipis PN nampaknya gelabah Dengan muka ket...
Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Banyak Di X Apa Arti Akun Parodi

Telefilem Joie De Vivre

Gelombang Senyap Pengundi Melayu Tolak Dap Dan Parti Sekutu Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Akan Datang

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Makan Di Kafe Frenc E Roast