Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki


Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki. Apakah kaki anda jenis runcing, kecil atau lebar? Berapakah saiz tapak kaki anda, untuk membeli kasut? Musim datang bersilih ganti sekali gus pantas menukar gaya fesyen terkemuka. Perhatikan koleksi kasut jenama terkenal seperti Jimmy Choo, Sergio Rossi, Giuseppe Zanotti atau jenguk ke butik Vincci atau Nose, mainan warna, ketinggian serta bentuk tumit sangat ketara. Daripada serendah kasut leper ‘ballerina’ atau flat hingga pilihan kasut baji dan stiletto bertumit enam inci, memang semuanya menjadi kegilaan wanita. Tanpa sedar, kegilaan terhadap kasut kadangkala tidak menepati kehendak individu yang akhirnya bukan hanya merugikan wanita tapi turut menjejaskan kesihatan tulang belakang mereka. Pereka kasut, Rozeeyadi Abdul Manan, berkata mereka kasut bukan hanya difokuskan terhadap keindahan rekaan serta mengikut gaya semasa tapi sebagai pereka, mereka juga tidak meminggirkan soal keselesaan kepada pemakai. 

“Bagaimanapun, penting bagi seorang pembeli mempunyai pengetahuan asas mengenai kasut untuk dijadikan panduan ketika membeli. Ada yang mengandaikan bertumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan seksi tapi elakkan memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tumit kaki. 



Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki

“Jika anda tidak mahu tumit kaki anda pecah dan merekah, tumit kasut paling ideal adalah dua setengah inci hingga tiga inci dan mungkin ia dapat membantu mengekalkan kehalusan kulit kaki anda,” katanya. 
Tapi jika anda tetap mahu bertumit tinggi, pastikan ia tidak disarung melebihi enam jam sehari. Jadi, simpanan sandal leper atau selipar wajib ada di pejabat atau di dalam kereta. 
Selain masalah tumit, ada individu mempunyai kaki berbentuk lebar sehingga menyukarkan mereka memilih kasut. 



Rozeeyadi berkata, mereka yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan bukaan depan yang lebar. 


“Memilih kasut bertali juga kadangkala mengundang masalah. Seelok-elok ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun jari kaki yang terkeluar di antara tali terutama jari paling kecil. 
“Jika ingin membeli kasut bertutup, beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dulu sebelum membeli. Kaedah ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai kaki yang lebar serta agak berisi kecuali jika kaki anda bersaiz biasa,” katanya. 
Rozeeyadi berkata, tidak semua kasut sesuai dengan semua jenis kaki. 
Ada wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki (arch) tinggi dan mereka disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang. Justeru, jika anda menggilai kasut, teliti dulu adakah kemahuan dan kehendak berbaloi dengan apa yang bakal anda terima di kemudian hari. 


INFO Jenis kasut dan fungsi 
Info jenis kasut di bawah ini mungkin berguna kepada anda sebagai satu panduan sebwlum membeli kasut kesukaan.
Kasut sandal tumit tinggi 
Ia boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai 'evening shoes', kulit dan PU untuk kegunaan harian. 
Kasut bertutup (court shoes) 
Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai. 
Peep-toe 
Ia bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai. 
Kasut tapak rata (flat) 
Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju. 
Ballerina, flat court shoes 
Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana. 
Kasut baji (wedge) 
Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan. 
Platform 
Mereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang. 
SUMBER DARI BERITA HARIAN
Semoga perkongsian mengenai kasut yang sesuai untuk kaki seperti di atas akan membantu anda membuat pilihan kasut yang selesa dan harga yang berpatutan. Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/03/pilihan-kasut-yang-sesuai-mengikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Jenis Kaki Sembang Yang Dibenci Rasulullah Saw

3 Jenis Kaki Sembang Yang Dibenci Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 259 hits
3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci 1 Thartharun iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela jela yang tidak berfaedah Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa ...
Cosmoderm Perfect Balanced Set 4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Cosmoderm Perfect Balanced Set 4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 614 hits
Cosmoderm Perfect Balanced Set 4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Sesekali kita bercerita tentang penjagaan diri pula Wanita dan kebersihan serta kecantikan memang selalu seiring tidak berpisah Siapa yang tak mah...
Jenis Pokok Sirih Yang Patut Dikenali

Jenis Pokok Sirih Yang Patut Dikenali

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 435 hits
Jenis Pokok Sirih Yang Patut Dikenali Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum dan Salam Shalawat atas junjungan Nabi Muhammad S A W Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga...
Susul Sang Adik Amasya Manganang Periksakan Status Jenis Kelaminnya Siap Dinyatakan Sebagai Pria

Susul Sang Adik Amasya Manganang Periksakan Status Jenis Kelaminnya Siap Dinyatakan Sebagai Pria

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 339 hits
Juga mengalami hipospadia Amasya akan menjalani operasi sebelum nantinya resmi berganti status menjadi pria
5 Jenis Servis Penghantaran Makanan Yang Best Di Malaysia

5 Jenis Servis Penghantaran Makanan Yang Best Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 571 hits
Banyak betul servis penghantaran makanan di Malaysia sekarang ni Nak nak lagi sejak munculnya virus Covid 19 Lepas satu satu nama servis penghantaran makanan yang muncul Tapi itu perkara biasa asalkan sama sama yakin yang rezeki itu dari Al...
Jenis Jenis Bawang Serta Kegunaannya Dalam Masakan Jangan Silap Lagi Lepas Ni

Jenis Jenis Bawang Serta Kegunaannya Dalam Masakan Jangan Silap Lagi Lepas Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 293 hits
Tentunya anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasar raya Kadangkala kita sendiri pun keliru apakah kegunaan dan perbezaan bawang bawang ini Mana satu nak beli Ternyata bawang sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza dan...
Negara Jenis Apakah Yang Mahu Kita Bangunkan Ini Anwar

Negara Jenis Apakah Yang Mahu Kita Bangunkan Ini Anwar

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Pernahkah kerajaan ini fikirkan apakah rakyat mampu untuk membayar denda sejumlah RM10 000 sekiranya RM1 000 itu pun mereka tidak mampu Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan k...
Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 297 hits
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku Namun bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimb...
Senarai Jenis Jenis Buah Kurma Yang Popular Di Pasaran

Senarai Jenis Jenis Buah Kurma Yang Popular Di Pasaran

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 714 hits
Jenis Jenis Kurma Dalam Pasaran Buah kurma antara buah yang selalu disebut di dalam Al quran apalagi seringkali di sebut dalam hadis dan sunnah nabi Jenis Jenis Kurma Popular Di Pasaran Buah kurma berputik dari pohon kurma yang seumpama pok...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots