Kasyaf Menurut Al Quran Dan Al Sunnah



SOALAN:
Apakah al-Quran dan al-Sunnah ada menyebutkan perihal kasyaf?

JAWAPAN:

Definisi Kasyaf

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Ibn Manzur berkata: “Kasyaf didefinisikan sebagai kamu mengangkat daripada sesuatu apa yang menutupinya atau melindunginya.” (Lihat: Lisan al-‘Arab, 9/300)

Al-Jurjani pula berkata: “Kasyaf pada bahasa bererti mengangkat hijab dan pada istilah ialah sesuatu yang dicampak ke dalam hati dengan cara anugerah dari makna ghaibi dan perkara hakiki secara wujud dan syuhud.” (Lihat: al-Ta’rifat, hlm. 237)

Abu Nasr al-Sarraj mentakrifkan kasyaf sebagai menjelaskan apa yang menghalang daripada kefahaman seseorang, disingkapkan kefahaman tersebut kepada hamba seperti dia melihatnya dengan pandangan mata. (Lihat: al-Luma’, hlm. 422)

Dalam Kamus Dewan, kasyaf diertikan sebagai penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati; mengkasyaf membuka hati. (Lihat: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kasyaf)

Ulama' Sufi yang sebenar tidak menerima kasyaf ilmi atau dzauqi atau wujdani kecuali menepati al-Kitab dan Sunnah. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Sulaiman al-Darani: “Boleh jadi jatuh pada hati aku satu perkara berkenaan dengan satu-satu kaum selama kaum beberapa hari, maka aku tidak menerima daripadanya (kasyaf) kecuali dengan dua saksi yang adil, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.” (Lihat: Tabaqat al-Sufiyyah, 1/76)

Inilah ketegasan ulama’ Sufi terdahulu dalam menjalani kehidupan dan ibadat. Apa jua yang berlaku pada diri mereka mestilah menepati al-Quran dan Sunnah.

Kasyaf dalam al-Quran dan al-Hadith

Kisah utama yang menjadi bukti wujudnya kasyaf ini adalah peristiwa yang berlaku antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S. Terdapat tiga persoalan Nabi Musa AS iaitu:

Kapal yang dirosakkan.Remaja yang dibunuh.Harta karun di bawah tembok.
Firman Allah SWT:

أ َمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا (79) وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا (80) فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا (81) وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا (82)
“Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.” (Surah al-Kahfi: 79-82)

Menurut Imam al-Qusyairi: “Setelah berpisahnya Khidir dan Musa A.S, hati Musa tidak tenang seakan-akan tidak bersetuju. Baginda pun segera membuang perasaan tersebut daripada hatinya dengan apa yang diperjelaskan kepadanya. Disingkapkan kepadanya akan rahsia tujuan Khidir yang merosakkan kapal bagi menyelamatkan dan mengekalkan ahlinya agar tidak menjadi mangsa raja yang suka merampas. Kekallah kapal tersebut kepada ahlinya. Ini adalah musibah iaitu kemarahan, (maka apa yang dilakukan itu) baik bagi keselamatan mereka.” (Lihat: Lata’if al-Isyarat, 2/412)

Adapun dalam hadith, ianya terzahir sendiri pada diri Rasulullah SAW. Kasyaf yang dimiliki oleh Baginda SAW diterima sebagai mukjizat.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata: “Iqamah telah dikumandangkan. Lalu Rasulullah SAW menghadapkan wajahnya kepada kami seraya bersabda:

أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ، وَتَرَاصُّوا، فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي
“Dirikan saf-saf kamu dan rapatkannya. Sesungguhnya aku melihat kamu semua daripada belakang punggungku.” (Riwayat al-Bukhari, no. 719)

Daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:

أَخَذَ الرَّايَةَ زَيْدٌ فَأُصِيبَ، ثُمَّ أَخَذَهَا جَعْفَرٌ فَأُصِيبَ، ثُمَّ أَخَذَهَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَوَاحَةَ فَأُصِيبَ - وَإِنَّ عَيْنَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَذْرِفَانِ - ثُمَّ أَخَذَهَا خَالِدُ بْنُ الوَلِيدِ مِنْ غَيْرِ إِمْرَةٍ فَفُتِحَ لَهُ
“Zaid membawa panji dan beliau gugur. Setelah itu panji diambil oleh Ja'far, lalu beliau gugur. Setelah itu, panji diambil oelh Abdullah bin Rawahah, kemudian beliau gugur. (Kedua mata Rasulullah SAW mengalirkan air mata). Kemudian panji diambil oleh Khalid bin al-Walid tanpa perintah. Lalu beliau memperoleh kemenangan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1246)

Kematian para Sahabat ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW awal sebelum kematian mereka lagi. Ini membuktikan adanya kasyaf pada Rasulullah SAW sebagaimana yang ditegaskan oleh Syeikh Abdul Qadir ‘Isa al-Syazili. (Lihat: Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, m. 340-342)

Penutup

Kasyaf adalah termasuk dalam kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Sebarang kasyaf yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah baik kepada orang yang mendakwa memilikinya atau apa yang dikhabarkannya, hendaklah ditolak kerana boleh membawa kekeliruan.

Kami akhiri perbincangan ini dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
“Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.”

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam agama ini. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/kasyaf-menurut-al-quran-dan-al-sunnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Pijak Al Quran Akan Jalani Pemeriksaan Mental

Individu Pijak Al Quran Akan Jalani Pemeriksaan Mental

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 287 hits
Rasanya mesti ramai yang sudah mengetahui kesalahan seorang penganggur yang sebelum ini telah membuat siaran langsung di Facebooknya yang kemudian bertindak menghina dan memijak al Quran Berikutan dengan itu suspek telah dibelasah beberapa ...
Permohonan Diploma Al Quran Di Darul Quran Dan Lokasi Tambahan Dq

Permohonan Diploma Al Quran Di Darul Quran Dan Lokasi Tambahan Dq

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1000 hits
Anda kini sudah boleh mula memohon kemasukan Diploma Al Quran di Darul Quran dan juga lokasi tambahan Darul Quran yang lain di beberapa negeri yang menawarkan program diploma ini Darul Quran merupakan pelopar terawal bagi program Tahfiz Al ...
Mahkamah Perintah Lelaki Pijak Al Quran Dihantar Ke Hospital Permai

Mahkamah Perintah Lelaki Pijak Al Quran Dihantar Ke Hospital Permai

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 177 hits
JOHOR BAHRU 18 Feb Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang videonya tular kerana dilihat memijak al Quran baru baru ini supaya dihantar ke Hospital Permai di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental Pe...
Mahu Anak Belajar Mengaji Kita Sendiri Bila Last Time Buka Al Quran

Mahu Anak Belajar Mengaji Kita Sendiri Bila Last Time Buka Al Quran

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 516 hits
Sebagai ibu dan ayah pastinya kita menginginkan yang terbaik buat anda anak Sedari mereka kecil kita sematkan nilai nilai murni dalam diri anak Kita mahu anak membesar sebagai individu yang baik dan cemerlang Begitu juga dengan ibu ini yang...
Gadis Itali Ini Peluk Islam Lepas Dengar Bacaan Al Quran Pilih Abang Kerani Umt Jadi Pasangan Hidup

Gadis Itali Ini Peluk Islam Lepas Dengar Bacaan Al Quran Pilih Abang Kerani Umt Jadi Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 624 hits
Tidak dinafikan melihat pasangan romantik diluar sana pastinya menimbulkan rasa teruja untuk berkahwin terutamanya bagi golongan bujang Tidak dinafikan bagi mereka yang sedang hangat bercinta pastikan ingin melangsungkan pernikahan Sudah te...
Keputusan Pemenang Juara Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2020

Keputusan Pemenang Juara Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2020

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 608 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 21 Februari 2020 jam 08 41 PM Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan bg thn 2020
Qari Istimewa Muhammad Qayyim Qariah Puteri Kalimatul Azzua Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Qari Istimewa Muhammad Qayyim Qariah Puteri Kalimatul Azzua Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 492 hits
KOTA KINABALU 21 Feb Qari cacat penglihatan dari Kelantan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 1441H 2020M yang diumumka...
Al Quran Waqaf Dan Ibtida Pertama Di Dunia

Al Quran Waqaf Dan Ibtida Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 189 hits
ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan pada ayat ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda tanda wakaf Itulah luahan rasa yang menjadi cetus...
Quran Al Quran

Quran Al Quran

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 151 hits
Quran Al Quran Al Quran adalah Kalam Allah s w t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s a w sebagai mukjizat yang disampaikan secara mutawatir dari Allah s w t dengan melalui perantara Malaikat Jibril dan dengan membaca Al Quran ini menjadi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord