Kasut Pallas Pilihan Murid Sekolah Di Malaysia


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila akhir tahun macam sekarang ni, pasti ibubapa akan sibuk menyiapkan peralatan anak-anak untuk kembali ke sekolah seperti pakaian seragam, kasut, alatulis, buku tulis dan sebagainya. Kalau lihat di pekan dan bandar sekarang memang kedai dan pasaraya dipenuhi oleh ibubapa dan anak-anak. Namun suka diingatkan agar mematuhi SOP bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 yang masih bermaharajalela di bumi Malaysia ini.

Satu benda penting yang mesti dibeli ialah kasut sekolah. Kalau tak ada sepasang kasut sekolah mana boleh pergi sekolah, kan? Jadi sebagai seorang bapa dan guru sekolah menengah, Abam Kie ingin berkongsi beberapa tips memilih kasut sekolah. Diantara ciri-ciri penting bagi Abam Kie apabila membeli kasut sekolah anak adalah seperti berikut:
1. Ringan – Jika berat takut kaki mudah lenguh dan sakit. Kesian gak kat murid-murid terutama di sekolah rendah hendak berjalan sambil mengheret kasut berat kan

2. Jenis zap-on – Abam Kie suka jenis zap-on velcro strap sebab lebih senang dan cepat nak pakai, tambahan pula untuk anak-anak di sekolah rendah. Kalau yang jenis tali tu mau berjam nak mengikatnya ataupun ibubapa yang perlu ikatkan untuk anak-anak mereka pula, kan? Huhuhu..

3. Cepat kering – Sangat penting untuk Abam Kie terutama sekali pada musim hujan. Kalau kena hujan semasa balik sekolah alamat kena cari alternatif untuk mengeringkan kasut-kasut tu. Dulu-dulu Abam Kie letak di belakang peti sejuk. Bila bangun keesokan harinya biasanya kasut-kasut tu dah kering. Tapi jika gagal mengeringkannya pada masa yang sewajarnya, takut kasut berbau busuk dan menjadi kekuningan dekat bahagian yang lembab tu


4. Tapak kasut yang mencengkam – Tapak yang banyak ‘bunga’ lebih bagus sebab ‘grip’ atau cengkamannya lebih kuat. Ciri ini amat penting terutama sekali dalam situasi tidak diduga seperti anak mungkin tergelincir apabila berlari di atas lantai atau padang rumput yang basah. Jika ada bunga yang mencengkam, In Shaa Allah, anak tidak akan jatuh tergolek. Huhuhu...

5. Mudah dibasuh – Abam Kie lebih suka kasut yang tak banyak bahagian berkain, sebab tak mudah kotor sangat dan lebih senang dibasuh. Lagipun bahagian kain ni takut cepat reput, pastu lekat warna kekuningan jka lembab atau tidak betul-betul kering

6. Pilih saiz kasut yang betul – Pilih saiz yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Kalau ketat sangat nanti sakit jari kaki pula. Kalau longgar sangat, takut tercabut pula kasut tu semasa berjalan. Tak selesa dipakaikan? Nak tahu saiz yang sesuai? Mudah je. Cuma perlu ukur panjang tapak kaki dari hujung ibu jari sampai ke belakang tumit. Lepas tu ambil saiz yang panjang insole atau pelapik dalam kasut dalam 1 cm lebih panjang dari ukuran sebenar tapak kaki. Cubalah


Satu jenama kasut sekolah yang menjadi pilihan keluarga Abam Kie sejak zaman berzaman ialah Pallas Jazz. Model terkini kasut Pallas Jazz 306-031BK ini menjadi pilihan utama Abam Kie apabila membeli kasut sekolah anak-anak. Kasut ini dibuat daripada 'foam' yang tebal bagi memberikan keselesaan dan lebih perlindungan kepada si pemakainya.  
Memandangkan anak-anak akan berada di sekolah hampir 8 jam sehari, perlunya dia memakai kasut yang diperbuat daripada foam tebal yang akan memberikan keselesaan kepadanya untuk berjalan dan berlari. Foam yang tebal juga akan memberikan perlindungan kepada kaki si pemakainya kerana ketebalan tersebut akan menyerap setiap hentakan kaki yang dilakukan. Sekaligus ia mengurangkan risiko kecederaan kepada kaki anak Abam Kie. Bagus kasut Pallas Jazz 306-031BK ini kan?   

Seharusnya dengan ciri-ciri istimewa seperti foam yang lebih tebal, lebih keselesaan dan lebih perlindungan kepada kaki anak-anak kita menjadi sebab utama rakan-rakan blogger dan orang ramai untuk membeli kasut Pallas Jazz 306-031BK. Tambahan pula harga jenama ini sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Harga di pasaran cuma RM29.99 sahaja. Macam tak percaya, tapi itulah realitinya! 

Kasut Pallas Jazz 306-031BK ini boleh didapati di kaunter kasut Pallas di AEON, Tesco dan Mydin Supermarket bersempena Kempen Kembali Ke Sekolah yang sedang berlangsung sekarang! Jadi cepat-cepatlah berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah berkenaan. Selain dari itu, rakan-rakan boleh juga pergi ke kedai-kedai kasut yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing. 

Atau jika kawan-kawan ingin membeli secara dalam talian boleh terus ke www.wow2wee.com. Kedai online ini adalah pengedar sah kasut Pallas, tau! Yang menariknya di sini adalah PENGHANTARAN PERCUMA (FREE SHIPPING) untuk setiap belian dari RM50 ke Semenanjung Malaysia. Manakala di SABAH dan SARAWAK, SHIPPING FEE FLAT RATE RM5 untuk setiap pasang dalam belian  tersebut. Hanya dari 23 Dis 2020 hingga 31 Jan 2021. Bertindak segera kalau nak JIMAT BANYAK

Yang menariknya, di sini rakan-rakan akan dapat membeli semua jenis kasut Pallas, tidak terhad kepada kasut sekolah sahaja. Jomlah pergi beli on9 kat situ!

Sesungguhnya kasut sekolah Pallas Jazz 306-031BK memang sangat popular dan menjadi pilihan ramai murid sekolah di Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu. Ini kerana ciri-ciri unik dan istimewa hasil daripada pembuatan teliti oleh pengilang yang memberikan keselesaan dan perlindungan kepada kaki murid-murid sekolah yang memakainya. Yang pasti anak Abam Kie pasti akan bergaya apabila melangkah ke sekolah pada tahun depan. Terima kasih Pallas Jazz!  

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/12/kasut-pallas-pilihan-murid-sekolah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Awal Ke Sekolah 2021 Dengan Kasut Pallas Menjadi Pilihan

Persiapan Awal Ke Sekolah 2021 Dengan Kasut Pallas Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 440 hits
Persiapan Awal Ke Sekolah 2021 Dengan Kasut Pallas Menjadi Pilihan Tdak seperti tahun tahun sebelumnya saya selalu membuat persiapan lewat untuk mendapatkan keparluan sekolah anak anak saya Ia merugikan saya apabila barang yang dikehendaki ...
Pallas X Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak

Pallas X Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 672 hits
Pallas X Pilihan Kasut Sekolah Terbaik Untuk Anak hi there Ok tahun depan 2021 Amin naik darjah 1 Tahun ini walaupun Amin hanya sekolah dalam masa yang singkat untuk kelas tadika tapi aku nak share dengan korang rasa tidak gembira aku denga...
Kasut Sekolah Pallas Jazz 205 0196bk Pilihan Terbaik

Kasut Sekolah Pallas Jazz 205 0196bk Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 373 hits
Kasut Sekolah Pallas Jazz 205 0196BK Pilihan Terbaik Cuti sekolah dah pun bermula beberapa hari yang lepas Seperti biasa ibu bapa bakal sibuk mencari keperluan sekolah untuk anak anak Samalah juga dengan Ummi dan Babah Walaupun pandemik COV...
Best Ke Kasut Sekolah Pallas

Best Ke Kasut Sekolah Pallas

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 571 hits
Hai semua Bersempena dengan cuti sekolah akhir dan awal tahun ni mesti korang dah stand by nak prepare kelengkapan untuk anak anak kembali ke sekolah Juju pun dah buat survey sana sini juga Almaklumlah dak Yash nak naik darjah 1 tahun 2021 ...
Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 555 hits
AssalamualaikumBismillahHello semua Aku harap semua sihat dan jangan lupa jaga kesihatan Memandangkan sekolah dah nak mula kembali mesti ibu bapa di luar sana sedang sibuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak anak kan Anak anak pun de...
Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk Yang Selesa

Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk Yang Selesa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 491 hits
Bismillah Assalamualaikum Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa Sudah menjadi kebiasaan sebelum masuk tahun baru para ibu bapa sibuk untuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak anak seperti pakaian buku pen beg dan kasut T...
Jom Dapatkan Koleksi Kasut Sekolah Pallas Terkini

Jom Dapatkan Koleksi Kasut Sekolah Pallas Terkini

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 447 hits
Bila masuk hujung tahun mak ayah mesti sibuk nak buat persiapan persekolahan anak anak untuk akan datang kan Walaupun sekarang ni kita masih lagi sibuk mengisahkan hal covid 19 ni bab persiapan persekolahan anak tetap kena laksanakan juga B...
Tahukah Anda Malaysia Juga Ada Pengeluar Iem

Tahukah Anda Malaysia Juga Ada Pengeluar Iem

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 343 hits
Alpha Omega adalah syarikat Malaysia yang menghasilkan custom IEM dan aktif memasarkan produk mereka secara atas talian Ditubuhkan oleh dua individu Clement dan Jong ZZ syarikat ini baru sahaja membuka pejabat mereka di Sekama Kuching Saraw...
Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Krismas Edisi Terhad

Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Krismas Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia meraikan semangat perayaan dengan melancarkan koleksi Setem Ku edisi terhad Krismas 2020 yang boleh didapati di kedai dalam talian Pos Malaysia www pos com my dan 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara mulai esok K...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan