Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya


Tiada Duit, Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya,ok!: Disebabkan tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 diminta pengurusan jenazah surau, seorang bapa hampir gagal menyempurnakan pengebumian jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di hospital, malam tadi.


Lelaki bekerja sebagai pembantu gerai makan itu kemudian terpaksa membawa pulang jenazah bayinya ke hospital semula selepas buntu untuk mengebumikan anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai termasuk membayar kos pengebumian.


Mohd Zulhairi ketika dihubungi berkata, dia membantu lelaki berkenaan selepas wakil sebuah hospital menghubunginya pagi tadi memaklumkan terdapat pasangan suami isteri yang tidak cukup wang bagi mengebumikan jenazah bayi lelaki mereka.

Katanya, ketika bertemu, lelaki itu kemudian memaklumkan hanya mempunyai RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya selepas pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300.


“Ketika saya berjumpa dengannya, lelaki itu pada mulanya bertanya berapa jumlah bayaran yang saya kenakan membuatkan saya terharu dan sedih sebelum menyatakan saya lakukan secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran.

“Terus lelaki itu memeluk saya sambil memegang jenazah bayinya dan menangis," katanya yang berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya.


Mohd Zulhairi berkata, dia kemudian membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi urusan berkenaan.

Katanya, ketika berbual dengan lelaki itu ketika proses pengebumian, lelaki itu memaklumkan pihak pengurusan surau berkenaan memintanya membawa jenazah pulang semula ke hospital selepas dimaklumkan tidak mempunyai wang mencukupi.

“Saya sebak dan sedih apabila mendengar kisahnya itu sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan," katanya.

Menurut mohd Zulhairi, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan meninggal selepas isterinya lelaki itu terjatuh di dalam tandas dan menyebabkan keguguran.

Katanya, dia kemudian mengambil jenazah bayi itu bagi urusan memandi, mengafan dan mengebumikannya.


“Sepanjang itu, hanya RM60 sahaja yang saya keluarkan bagi proses mengali dan mengebumikan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Paling saya sedih kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu namun itu tidak berlaku," katanya.

Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.

Harian Metro
http://bit.ly/2UfWQxg

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://v-viralvideo.blogspot.com/2019/04/tiada-duit-seorang-bapa-hampir-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Tiada Duit Untuk Kebumikan Anak Pemuda Ini Sedekah Bantu Urusan Jenazah

Bapa Tiada Duit Untuk Kebumikan Anak Pemuda Ini Sedekah Bantu Urusan Jenazah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 375 hits
Gara gara tidak cukup wang bagi menanggung kos pengebumian diminta pihak pengurusan jenazah di sebuah surau seorang bapa hampir gagal menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya Namun lelaki itu bernasib baik apabila seorang pemuda Mohd Zulha...
Orang Tak Nak Uruskan Jenazah Anak Sebab Tak Cukup Duit Rm300 Lelaki Kongsi Kisah Sedih Berlaku Pada Ayah Ini

Orang Tak Nak Uruskan Jenazah Anak Sebab Tak Cukup Duit Rm300 Lelaki Kongsi Kisah Sedih Berlaku Pada Ayah Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 498 hits
Orang Tak Nak Uruskan Jenazah Anak Sebab Tak Cukup Duit RM300 Lelaki Kongsi Kisah Sedih Berlaku Pada Ayah Ini Ayah mana yang tidak sedih apabila anaknya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir tetapi si ayah tidak mampu untuk membiaya...
Bayaran Rm300 Bapa Tak Mampu Urus Jenazah Bayi

Bayaran Rm300 Bapa Tak Mampu Urus Jenazah Bayi

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 479 hits
Bayaran RM300 Bapa Tak Mampu Urus Jenazah Bayi Betul ini bukan cerita rekaan Berita ini tular sejak semalam dan ramai yang bersimpati dengan apa yang terjadi kepada seorang bapa ini Bayaran RM300 Bapa Tak Mampu Urus Jenazah Bayi Kisah ini d...
Lelaki Mengamuk Gagal Keluar Duit Atm Ditembak

Lelaki Mengamuk Gagal Keluar Duit Atm Ditembak

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 754 hits
KLANG Gara gara tidak berpuas hati kerana gagal mengeluarkan wang daripada sebuah bank seorang lelaki di bawah pengaruh dadah telah mengamuk dan menyerang dua anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah bank di sini tadi Bagaimanapu...
Tok Mat Seorang Mb Yang Gagal Anwar

Tok Mat Seorang Mb Yang Gagal Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 423 hits
RANTAU Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa gagal menjalankan tugas dengan berkesan ketika memegang jawatan itu selama tiga penggal sebelum ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dapat dilihat ...
Bapa Jual Bayinya Rm35 000 Untuk Bayar Hutang Judi

Bapa Jual Bayinya Rm35 000 Untuk Bayar Hutang Judi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 410 hits
The ReporterSeorang lelaki ditahan pihak berkuasa China kerana menjual anak perempuannya di media sosial dengan harga RM35 000 bagi menyelesaikan hutang judinya Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Jiang berasal dari Guiyang Guizhou berkat...
Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang

Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Seorang pembantu warung tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital malam tadi hanya kerana tiada wang untuk membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta p...
Viral Ayah Bawa Jenazah Bayinya Pulang Karena Tak Punya Uang 1 Juta Untuk Biaya Pemakaman

Viral Ayah Bawa Jenazah Bayinya Pulang Karena Tak Punya Uang 1 Juta Untuk Biaya Pemakaman

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 420 hits
Kisah seorang ayah yang terpaksa meninggalkan masjid dan kembali ke rumah sakit sambil menggendong tubuh jenazah bayinya viral di media sosial Pria tersebut membawa jenazah bayinya meninggalkan masjid karena tidak mampu membayar sekitar Rp1...
Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 356 hits
Kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam tadi di Parlimen Foto Kosmo Perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul diba...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Jangan Fitnah Walaun Hati Hati Tentang Maklumat

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Networking Is A Lifeline For Startups

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3d Dari Skrin Telefon Pintar

Warga Emas Dicekup Menyelinap Ke Rumah Janda Muda Ketika Isteri Sudah Tidur

How To Take Great Food Photos With Your Phone

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta