Kasih Seorang Abang Dialah Ibu Dialah Ayah


SEREMBAN: Ketika remaja lain menikmati kesenangan hidup bersama ibu bapa dan rakan, seorang remaja berusia 19 tahun sebagai anak sulung daripada lima beradik terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Muhammad Hailfie Jasni yang bakal menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini kini bekerja sambil belajar bagi menampung kehidupan dua adiknya selepas kematian bapa pada awal tahun ini manakala ibunya pula meninggalkan mereka pada tahun 2016.

Dua adik yang dijaganya, Muhammad Hailzrul, 15, bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) manakala Normia Zahrah, 12, akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dua lagi adiknya, Muhammad Hailrun, 18, dan Normi Azrina, 16, berada di bawah jagaan ibu saudaranya di Sepang.

Katanya, dia mencari ikhtiar hidup dengan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera dengan gaji sebanyak RM500 sebulan selepas kematian bapa.

“Saya tidur tiga jam sehari. Rutin harian saya jam 8 pagi hingga jam 4 petang ke sekolah, jam 5 petang hingga tengah malam saya bekerja.

“Pada jam 4 pagi, saya mengulang kaji pelajaran sehingga jam 6 pagi. Selepas itu, saya menyiapkan sarapan, kelengkapan dan menghantar adik-adik ke sekolah dengan motosikal satu-satunya peninggalan arwah bapa.

“Adik-adik adalah nyawa saya dan harta yang bapa tinggalkan. Amanat akhir bapa, jangan sesekali berpisah. Sebab itu, saya bimbang jika mereka diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui BH di rumah sewanya di Tmn Negeri Ampangan, di sini, hari ini.




Muhammad Hailfie berkata, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, bapa, kakak, abang, imam, kawan dan guru kepada adik-adik.

Katanya, ketabahan bapa berjuang melawan penyakit kanser tiroid sehingga nafas terakhir demi anak-anak dijadikan pembakar semangat setiap kali dia berasa sedih dan kecewa.

“Saya masih ingat pada 2016, ibu bercerai dan meninggalkan arwah abah selepas disahkan menghidap usus pecah. Ketabahan arwah amat luar biasa. Selepas seminggu menjalani pembedahan, dia terus kembali bekerja demi mencari nafkah untuk anak-anaknya.

“Malah ketika doktor memaklumkan jangka hayatnya tinggal tiga bulan sahaja lagi, arwah tetap yakin dia boleh sembuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, demi memujuk hati arwah bapanya, dia memberitahu tempoh tiga bulan itu bukan jangka hayat tetapi tempoh doktor menjaga bapanya untuk pulih seperti sedia kala.

Muhammad Hailfie pernah berjaya mencatat keputusan 6A ketika Sijil Pelajaran Malaysia tetapi memutuskan untuk mengambil STPM demi menjaga adik-adiknya ketika arwah bapa sakit.

“Tiada lagi bermain futsal atau keluar makan dengan rakan-rakan. Kehidupan saya hanyalah untuk adik-adik.

“Perjalanan hidup adik-adik saya masih jauh. Arwah bapa tidak meninggalkan harta benda tetapi mendidik kami adik beradik dengan nilai diri yang terbaik. Kami saling membantu dan melindungi satu sama lain,” katanya sebak.

Beliau yang bercita-cita menjadi pakar ekonomi berharap adik-adiknya menerima bantuan untuk persekolahan.

BH difahamkan JKM dan Baitulmal sudah menerima permohonan Muhammad Hailfie yang dikemukakannya sendiri, baru-baru ini.

“Saya menghubungi pemilik rumah sewa kami, Noor Ashikin Radzali memaklumkan tunggakan sewa selama enam bulan belum dapat dibayar, harap Baitulmal luluskan permohonan,” katanya.

Orang ramai yang sudi menyumbang boleh terus ke akaun CIMB Muhammad Hailfie iaitu 7623759441 atau menghubungi 011-21098195

Sumber : Berita Harian
Admin : Tahniah anak muda... terpilih disaat muda untuk diujiNYA dengan ujian sebegini berat... kepada adik-adik jangan lupa jasa abang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/02/kasih-seorang-abang-dialah-ibu-dialah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Ternyata Lebih Bahagia Dalam Merawat Anak Dibanding Seorang Ibu

Ayah Ternyata Lebih Bahagia Dalam Merawat Anak Dibanding Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 326 hits
Seorang ayah juga menunjukkan emosi positif yang lebih besar serta lebih sedikit cekcok dalam rumah dibanding ibu Hasil yang serupa juga ditunjukkan jika dibandingkan terhadap mereka yang tak memiliki anak
Allahuakbar Mana Kasih Seorang Ayah Satu Badan Kesan Parut Wayar Periuk Nasi Gara Gara

Allahuakbar Mana Kasih Seorang Ayah Satu Badan Kesan Parut Wayar Periuk Nasi Gara Gara

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 362 hits
Allahuakbar Mana Kasih seorang Ayah Satu Badan Kesan Parut Wayar Periuk Nasi Gara Gara Tindakan memukul anak untuk tujuan memberi didikan adalah harus Namun tidak boleh keterlaluan sehingga memberi kesan terhadap fizikal dan mental kanak ka...
Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 578 hits
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghormati orang...
Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 481 hits
Selalu dipersalahkan dipaksa matang awal mengalah Hati hatilah 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar Dialah penghuni pertama rahim ibu yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 549 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Kasih Ibu Monyet

Kasih Ibu Monyet

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 523 hits
Haiwan juga mempunyai naluri keibuan yang kuat Antara binatang yang sering memperlihatkan sifat keibuan menjaga dan kasih kepada anaknya ialah monyet Tengok gambar ini Biarpun siibu dalam keadan luka berdarah dan tentunya sedang menahan kes...
Kisah Viral Seorang Ayah Gantikan Almarhum Anaknya Saat Wisuda Sedih Dan Haru Membaur Jadi Satu

Kisah Viral Seorang Ayah Gantikan Almarhum Anaknya Saat Wisuda Sedih Dan Haru Membaur Jadi Satu

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 356 hits
Perjuangan Alm Rinna untuk lulus ini bisa kamu jadikan pelecut semangat agar nggak malas malasan garap skripsi
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia