Kau Gila Ke Cakap Seorang Seorang


The Reporter

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

SIAPA di sini pernah main Tinder? Cinta ini memang indah, tetapi cinta juga boleh membuatkan kita buta untuk membezakan mana manusia dan mana syaitan. 
Macam korang tahu banyak sebenarnya dating apps. Kalau nak senaraikan memang tak menang tangan. Kali ini aku nak cerita tentang kisah cinta Ashraf dengan seorang perempuan bernama Mawar. 
Ashraf ini untuk pengetahuan korang, dia dah putus cinta lima bulan lepas. Biasalah lelaki kalau dah putus cinta, part nak move on itu memang sakit sikit. Lama juga dia ambil masa untuk pulih. Sampai satu tahap dia nak lupakan bekas kekasih dia, dia download aplikasi Tinder. 
Untuk yang tak tahu, Tinder ini adalah dating apps yang agak popular jugalah which is korang just swipe right jika korang suka someone itu and left for someone if you not interested on her/him. 
Aku main juga benda alah ini dulu tapi itulah, mungkin muka tak handsome so tak match. Hahaha! 
Berbalik kepada kisah Ashraf, dia pun download aplikasi Tinder dan daftar. Seperti biasa dia swipe, swipe, swipe. Hampir empat hari juga Ashraf wipe tetapi tiada seorang pun yang match. Padahal dia handsome kot? Hm... 
Sampailah pada hari seterusnya. Tengah dia online Tinder, tiba-tiba dia jumpa seorang awek ini yang sangat cantik orangnya. Berdarah Melayu tetapi DP awek ini berbaju kebaya merah. Namanya Maya Sari. 
Apa yang membuatkan Ashraf boleh suka dengan Maya ini adalah sebab susah untuk jumpa perempuan yang masih memakai baju kebaya buat masa sekarang. Nama pula unik, wajah cantik dan ayu. 
Lalu Ashraf pun swipe right untuk Maya. Selepas beberapa jam, tiba-tiba Ashraf dapat notification dari Tinder. Rupanya dia dan Maya sudah matched. Tetapi Ashraf biarkan dulu sebab dia nak solat Isyak. 
Selesai solat, Ashraf pun seperti biasa, cuba nak approach Maya dan tanpa disangka Maya membalas. Bayangkan malam itu saja Ashraf bersembang dan berkenalan dengan Maya sehingga jam lima pagi. 
Keesokkan harinya, Ashraf pun hantar mesej pada Maya tetapi tidak dibalas. Sampai waktu tibanya Senja barulah Maya balas. 
"Maafkan saya Ashraf, saya sibuk sangat hari ini. Saya ada kelas. Apa kata kita bersembang pada waktu malam sahaja. Kerana waktu siang saya sibuk," kata Maya. 
Ashraf cuba memahami Maya. Yelah, nak tackle awek kot. By the way, Maya ini berumur 21 tahun dan masih belajar di universiti swasta terkemuka dan menetap di Puchong. Ashraf cuba memahami Maya yang mungkin sibuk dengan assignment and so on. 
Sudah sebulan lebih perkenalan mereka membuatkan Ashraf jatuh cinta dengan Maya. Bayangkan sepanjang perkenalan mereka, Ashraf dan Maya hanya bersembang pada waktu malam sahaja. 
Dalam tempoh itu jugalah membuatkan Ashraf jatuh cinta dengan budi pekerti dan keayuan Maya dan mereka mengambil keputusan untuk berjumpa

First date woi! 
Waktu itu cuti mid sem, jadi Maya pun balik ke rumah dia di Puchong. Ashraf tinggal di Kuala Lumpur. First date night Ashraf pergi ke Puchong untuk mengambil Maya. Korang bayangkan dia sanggup patah balik dari Kuala Lumpur ke Puchong dan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk bawa Maya tengok wayang di Pavilion. Maya patut hargai effort Ashraf ini tau. 
Ashraf ini jenis risau juga sebab bawa anak dara orang keluar malam-malam. Jadi Ashraf pun sampai ke rumah Maya. Bayangkan malam itu Maya pakai baju kebaya. Tengok wayang pakai baju kebaya beb. 
Tapi Ashraf tak kisah pun sebab Maya memang cantiklah pada malam itu. Malam itu juga dia rasa dia nak kahwin. Haha! Nafsu kuda betul Ashraf ini. 
Sepanjang perjalanan nak pergi tengok wayang itu, diorang bersembanglah macam-macam sambil berpegangan tangan. Sweetlah kononnya. 
Dipendekkan cerita, mereka tiba di Pavilion pada jam 10:00 malam. Show time jam 11:00 malam. Tiket si Ashraf beli secara online, jadi guna fungsi imbasan je. Jam 11:00 malam, diorang pun mula masuk ke panggung. 
Selesai tengok wayang, diorang lepaklah di depan KLCC jam 3:30 pagi. Ada juga manusia lain yang masih belum tidur lepak di depan KLCC. Ikutkan Ashraf, dia memang nak lepak mana-mana taman itu tapi takut kena tangkap basah pula nanti. Jadi dia decided lepak di kawasan awam saja. 
Okey, di sini peliknya. Ashraf tiba-tiba rasa tak selesa bila dia perasan orang di sekeliling mula pandang-pandang dia. Dia fikir mungkin orang pandang disebabkan Maya pakai baju kebaya kot. Tak pun sebab Maya terlalu cantik sangat. Sehingga ada seorang lelaki ini menegurnya. 
"Kau gila ke cakap seorang-seorang?!" 
Ashraf pun tersentak dan bengang lalu membalas, "Aku gila ke kau yang gila?!" 
Disebabkan rasa tidak selesa, Ashraf ajak Maya pulang. Yela, takut parent dia marah pula. 
Kisah percintaan Ashraf dengan Maya ini, diorang date sebanyak enam kali. Bila sampai date yang ketujuh selepas dua bulan lebih perkenalan mereka. 
Seperti biasa Ashraf tunggu Maya di depan rumah tapi Maya tak keluar-keluar pun dari rumah. Nak dekat 30 minit juga Ashraf menunggu sampai dia tak tahan, dia tekan loceng rumah Maya. 
Tiba-tiba ada seorang makcik keluar lalu bertanya kepada Ashraf. 
"Ye, nak cari siapa?" 
"Makcik, saya Ashraf kawan kepada Maya. Kami dah janji nak keluar malam ini. Saya dah tunggu hampir 1/2 jam dah tapi Maya tak keluar-keluar. Dia tengah bersiap ke?" soal Ashraf. 
Selepas mendengar kata-kata Ashraf, makcik itu terus menjerit memanggil suaminya yang datang mendengar penjelasan isterinya sebelum terkejut dan lalu menangis. 
Mereka jemput Ashraf masuk ke dalam rumah dan menceritakan hal sebenarnya kepada Ashraf. 
"Maya yang Ashraf kenal itu sebenarnya sudah lama meninggal dunia."
Ashraf terkejut dan pada mulanya enggan percaya. Tetapi takkan mak ayah Maya nak tipu kan? Maya meninggal sejak umur 19 tahun lagi. Jadi maknanya Maya meninggal sebelum Ashraf mengenali Maya. 
Bayangkan selama ini Ashraf keluar date setiap malam dengan Maya, rupanya itu bukan Maya yang sebenar. 
Ashraf terkejut lalu dia pun menangis sebelum pulang. Dia tidak menyangka selama ini dia telah jatuh cinta dengan orang yang sudah lama meninggal dunia. Dia pun terfikir, selama enam kali pertemuan mereka, dia keluar date dengan siapa sebenarnya? 
Jadi korang yang di luar sana, aku cuma nak tanya apa korang yakin ke dengan orang yang korang tengah chatting? Entah-entah bukan manusia. Hehe... 
By the way jangan ambil serious dengan cerita ini kerana ia hanyalah rekaan semata-mata. Tiba-tiba dapat idea sebab bosan tak ada kerja punya pasal. 
Selamat berTinder semua! Kah! Kah! Kah! 
Sumber: @AqilRasid

April 09, 2019 at 02:59PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/04/kau-gila-ke-cakap-seorang-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Kau Seorang Hutang Ah Long Habis Satu Taman Kena Simbah Cat

Gara Gara Kau Seorang Hutang Ah Long Habis Satu Taman Kena Simbah Cat

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 296 hits
Gara Gara Kau Seorang Hutang Ah Long Habis Satu Taman Kena Simbah Cat Berita mengenai kekejaman Ah Long terhadap peminjam yang enggan melangsaikan hutang sering kali di dengar Namun pernah tak korang dengar kisah kekejaman Ah Long terhadap ...
Positifnya Seorang Peniaga Online

Positifnya Seorang Peniaga Online

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 322 hits
Positifnya seorang peniaga online Assalamualaikum wbt Hai korang Cikla just nak membebel jap je Positifnya seorang peniaga online Kredit Google Hari hari iklan tapi orang like komen macam sendu je ekau tak give up ke Hari hari kepochi pasal...
Berbekal Kunci T Residivis Gasak 16 Motor Seorang Diri Di Samarinda

Berbekal Kunci T Residivis Gasak 16 Motor Seorang Diri Di Samarinda

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 249 hits
Dia mendekam di penjara keempat kalinya gara gara pencurian 16 unit motor Dalam melancarkan aksinya pelaku hanya memakai kunci T
Mahathir Seorang Pemimpin Lemah Dap

Mahathir Seorang Pemimpin Lemah Dap

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 270 hits
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago hari ini membidas langkah kerajaan menarik diri daripada Statut Rom mengatakan ia menghantar mesej yang salah kepada pengundi pelabur dan anggota Asean Santiago yang mempengerusikan kumpulan ahli ahli Pa...
Ya Anak Aku Kini Bekas Seorang Banduan

Ya Anak Aku Kini Bekas Seorang Banduan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 427 hits
Tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anak dan tiada apa dapat memisahkan kasih antara ibu dan anak Menerusi Instagram Erma The post appeared first on
Ya Anakku Kini Bekas Seorang Banduan Luahan Hati Erma Fatima Mengenai Anak Ketiganya Yang Meruntun Jiwa

Ya Anakku Kini Bekas Seorang Banduan Luahan Hati Erma Fatima Mengenai Anak Ketiganya Yang Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 692 hits
YA anak saya kini bekas seorang banduan Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua Saya berkongsi semua ini bukan kerana mahukan simpati Saya mahu berkongsi dengan semua anak muda di luar sana mengenai realiti hidup kata ...
Vanessa Angel Pernah Tolak Ajakan Makan Seorang Menteri Minta Langsung Ngamar

Vanessa Angel Pernah Tolak Ajakan Makan Seorang Menteri Minta Langsung Ngamar

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 244 hits
Penolakan Vanessa ini terkuak dalam surat dakwaan muncikari Intan Permatasari Winindya Chasanovri alias Nindy yang dibacakan jaksa penuntut umum Winarko Surat dakwaan dibacakan dalam sidang lanjutan kasus prostitusi online dengan terdakwa N...
Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 744 hits
Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya ok Disebabkan tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 diminta pengurusan jenazah surau seorang bapa hampir gagal menyempurnakan pengebumian jenazah bayi lelakinya yang m...
12 Panduan Travel Menaiki Pesawat Dari Seorang Pengarah Eksekutif Agensi Pelancongan

12 Panduan Travel Menaiki Pesawat Dari Seorang Pengarah Eksekutif Agensi Pelancongan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 265 hits
Melancong atau mengembara menggunakan pesawat bukanlah satu perkara asing lagi untuk ramai orang Namun bagi anda yang mungkin pertama kali menaiki pesawat untuk perjalanan jauh mungkin agak keliru tentang apakah panduan dan checklist pentin...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas