Kasut Sebelah


Assalamualaikum. Hari ni aku repost balik entry pertama aku masa mula mula mencipta blog aku ni. Seriuslah, berkali kali baca cerita ni pun aku menangis lagi. Hati tisu sungguhlah. Cerita ni aku pernah baca kat sebuah majalah ntah majalah apa aku dah lupa. Pastu beberapa tahun kemudian aku cuba cari kat internet. Kat mana aku dah lupa. Sorry! Lalu aku pun terjumpa cerita ni, dan cerita inilah yang firstttt sekali aku postkan. (Aku ulang eh) hahahahha. 
Korang macamana pulak ye? Apa enry first kau? Cuba share sikit. Dah share, mention blog aku dan repost, pastu email aku. [email protected]. Aku bagi rm20 untuk 5 orang saja yang sudi. Kalau ramai aku hadiahkan Alfatihah ajelah. Tapi aku tak rasa ada seorang pun yang buat. Kalau ada, orang pertama aku bagi rm50, 5 orang seterusnya baru rm20. Ok tak? Hahaha ada ke yang baca blog aku lagi. Keh keh keh. 

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara.
Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.  Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.
Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."  Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://haryanies.blogspot.com/2021/03/kasut-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut

6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 428 hits
Assalamualaikum wbt 6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut Pergghhhh Kalau bab kasut berbau ni memang tak boleh blah Boleh pengsan baq hang Tengok kucem tu sudah leee Mati terlentang penangan bau kasut Haha Bila kasut hapak kaki pown turut se...
Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk Nenek Bapa Saudara Sebelah Suami Apabila Suami Meninggal

Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk Nenek Bapa Saudara Sebelah Suami Apabila Suami Meninggal

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 412 hits
Kematian adalah rahsia Allah S W T dan kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini tidak akan tahu bilakan ajal akan menjemput kita Kematian adalah pasti bagi makhluk yang bernyawa Jika sudah tiba waktunya kematian itu akan terus terja...
Jangan Gatal Gatal Intai Ruput Jiran Sebelah

Jangan Gatal Gatal Intai Ruput Jiran Sebelah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 484 hits
JANGAN GATAL GATAL INTAI RUMPUT JIRAN SEBELAH Assalammualaikum wbt Gatal gatal boleh jadi kerana alahan pada makanan Kalau tidak pun mungkin alah dengan habuk bulu binatang dan sebagainya Ada banyak sebab atau faktor berlakunya gatal gatal ...
Kasut Ramadhan 2021

Kasut Ramadhan 2021

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 484 hits
Trend para muslimin dan muslimat kat sini bila puasa bakal menjelang mereka akan mula bertanya kat mana terjualnya Ramadhan Decoration Mungkin ingin menghias rumah blink2 bagi meraikan iftar bersama tersayang Selalunya semua tu dibeli di mi...
Tip Membeli Kasut Secara Online Supaya Tidak Salah Size

Tip Membeli Kasut Secara Online Supaya Tidak Salah Size

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 448 hits
Dalam hidup saya perkara paling bermasalah saya nak beli adalah kasut Dari kecil saya ada masalah nak beli kasut terutama kasut kasut tertentu Teringat masa nak masuk darjah satu kasut sekolah masa tu bukan macam sekarang Size dari sekecil ...
Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki

Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 366 hits
Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki Apakah kaki anda jenis runcing kecil atau lebar Berapakah saiz tapak kaki anda untuk membeli kasut Musim datang bersilih ganti sekali gus pantas menukar gaya fesyen terkemuka Perhatikan koleksi ...
Akhirnya Terbongkar Kenapa Mk Bungkus Kasut Ketika Nak Redah Hujan Rupanya Harga Memang Tak Masuk Akal

Akhirnya Terbongkar Kenapa Mk Bungkus Kasut Ketika Nak Redah Hujan Rupanya Harga Memang Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 336 hits
Sebut sahaja kumpulan K Clique pasti semua teruja dan mengenali kumpulan Hip Hop yang telah mencipta satu fenomena baru dalam industri tanah air Lagu lagu mereka yang sering meraih jutaan tontonan di laman You Tube sentiasa mendapat tempat ...
Murah Kasut Salvatore Ferragamo Masa Valiram Sales Di Sunway Resort

Murah Kasut Salvatore Ferragamo Masa Valiram Sales Di Sunway Resort

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 583 hits
MURAH KASUT SALVATORE FERRAGAMO MASA VALIRAM SALES DI SUNWAY RESORT Minggu lepas di hari akhir Valiram sales mummy baru terperasan Tu pun nampak kawan mummy personal shopper update Malam Ahad tu cecepat mummy daftarkan diri untuk ke Sales V...
Hiburan Harga Kasut Dah Macam Harga Myvi Ini Sebab Mk K Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik

Hiburan Harga Kasut Dah Macam Harga Myvi Ini Sebab Mk K Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 368 hits
Tak perlu diperkenalkan lagi MK daripada kumpulan K Clique pasti sudah dikenali ramai terutamanya di kalangan peminat wanita Sumber Instagram MK K Clique Baru baru ini dia kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah rakaman video p...
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Majlis Birthday Mak

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Sag Birth Dates

Leo Promise Report 2021

Different Tarot Decks

Aquarius Career Horoscope December 2021

Masuk Sebagai Orang Keluar Jadi Mayat

Mighty White Blackpepper Chicken Bun