Sop Prn Johor Untungkan Parti Kerajaan Kata Bersih


 
PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, prosedur operasi standard (SOP) kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini lebih menguntungkan parti kerajaan dan merugikan parti serta calon pembangkang.
Dalam laporan pemerhatian PRN Johor ke-15, badan bebas itu berkata, had 100 orang untuk ceramah lebih merugikan pembangkang apabila parti atau calon di pihak kerajaan bebas menggunakan jentera dan sumber kerajaan untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan.
“Walaupun SOP untuk kempen pilihan raya kali ini dengan kebenaran untuk mengadakan ceramah, ‘walkabout’, ziarah rumah ke rumah dan pengedaran risalah, namun kami mendapati bahawa SOP ini menguntungkan parti/calon yang berada di pihak kerajaan dan merugikan parti/calon pembangkang,” katanya.
Antara isu lain dibangkitkan ialah pemilih positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi yang bertentangan dengan Perkara 119 perlembagaan persekutuan.
“Semua rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih berhak membuang undi mereka dalam pilihan raya.
“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seharusnya bertegas untuk membenarkan pesakit Covid-19 membuang undi dan menyediakan kemudahan yang bersesuaian kepada mereka agar dapat melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka,” katanya.
Sementara itu, dalam isu berkaitan salah laku dan kesalahan pilihan raya, BERSIH merekodkan 71 laporan yang dipantau di 21 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara kesalahan utama adalah penjamuan dan pemberian yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) merekodkan kesalahan tertinggi dengan 33 kesalahan.
“Antara contoh kesalahan dilakukan PN adalah pembukaan Gerai Prihatin pada 4 Feb di Pasar Tani Pagoh dan jamuan makan malam anjuran sebuah persatuan Cina di Austin International Convention Center, Johor Bahru yang dihadiri lebih 800 orang,” katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 11 kesalahan direkodkan dan penggunaan jentera serta sumber kerajaan paling banyak dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), iaitu sembilan kesalahan manakala dua kesalahan lagi dilakukan oleh PN.
Selain itu, sebanyak 13 kesalahan membuka pondok panas dan perayu undi diperhatikan oleh pemantau BERSIH.
“BN paling banyak membuka pondok panas dan merayu undi walaupun ada antaranya berjarak lebih 50m dari pusat pengundian. Malah ada pondok panas yang dibuka di dalam rumah orang tua yang berjarak lebih sedikit dari 50m dari pusat pengundian di SJK (C) Tampoi di DUN Kempas,” katanya.
Bagi kesalahan mengangkut pengundi ke pusat pengundian, BERSIH merekodkan sebanyak lima kesalahan parti politik yang kebanyakannya dilakukan oleh BN dan PKR.
“Pengangkutan pengundi adalah satu kesalahan bawah Seksyen 20 Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya.
PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/sop-prn-johor-untungkan-parti-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 241 hits
Tengku Razaleigh Hamzah berkata walaupun seronok dengan majoriti 2 3 dalam PRN Melaka dan Johor hakikatnya BN tidak mendapat sokongan rakyat PETALING JAYA Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasiona...
Prn Johor Bukan Petanda Keadilan Hilang Pengaruh Saifuddin

Prn Johor Bukan Petanda Keadilan Hilang Pengaruh Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 116 hits
Analisis dan pendapat umum yang menganggap KEADILAN mula merosot selepas Pilihan Raya Negeri Johor dan berkemungkinan bukan lagi merupakan pencabar utama dalam Pilihan Raya Umum ke 15 adalah kurang tepat Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri...
Situasi Prn Johor Berulang Dalam Pru 15 Jika Pembangkang Terus Berpecah

Situasi Prn Johor Berulang Dalam Pru 15 Jika Pembangkang Terus Berpecah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 174 hits
satuberita my By March 17 2022Bendera Parti Politik berkibar sempena Pilihan Raya Negeri Johor di Kampung Parit Laman Batu Pahat GAMBAR Warta RakyatKEADAAN yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Johor yang menyaksikan kemenangan berpihak kep...
Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 207 hits
TAJUK PRN JOHOR RAKYAT KALAH BN MENANG APA IMPLIKASINYA TARIKH 16 03 2022 MASA 9 00 MLM PANEL YB KHALID SAMAD PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM MODERATOR UNCLE ALI OMAR
Umno Menang Hanya 16 Undi Di Prn Johor

Umno Menang Hanya 16 Undi Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 191 hits
Saya terbaca komen dari budak budak askar siber Umno yang berkata Umno menang undi majoriti di PRN Johor jadi sudah sampai masanya untuk bubar parlimen dan mengadakan PRU15 tergempar Yang sebenarnya Umno hanya dapat 16 sahaja dari undi
Majoriti Anak Muda Mengundi Bn Di Prn Johor

Majoriti Anak Muda Mengundi Bn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 165 hits
PETALING JAYA Barisan Nasional berjaya memenangi tujuh kerusi berdasarkan keputusan pengundian di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dengan bilangan pengundi terbanyak berumur antara 18 dan 20 tahun Tujuh kerusi itu adalah Tiram Bukit Pe...
Ti M Ingatkan Pm Jangan Teruja Dengan Keputusan Prn Johor Hormati Mou

Ti M Ingatkan Pm Jangan Teruja Dengan Keputusan Prn Johor Hormati Mou

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 21 2022 10 46 AMTransparency International Malaysia mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya menghormati Memorandum Persefahaman yang dimeterai antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan daripad...
Post Mortem Prn Johor 2022 N06 Bekok

Post Mortem Prn Johor 2022 N06 Bekok

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 187 hits
KEPUTUSAN PRU 14KEPUTUSAN SEBENARPOST MORTEMDISEDIAKAN OLEHCIKGU LINSEKIAN
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash