Kashmir 3 9 April 2019 8 April 2019 Taj Mahal S K Cottage Industri Leather House Factory
HARI KEENAM : 8 APRIL 2019 (1)
Hotel Taj Vilas - Taj Mahal - S.K. Cottage Industries
- India Leather House Factory Outlet
(Rasa Tercipta Dan Syair Terukir)
Breakfast
Dinning Taj Vilas
5.04 pagi, solat subuh. Rasa terharu berada di bumi asing. Sejauh 3670.91 km dari KLIA. Sekalipun hujan emas, rindu kampung halaman bagaikan menusuk kalbu. 6.31 pagi, turun lif dengan beg sekali. 6.35 pagi, breakfast. Terasa pula rindu dengan nasi lemak.
Lobby Lounge
7.04 pagi, naik bas. Adieu Taj Vilas. Jalan Fatehabadpagi-pagi lagi dah sibuk. Kereta dan 3 wheeled car berlalu-lalang membawa penumpang. 7.24 pagi, sampai di destinasi. Beberapa pedagang cilik juga turut sibuk menawarkan pelbagai souvenir. 7.26 pagi, berkumpul di bawah pokok Banyan. Mendengar taklimat dari En. Shan.
Waiting Time
Morning Ride
7.28 pagi, mengikut laluan ke Taj Mahal. Melintasi restoran Thai Tea Pancho. Sepanjang jalan pedagang jalanan mendesak dan merayu. 7.31 pagi En. Shan mengedar tiket barcodesebgai boarding pas. 7.33 pagi, sampai di pintu gerbang utama.
Bersama
Melangkah
Masuk ikut lorong jantina. Seterusnya melalui pemeriksaan badan dan hand luggage. 7.46 pagi, masuk pintu gerbang. Bagaikan a breathtaking moment, rasa terpukau melihat Taj Mahal dari kejauhan. “Di mata ia bertahta di hati ia bersemi”. Lalu menguasai seluruh penglihatan dan pendengaran.
Right Step
Walkway
Pedestrian
Seiring
Sehaluan
Lambang seni bina Moghal abad ke 17. Gabungan unsur-unsur seni bina Persia, Turki dan India. Menjadikannya simbol pengabdian seni Muslim India terkini. Ianya sebuah kompleks bersepadu. Merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
Lambaian Pohon
Pintu Gerbang
Seterusnya menghampiri Taj Mahal. Bagaimanapun tak dapat mengelak dari pesona taman dan kolam. Bagaikan terperangkap di setiap pentas dan sudut. Mengabadikan setiap penglihatan dan setiap perasaan. Demikian keindahannya yang sukar diungkap dan keseniannya yang sukar disingkap.
Rasa Tercipta
Syair Terukir
Tamannya bagaikan bayangan syurga. Menjadi habitat flora dan fiona. Lalu menyerikan setiap sudut pandangan. Semakin hampir semakin terserlah. Auranya bagaikan menguasai setiap langkah. Aromanya bagaikan memenuhi seluruh sudut taman. Terasa kehormanian dan kedamaian menguasai seluruh perasaan.
Pesona Taj Mahal
Kedamaian
Keharmonian
7.17 pagi, tidak sedar. Tiba-tiba sudah berada didepan pintu masuk Taj Mahal. Terpaksa memakai alas kaki plastik. Kemudian masuk ke dalam. Replika makam terletak di tengah-tengah. Bersama-sama dengan pengunjung lain memberi penghormatan kepada dewi cinta.
Pengabadian
Lambang Cinta
8.27 pagi, keluar melalui likuan. Kelihatan Sg. Yamuna yang setiasa mengalir di sisinya. Bagaikan menyimpan rahsia percintaan yang berabad-abad lamanya. Alunannya bagaikan membisik kata-kata cinta. 7.33 pagi, turun tangga mengikut, way to exit. Seterusnya bergerak masuk taman. Kelihatan semakin ramai pengunjung, bertali arus.
Warisan Dunia
Demikian Taj Mahal menjadi tapak warisan dunia UNESCO. Lambang percintaan Maharaja Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Dari “rasa yang tercipta hingga ke syair yang terukir”. Bait-bait cintanya terus membisik rasa, bagaikan berkurun-kurun lamanya. Lalu meninggalkan pewaris-pewaris cinta yang memburu rindu di sepanjang zaman.
B P7 Electrie
Kereta Eletrik
9.10 pagi, keluar dari gerbang utama. Melalui pohon banyan dan mimusopsyang berusia ratusan tahun. Sekian lama menjadi saksi sejarah. 9.21 pagi, naik kereta eletrik B P7 electrie. Pedagang jalanan cuba mengerumuni. Malah terus mengejar apabila kereta bergerak. 9.21 pagi, berhenti di pintu pagar.
Kemudian melintasi jalan yang sibuk. Terpksa tour leader menahan kereta untuk memberi laluan. 9.28 pagi, masuk bas. 9.31 pagi, baru bertolak. Juru gambar ada dalam bas. Lalu menuntut bayaran untuk setiap keeping gambar. 9.37 pagi, masuk simpang kiri. Jalan kecil tetapi agak sibuk dengan kenderaan bersimpang siur dan bunyi hon saling bersambut.
Cottage Industry
9 Pachikaqri
16 Generasi
9.38 pagi, berhenti di hadapan S.K. Cottage Industries,di Jalan Fatehabad Pengeluar dan pengeksport marble handcrafts. 9.47 pagi, masuk dan mendengar taklimat. Kemudian menyaksi demonstarsi seni ukiran. Dikatakan 9 jenis pachikari telah diwarisi daripada 16 generasi. Warisan yang telah menghasilkan pelbagai seni tangan yang berkualiti.
Pachikariadalah teknik potong dan pasang. Membentuk imej pelbagai rupa dan warna pada batu marmar. Daripada batu-batu berwarna yang digilap dan dicantum menghasilkan imaginary images. Cantuman berbagai bentuk dan warna begitu halus dan seni. Sehinggakan sukar melihat garis atau lekok cantuman.
9.44 pagi, masuk show room. Mempamirkan seni tradisi Parsi yang menakjubkan. Kehebatan seni yang sukar ditandingi. Keindahan kombinasi yang sukar disaingi. Keharmonian ciptaan benar-benar menyentuh deria rasa. Hanya mampu menikmati tetapi tak mampu memilikinya.
Tidak hairan harganya menjangkau ratusan ribu. Sesuai dengan keunikan seni turun-temurun dan aura tradisi yang mampu bertahan berkurun-kurun lamanya. 10.13 pagi, akhirnya membeli replika Taj Mahal yang bernilai 1600 ropee. Bukan terletak pada harganya tetapi nilai sentimentalnya.
Leather House
Factory Outlet
10.28 pagi, baru keluar dari tradisi Persia. 10.35 pagi, bertolak. Jalan mula sibuk dengan pedestrian, kereta, motor 3 tayar, bas dan lori. Hanya jalan sehala tanpa garisan di tengah-tengah. Tiada traffic light untuk mengawal. 10.41 pagi, berhenti di India Leather House Factory Outlet untuk barangan kulit.
Banyak pilihan tetapi kadang-kagang tidak berkenan. 10.54 pagi, membeli tali pinggang kulit 1500 rupee. Umi pula membeli handbagkulit 3900 rupee. Masing-masing membeli ikut cita rasa, yang “berkenan di mata dan terkesan di jiwa”. Kadang-kadang kerana kulit beberapa orang terbelit.
11.11 pagi, di luar kedai pedagang jalanan sudah menunggu. Bagai menahan lukah di pergentingan. Merayu dan mendesak. Kadang-kadang hanya menghulur simpati. 11.14 pagi, bertolak. Melalui Bandar Agra. Agak kotor dengan sampah sarap dan berdebu. Tiada parking lot, Kenderaan parkir tak ikut tempat tetapi ikut sempat.
Bayangan Taj Mahal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qalamalam.blogspot.com/2019/05/kashmir-3-9-april-2019-8-april-2019-1.html