Katak Politik Menunggu Dibeli


Selain Covid-19, rakyat paling takutkan gelagat katak dalam beberapa minggu akan datang ini.


Bukan katak berupa haiwan tetapi katak politik – “political animal berkaki dua” yang telah menodai sistem demokrasi dan mandat rakyat sekian lama.

Apabila Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau rela menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Parlimen – bukan sekarang tetapi bulan depan – ramai pihak terus melontar kemungkinan berlaku satu lagi kitaran pembelian katak politik demi melanjutkan jangka hayat kerajaan hari ini.

Ia tentunya dinafikan oleh Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin. Malah gabungan itu menafikan ia pernah “membeli” mana-mana Ahli Parlimen dengan wang ringgit atau kedudukan, ugutan dikena atau dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

Justeru, rakyat sepatutnya tidak perlu gusar terhadap keputusan Muhyiddin mahu membentangkan usul undi percaya terhadapnya bulan depan dan bukan dengan kadar segera.

Mereka tidak perlu sangsi motif Muhyiddin, sekali pun berbelas atau berpuluh Ahli Parlimen Umno sudah memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka tidak lagi menyokong beliau mahupun kerajaannya.

Tidak gusar mahupun sangsi, sepatutnya macam itu. Tetapi hakikat di lapangan adalah sebaliknya.

Kalangan rakyat dicengkam rasa sangsi, gusar, dan kecewa dengan keputusan Muhyiddin menunggu lebih sebulan untuk menguji keabsahannya di Parlimen.

Tuduhan bahawa tempoh itu akan dipergunakan untuk memancing katak politik menyertai atau menyokong PN supaya kerajaan Muhyiddin diabsahkan di Parlimen bertebaran di media sosial dan menjadi topik utama dalam perbualan mengenai politik semasa.

Semua ini mungkin tidak adil kepada PN kerana tuduhan hanya berasas jika ada bukti. Namun pokok tak bergoyang tanpa angin.

Kredibiliti Perdana Menteri dipersoalkan susulan Langkah Sheraton dan kewujudan audio rakaman suara mirip beliau mengatakan Ahli Parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam GLC.

Pada Mei tahun lalu, dilaporkan 82.3% daripada 113 anggota parlimen PN dilantik memegang jawatan dalam Jemaah Menteri, timbalan menteri, GLC, atau dilantik sebagai diplomat khas.

Justeru apabila timbul keadaan di mana Perdana Menteri perlu memastikan keabsahannya di Parlimen, maka ramai bimbang musim membeli katak politik berkaki dua sudah tiba. Harga RM32 juta untuk satu katak istimewa diuar-uarkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed tampil berkata keputusan Muhyiddin Yassin menunggu hingga September untuk membuktikan majoritinya bertujuan “mententeramkan keadaan”.

Setahu penulis, apabila seseorang sakit, dia tidak menunggu untuk mendapatkan ubat. Beliau tidak tunggu untuk keadaannya “tenteram” sebelum berjumpa doktor.

Malaysia dalam krisis perlembagaan, ekonomi dan kesihatan. Sudah tentu kerajaan perlu mencari penawar seberapa segera tanpa berlengah. Jika Muhyiddin akur penawar itu adalah membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri, maka ia harus dilakukan segera, serta-merta.

Justeru timbul persoalan, apakah sebulan mencukupi untuk “mententeramkan keadaan”. Perkiraan sebulan ini dibuat berasaskan apa?

Malangnya, Mustapa tidak menawarkan sebarang fakta dalam jawapannya kepada persoalan itu, sekadar berkata “pengumuman (Muhyiddin) itu diterima baik oleh sebahagian besar rakyat”.

Apakah rakan-rakan beliau dalam Jemaah Menteri atau Perdana Menteri sendiri akan tampil memberikan penjelasan yang telus dan masuk akal?

Seperkara lagi, ketika pemimpin seperti Mustapa, Annuar Musa, dan Abdul Hadi Awang berlumba-lumba mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin fokus sepenuhnya memerangi Covid-19, Perdana Menteri masih “mempunyai masa” untuk melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khasnya.

Faizal adalah bekas Menteri Besar Perak dan timbalan kepada Muhyiddin dalam Bersatu. Gaji dan ganjaran jawatan penasihat berstatus menteri penuh tentunya lumayan, malah lebih bernilai, jika diambil kira krisis ekonomi dan penderitaan lain yang ditanggung rakyat ketika ini.

Tentunya, perlantikan Faizal dibuat atas kepentingan negara semata-mata. Ia dibuat untuk menyempurnakan lagi khidmat kerajaan ini kepada rakyat dan bukan atas sebarang perkiraan politik. Ia dibuat kerana Faizal mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh puluhan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Jemaah Menteri Muhyiddin.

Kalau yakin dengan rasional sedemikian di sebalik perlantikan Faizal itu, maka seharusnya kita juga harus percaya Muhyiddin memerlukan tempoh sebulan sebelum menguji sokongannya di Parlimen untuk “mententeramkan keadaan”.

Rasa khuatir fenomena musim pembelian katak politik kembali menodai sistem demokrasi negara juga tidak kena, sekiranya kita terima penjelasan Mustapa. Tetapi rasa khuatir dan kebimbangan itu tetap nyata.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/katak-politik-menunggu-dibeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 237 hits
Rasuah politik dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional semakin menjadi jadi Terkini didedahkan bahawa 4 MP dari parti DAP dan 5 MP PKR yang telah dihubungi oleh seseorang menawarkan wang tunai jutaan ringgit dan jawatan bagi menyelama...
Harga Katak Politik Cecah Rm32 Juta Sebelum Parlimen Dibuka September Sindir Zahid

Harga Katak Politik Cecah Rm32 Juta Sebelum Parlimen Dibuka September Sindir Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 214 hits
Harga diri dan maruah Ahli Parlimen jadi taruhan dalam usaha mengumpul sokongan sekurang kurangnya 111 Ahli Parlimen menjelang undi percaya di Parlimen pada September ini PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga katak p...
Tian Chua Antara Pemimpin Politik Sertai Himpunan Lawan

Tian Chua Antara Pemimpin Politik Sertai Himpunan Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 258 hits
Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua hadir ke protes Lawan sebagai tanda tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur Foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Naib Presiden ...
Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 244 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis 29 Julai lalu iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabat...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 308 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Inilah Percaturan Politik China

Inilah Percaturan Politik China

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 251 hits
Inilah Percaturan Politik China Asia Barat juga dikenali sebagai Timur Tengah merupakan rantau yang amat penting bagi China Terdapat dua faktor utama Asia Barat penting untuk China Pertama kedudukan geo strategik Asia Barat yang merupakan s...
Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

Rm700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 280 hits
PETALING JAYA Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia ketika ini memberikan kesan negatif kepada pasaran khususnya terhadap aliran keluar dana dari asing dari pasaran ekuiti yang mengalami penurunan sejak Mac 2018 CGS CIMB berkata ked...
Mengawal Pembiayaan Politik

Mengawal Pembiayaan Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 111 hits
DALAM empat buah rencana saya sebelum ini saya telah menggariskan tentang amalan kapitalisme kroni ekonomi politik rasuah politik dan krisis pembiayaan politik Semua itu telah berakar umbi dalam sistem politik kita Ia menjadi sebahagian bud...
Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 375 hits
Ketika kita kian bergelut dengan konflik jiwa harga diri juga semain murah dan kes baru Covid 19 pula terus mencanak canak naiknya sehingga ke angka amat menggerunkan pada masa yang sama kita juga takjub dengan sikap aneh segelintir manusia...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah