Mahathir Seorang Pemimpin Lemah Dap



(FMT) – Ahli Parlimen Klang (PH-DAP), Charles Santiago hari ini membidas langkah kerajaan menarik diri daripada Statut Rom, mengatakan ia menghantar mesej yang salah kepada pengundi, pelabur dan anggota Asean.
Santiago, yang mempengerusikan kumpulan ahli-ahli Parlimen Asean untuk hak asasi manusia berkata, penarikan balik perakuran itu menunjukkan kelemahan dan kerajaan yang tunduk kepada tekanan.
Beliau berkata episod terbaru ini mengingatkannya kepada kekecohan sekitar cadangan Malaysia menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Beliau berkata ketika itu pun tiada rundingan dibuat dengan orang ramai sebelum memutuskan untuk tidak menandatanganinya.
Santiago berkata ICERD, seperti Statut Rom, tidak memberi kesan buruk pada mana-mana orang, tetapi Malaysia terlalu cepat melepaskannya selepas ditekan.
“Semua ini menunjukkan kelemahan. Ia menunjukkan anda tidak memikirkannya sedalam-dalamnya; ia menunjukkan apabila ditekan, anda mengalah.
“Ini akan memberi mesej yang salah kepada orang awam yang mengundi kamu, pelabur dan rakyat yang menyokong kamu. Rakyat bergantung kepada budi bicara anda untuk membuat keputusan yang menguntungkan negara.
“Ini akan memberi kesan pada perdana menteri dan jemaah menteri, dan anda menyebabkan jemaah menteri kelihatan lemah. Hanya kerana ada orang cuba merosakkan keadaan, anda tarik balik,” katanya ketika ditemui di Festival Pelarian hari ini.
“Mereka tidak mendekati orang ramai dan akibatnya, anda terpaksa patah balik. Ini menjatuhkan air muka menteri dan kerajaan,” katanya merujuk kepada Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah, yang menandatangani Statut Rom di PBB pada Mac.
Santiago berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berani memansuhkan kekebalan raja-raja daripada pendakwaan tetapi tertanya mengapa dia “tunduk”. “Apa yang sudah berubah?” katanya.
“Jika anda berkelakuan lemah, adakah orang ramai akan menyokong kamu?”
Sementara itu, bekas wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia, Edmund Bon berkata, penarikan diri itu akan menyebabkan banyak kekeliruan, sama ada serta merta atau selepas setahun.
Beliau berkata apabila Filipina membuat keputusan menarik diri daripada statut itu, ia hanya berkuat kuasa setahun kemudian.
Bon berkata ini pertama kali sebuah negara cepat-cepat meninggalkan statut itu selepas menandatanganinya.
Beliau berkata mengikut Perkara 127 Statut Rom, ia mengikat selama 1 tahun bermula Jun tahun ini.
Pengkritik perjanjian itu berkata menandatanganinya melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan memberi kesan pada raja-raja Melayu, hak Melayu dan kesucian Islam.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/06/mahathir-seorang-pemimpin-lemah-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakistan Juga Berdepan Masalah Bekas Pemimpin Rasuah Kata Dr Mahathir

Pakistan Juga Berdepan Masalah Bekas Pemimpin Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 368 hits
Dr Mahathir Mohamad menamatkan lawatan kerja 3 hari ke Pakistan pada Sabtu ISLAMABAD Banyak bidang kerjasama boleh diterokai Pakistan dan Malaysia yang mampu memberi kelebihan buat kedua dua negara kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad M...
The Mahathir Anwar Intrigue And The Silence From Dap

The Mahathir Anwar Intrigue And The Silence From Dap

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 322 hits
As it is in just one year DAP has been able to do so much damage to Malay political and economic domination In five years the damage DAP would have done will be beyond repair And if they can win a second term in GE15 then the whole of Malay...
Dap Mp Says Icc U Turn Shows Mahathir Cabinet S Weakness

Dap Mp Says Icc U Turn Shows Mahathir Cabinet S Weakness

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 246 hits
The by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad that Malaysia will withdraw from the Rome Statute and the International Criminal Court reflects negatively on himself and his cabinet ministers said DAP Klang MP Charles Santiago Met after his speec...
Salahuddin Cabar Hadi Dedah Pemimpin Amanah Alat Dap

Salahuddin Cabar Hadi Dedah Pemimpin Amanah Alat Dap

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 395 hits
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengulas mengenai dakwaan Abdul Hadi Awang bahawa ada pemimpin Pakatan Harapan menyifatkan Amanah diwujudkan sebagai alat DAP Foto NSTP PARTI Amanah Negara mahu Presiden PAS Abdul Hadi Awang menamaka...
Tun Mahathir Akui Anwar Pemimpin Berkualiti

Tun Mahathir Akui Anwar Pemimpin Berkualiti

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 550 hits
PERDANA Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memimpin Pakatan Harapan lapor Berita Harian Menurutnya bekas Timbalan Perdana Menteri itu berpengalaman luas termasu...
Sifat Sifat Yang Perlu Dihindari Sebagai Seorang Wanita Yang Bergelar Isteri

Sifat Sifat Yang Perlu Dihindari Sebagai Seorang Wanita Yang Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 1134 hits
hi there salam Jumaat yang indah buat semua so mrs pip mau share info yang mrs pip di IG parentingmuslim mengenai sifat sifat yang perlu dihindari sebagai seorang wanita yang bergelar ISTERI Sifat sifat tercela yang patut diwaspadai dan dih...
Betul Ke Manusia Hypothyroid Ni Seorang Yang Gemuk Pemalas Dan Asyik Mengantuk Nak Tidur 24 7

Betul Ke Manusia Hypothyroid Ni Seorang Yang Gemuk Pemalas Dan Asyik Mengantuk Nak Tidur 24 7

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 433 hits
Betul ke manusia HYPOTHYROID ni seorang yang GEMUK PEMALAS dan ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR 24 7 Assalamualaikum wbt Gaiss siapa sini seorang yang hypotiroid Tak kiralah hypo sebab MEMANG KELENJAR TIROID KORANG TU BERMASALAH sebab UBAT sebab b...
Tok Mat Seorang Mb Yang Gagal Anwar

Tok Mat Seorang Mb Yang Gagal Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 365 hits
RANTAU Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa gagal menjalankan tugas dengan berkesan ketika memegang jawatan itu selama tiga penggal sebelum ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dapat dilihat ...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188