Kasut Jelly Bunny Authentic Selesa Pakai
Hello kasut jelly bunny baru, sis. hehe. Selamat bertugas & sila tahan lama yea. haha. Geram asyik kena beli kasut baru je beberapa bulan sekali. Memang harga murah uolls sebab k.fiezz sejenis suka kasut yang murah tapi bila tiap kali pakai kasut baru, kaki k.fiezz sakit weiii. Kena gigit dengan kasut. Adeh. Tak lalu pula asyik kaki melecet, luka sebab pakai kasut baru. Rasainkan sebab suka benor beli kasut murah. haha. Jadi kali ni ni saja beli kasut jelly bunny original hokay. Mahal sikit dari biasa. haha.
Memandangkan k.fiezz suka jenis kasut flat dan kasut dari jenis getah supaya tahan kena air, k.fiezz pilih kasut jelly bunny. Sebelum ni pun yang biasa k.fiezz beli hat murah tu pun kasut ala-ala jelly bunny juga tapi fake lah. hehe. Dasar kedekut,kan. hehe.
AUTHENTIC JELLY BUNNY
Saja usya kat shopee jelly bunny authentic untuk kasut jelly bunny kot ada offer yang murah sebab k.fiezz rasa macam ada ternampak iklan dia lalu lalang kat facebook. Masuk kat shopee, cari kedai jelly bunny authentic . Confirm memang ada offer. Menarik menarik. Usya design kasut jelly bunny yang ada offer je sebab tak semua ada promo. haha. Dasar kedekut. Cari punya cari nampak kasut jelly bunny yang ada riben macam dalam gambar bawah ni. Harga promo RM5x.xx. Harga promo dia ikut saiz. Harga asal RM1xx.xx. Masa nak pilih saiz, baru k.fiezz perasan harga promo ikut saiz. Nasib baik saiz kaki k.fiezz, harga offer.
Masa nak beli ni tak terus beli. Masuk cart dulu. Cari kasut lain yang murah. Masuk cart juga. Lepas tu tunjuk kat mr hubby. Suruh dia pilih yang mana cun.
Dalam hati memang dah berkenan kasut jelly bunny ni benornya. hehe. Tapi sebab tengok harga dia tu walaupun offer tetap berkira nak beli. haha. Jadi saja lah nk minta pendapat mr hubby. Sekali mr hubby pilih yang ni juga. Memahami sangat tau mr hubby ni. Dia tau dah bini minat hat ni. hehe.
Baik. Terus proceed beli tanpa was-was.
KASUT JELLY BUNNY
Sebelum pilih design kasut jelly bunny ada ribbon ni, cari juga design lain tapi nak cari saiz k.fiezz limited edition weii. Tak semua design ada size 4. Hat ni je yang ada saiz 4. Nasib baik comel. Malas nk cari yang lain, terus je lah beli yang ni je. Lagipun masa k.fiezz masuk cart kasut jelly bunny ribbon ni, saiz 4 tinggal sepasang je.
Dah jangan banyak cerita. Beli je yang ni. Kira murah ni dapat diskaun separuh dari harga asal. Banyak songeh sis ni, kan. Nak murah mana lagi.
Lepas beberapa hari order, kasut jelly bunny ribbon sampai kat tangan. Tak sabor nak rasmi pakai gi kerja. Tetiba semangat nak masuk ofis. haha. Motif sebab nak pakai kasut baru. Kuang asam k.fiezz. haha.
KASUT BASAHAN BARU UNTUK KERJA
Memang selesa lah weii pakai kasut jelly bunny authentic ni,hah. Tapak lembut, saiz memang ngam dengan kaki k.fiezz. Paling penting, tak sakit wei. Tak ada kena gigit dengan kasut (biasa kan bila pakai kasut baru, kaki mesti kena gigit dengan kasut). Kasut jelly bunny ni memang tak ada masalah ni. Serius selesa.
K.fiezz memang suka kasut flat macam ni untuk selesa berjalan. Selain dari material dia pun k.fiezz suka dari jenis getah untuk tahan kena air. Cuaca kat Malaysia ni kan kejap hujan kejap panas. Kalau hujan, memang basah lah kasut. Dah basah satu hal. Lepas tu kasut pun tak tahan lama. Itu yang k.fiezz suka kasut jelly bunny (sebelum ni beli hat fake, hihi) ni sebab dia dari jenis getah. Kena air pun tak ada hal.
Lain kali boleh beli lagi design lain pula. hehe. Tapi cari yang ada offer je lah.
Dah kenapa gedik beli kasut jelly bunny ni. Kalau yang baca blog k.fiezz, ada kot terbaca entry yang k.fiezz baru beli kasut-kasut murah dari satu kedai shopee masa kedai tu buat live.
Sampai 3 pasang k.fiezz beli. Tapi 2 pasang dah out of service. Kasut pertama yang ada tapak sikit untuk pakai gi kerja. 1 lagi kasut flat untuk pakai jalan-jalan atau tukar-tukar pakai gi kerja. Kasut-kasut ni baru lagi beli tau. Tapi yang nak pakai untuk gi kerja tu, dah rabak. Hat sepasang tu baru pakai hari pertama. Pagi pakai elok lagi. Petang time balik kerja, dah rabak weii. Adeh. Sabor je lah sis nengoknya. Esoknya pakai yang sepasang lagi elok sampai ofis, sebelah tapak dah lekang. Apakah?Memang dasar murahan betul kasut-kasut tu. Nasib baik ada kasut backup mak k.fiezz bagi tahun lepas. Tapi kasut tu pun tak boleh nak pakai selalu sebab material dia takut lama-lama rosak. Sesekali boleh lah pakai.
K.fiezz nak cari kasut flat yang jenis getah macam kasut jelly bunny ni untuk buat basahan pakai gi kerja hari-hari (buat masa ni masih bergilir lagi).
Itu yang k.fiezz beli kasut jelly bunny ni. Biar mahal, janji tahan lama. Hah, gitu.
Entry berkaitan > KASUT <
KASUT JELLY BUNNY ORIGINAL & FAKEPatut lah ramai suka kasut jelly bunny ni walaupun mahal sebab selesa rupanya. Sis baru tahu. Kalau baca review kat kedai shopee Jelly Bunny ni, siap ada yang boleh beza bau ori & fake kasut jelly bunny. Amboi sampai bau pun boleh tahu yea. Betul peminat kasut jelly bunny authentic ni.
K.fiezz yang tak cerewet ni, tak boleh nak beza lah bau kasut jelly bunny original & fake yea. Sis pakai je kasut. Janji selesa & bila jalan kaki tak sakit. Itu yang penting.
Rating kasut jelly bunny ribbon ni - k.fiezz bagi 10 bintang.
Korang nak cari kasut jelly bunny authentic, boleh klik link di bawah.
HAPPY SHOPPING!!!
Klik > JELLY BUNNY AUTHENTIC
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/09/Kasut-Jelly-Bunny-Selesa-Pakai.html