Kata Sepakat Guna Logo Ph Dalam Pru15 Dicapai Kata Sumber




K. Parkaran -June 14, 2021 PH sebelum ini berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil selepas PRU14 menggunakan logonya di Port Dickson (PKR), Balakong (DAP) dan Sungai Kandis (PKR).PETALING JAYA: Sebilangan pemimpin PKR mungkin mahu logo parti itu digunakan oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), namun kemungkinan besar panji Pakatan Harapan (PH) yang akan bertahan.
Menurut sumber PH, persetujuan mengenai hal ini dicapai secara prinsip semasa pemukiman pemimpinnya di Port Dickson pada April.
“Semua pemimpin bersuara dan katanya, segelintir dalam PKR berkata ahli akar umbi sangat sentimental terhadap bendera mereka, terutamanya selepas ia diterima rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Hujah mereka adalah logo berkenaan tiada sebarang beban lampau,” katanya.
“Bagaimanapun pihak mengkritik berkata, PKR dikaitkan dengan ‘katak’ politik yang dipimpin Azmin Ali dan gengnya yang membawa kepada kejatuhan PN dalam Langkah Sheraton.”
Tambahnya, setiap logo membawa kelemahan tersendiri, namun ia akan menggambarkan kekuatan melalui penggabungan sinergi di bawah sepanduk PH.
Pengakhirannya menurut sumber lain, logo PH akan bertahan dan kata sepakat dicapai.
Sumber itu berkata, Pengerusi PH dan Presiden PKR Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk membuat pengumuman mengenainya pada waktu yang tepat.
“Beliau meminta lebih masa untuk meyakinkan ahli akar umbi bahawa menggunakan logo PH adalah jalan terbaik kerana beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri pakatan berkenaan.
“Katanya, ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak menimbulkan kekecohan,” kata sumber berkenaan.
Menurutnya, ada yang berkata tidak masuk akal jika Anwar, yang menjadi pilihan PH sebagai perdana menteri menggunakan logo PKR dalam kempennya.
Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah ketika ini terlibat dalam pertikaian umum mengenai tiketnya untuk PRU15. Menurut sumber, ia berpotensi menimbulkan ketegangan jika Anwar gagal meyakinkan ahli bahawa logo PH adalah langkah terbaik ke hadapan.
Pertikaian ini bermula setelah Ketua Pemuda PKR dan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata dalam ucapan dasarnya pada kongres parti itu bahawa PH patut menggunakan logo parti berkenaan untuk “mengembalikan keyakinan rakyat”.
Dalam respons hampir serta merta, Ketua Pemuda DAP Howard Lee berkata, cadangan berkenaan kurang bijak, sambil menambah bahawa PH adalah entiti berdaftar, bukannya seperti pada PRU14.
Sumber berkata, Amanah dan DAP tidak mempunyai masalah dengannya kerana mereka berasa PH maju sebagai pasukan yang bersatu, maka langkah menggunakan logo PKR akan menimbulkan persoalan mengenai perpaduannya.
Katanya, jika parti dalam PH tidak boleh berkompromi mengenai hal mudah seperti ini, rakyat akan mempersoalkan sama ada gabungan itu akan terus berpecah belah selepas memegang tampuk pemerintahan persekutuan.
Selain bersikap sentimental dan berusaha menunjukkan “ketinggian darjat” satu sumber berkata, ada yang berpendapat bahawa logo PH juga dikaitkan dengan Dr Mahathir Mohamad, yang memimpin gabungan berkenaan semasa PRU14.
“Ada kumpulan dalam PKR yang tidak mahu mempunyai kaitan dengan Mahathir kerana (beliau) tidak menyerahkan jawatan perdana menteri seperti yang dijanjikan,” katanya.
Katanya, PH berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil selepas PRU14 menggunakan logonya di Port Dickson (PKR), Balakong (DAP) dan Sungai Kandis (PKR).
Seorang sumber PKR berkata, Anwar harus menunjukkan bahawa beliau benar-benar tegas dalam hal ini kerana jika gagal isu ini boleh mengakibatkan perbezaan pendapat besar yang boleh dimanfaatkan dengan mudah oleh pesaing.
“Semakin cepat keputusan dibuat, lebih baik bagi PH kerana ia sedang diperhatikan. Anwar sendiri memenangi kerusi Port Dickson menggunakan logo pakatan itu. Cara beliau menangani isu mudah ini akan menunjukkan sama ada beliau adalah kuasa penyatuan atau perpecahan.
“Kami harap beliau membuat pengumuman segera kerana PRU15 akan menjadi perkara pertama yang dilakukan setelah imuniti kelompok tercapai,” katanya, selain menambah bahawa ia mungkin akan berlangsung dalam tempoh kurang setahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/kata-sepakat-guna-logo-ph-dalam-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Keadilan Guna Logo Sendiri Pada Pru15 Nanti

Sokong Keadilan Guna Logo Sendiri Pada Pru15 Nanti

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 268 hits
Saya menyokong penuh cadangan dari Kongres AMK semalam bahawa Keadilan terus menggunakan logo sendiri bagi menghadapi PRU15 nanti Cadangan ini tepat dan sedikit pun tidak menjejaskan kerjasama di dalam PH jauh sekali dari berlakunya perpeca...
Ph Kalau Pru15 Guna Logo Pkr Memang Gulung Tikar Atau Gali Lubang Kubur

Ph Kalau Pru15 Guna Logo Pkr Memang Gulung Tikar Atau Gali Lubang Kubur

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 357 hits
Kalau ada saki baki pemimpin umno yang kononnya sangat berpengaruh join Anwar dan guna logo PKR jawapannya sama lubang KUBUR Kalaupun PH samada sendirian atau disertai oleh pemimpin umno menggunakan logo PH jawapannya sama lubang KUBUR UNDI...
Guna Kontrak Eu Selamatkan Industri Minyak Sawit Kata Pekebun Kecil

Guna Kontrak Eu Selamatkan Industri Minyak Sawit Kata Pekebun Kecil

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 234 hits
June 18 2021 Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia berkata negara perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada eksport minyak sawit PETALING JAYA Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia mahu keraj...
Negara Anggota G7 Capai Kata Sepakat Kenakan Cukai Terhadap Mnc Gergasi

Negara Anggota G7 Capai Kata Sepakat Kenakan Cukai Terhadap Mnc Gergasi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 216 hits
KONGSI ARTIKEL LONDON Perkumpulan negara paling mewah di dunia mencapai satu perjanjian bersejarah pada Sabtu untuk mengetatkan sebarang kelemahan cukai rentas sempadan yang sesetengah syarikat terbesar di dunia cuba mengelakkan bayara
Amk Mahu Ph Guna Logo Pkr Pru 15

Amk Mahu Ph Guna Logo Pkr Pru 15

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 237 hits
Logo KEADILAN telah membuktikan kesaktiannya apabila berjaya membenam BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Sehubungan itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir mencadangkan agar logo tersebut digu...
Sekarang Bukan Masa Bincang Logo Ph Untuk Pru15

Sekarang Bukan Masa Bincang Logo Ph Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 249 hits
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berpandangan sekarang bukan masa sesuai untuk membincangkan penggunaan logo oleh PH dalam PRU15 di saat negara masih bergelut menangani wabak Covid 19 Apatah lagi perkara itu telah pun dibincangkan sec...
Dakwaan Guna Maklumat Peribadi Daftar Sebagai Ahli Rela Disiasat

Dakwaan Guna Maklumat Peribadi Daftar Sebagai Ahli Rela Disiasat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 240 hits
Jabatan Sukarelawan Malaysia akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes beberapa individu yang mendakwa maklumat peribadi mereka digunakan untuk pendaftaran ahli anggota jabatan itu Gambar hiasan KUALA LUMPUR Jabatan Sukarelawan Malaysia...
Bahaya Apabila Alamat Email Dan No Hp Di Salah Guna

Bahaya Apabila Alamat Email Dan No Hp Di Salah Guna

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni SA nak share malam tadi masa SA nak tido sebelum lelap mata SA saje la check email kat yahoo sekali nampak banyak notifications website dating yang kelakarnya ntah bila plak SA join cuba unsubscribe tak bole...
Didakwa Guna Nama Sentuh Sensitiviti Agama Lelaki Cedera Dipukul Rider

Didakwa Guna Nama Sentuh Sensitiviti Agama Lelaki Cedera Dipukul Rider

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 273 hits
Tular di media sosial hari ini sebuah video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way kerana didakwa menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama Ketua Polis Dareah Petaling ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons