Karya Melawan Bantu Perjuangan


 

Sejak era reformasi tercetus pada September 1998 di mana krisis politik bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, ia mencetus protes besar-besaran rakyat. Protes datang dalam berbagai cara. Antara yang paling besar ialah demonstrasi jalan raya yang diadakan setiap hari.
Kemudian bilangan pesertanya semakin hari menjadi semakin ramai terutama pada hujung minggu. Mereka menunjuk perasaan meluahkan bantahan dan mengecam tindakan Mahathir. Sepanduk dan kain rentang yang bertulis kata-kata perjuangan menghiasi rapat umum.
‘Undur Mahathir!”, ‘Hidup Rakyat!’, dan ‘Reformasi!’ merupakan slogan yang sering dilaungkan para penunjuk perasaan.

Ketika itu internet masih belum meluas lagi. Tiada telefon pintar dengan capaian yang luas. Segala maklumat dirujuk pada bahan bercetak seperti akhbar mingguan dan risalah, juga menggunakan pita kaset, dan pita video. Itu cara maklumat disebarkan waktu itu memandangkan media arus perdana seperti TV dan suratkhabar menggelapkan semuanya. Selain risalah bercetak, para reformis mencetak kemeja T, pelekat, topi, dan selempang untuk dijual dan dipakai sebagai unjuk rasa.
Dengan menggunakan media cetak inilah satu lagi kaedah perlawanan digunakan. Seniman-seniman yang menggunakan kertas dan dakwat untuk berlawan menyemarakkan lagi semangat melawan. Sajak, lukisan, catan, kartun, dan karya grafik bertemakan protes muncul di medan perang membedil kerajaan. Seniman-seniman ini membuka satu lagi jalur perjuangan selain perhimpunan jalan raya dan penyebaran pita rakaman.
Penyair seperti Dinsman antara yang aktif melahirkan sajak dan puisi melawan. Sajak bertajuk “Macam Orang Gila” oleh Dinsman cukup popular waktu itu dalam mengkritik kepimpinan Mahathir.
Kemudian muncul aktivis persembahan seperti Hishamuddin Rais bersama anak-anak muda membikin teater seperti Tok Ampoo, Tok Sloo, dan lain-lain. Di pentas ceramah mereka dijemput membaca sajak-sajak mereka, mempersembahkan teater mereka.
Dalam bidang kartun pula, perlawanan kartunis Zunar menentang kerajaan Barisan Nasional tidak pernah pudar. Tahun-tahun awal reformasi banyak karyanya disiarkan di Harakah, akhbar mingguan milik PAS.
Kemudian Zunar menerajui akhbar Suara Keadilan. Di situ ruangan kartun politik diberikan luas untuk kartunis-kartunis muda yang sealiran mencurahkan karya. Antaranya Enot, Haili, Jonos, dan saya sendiri. Kemudian pasukan kartunis ini mengambil langkah lebih berani menerbitkan majalah kartun politik bulanan. Pada September 2009 muncullah majalah bertajuk Gedung Kartun isu pertama yang pada hari kedua ia berada di pasaran, pejabat penerbitan majalah tersebut diserbu Kementerian Dalam Negeri yang merampas dan kemudian mengharamkan penerbitannya.
Penerbitan tetap diteruskan bulan seterusnya dengan menggunakan tajuk “Isu Dalam Kartun Vol 1”, “Isu Dalam Kartun Vol 2”, dan “Isu Dalam Kartun Vol 3”. Tekanan yang diberikan kepada penerbitan ini cukup kuat malah pengedar dan penjual juga diberi amaran oleh pihak berkuasa agar tidak menjualnya. Jika engkar akan dikenakan tindakan undang-undang.
Penerbitan majalah ini gagal bertahan tetapi penerajunya Zunar terus berkarya walaupun beberapa kali ditangkap.
Seniman seni grafik, Fahmi Reza sehingga hari ini masih terus mengeluarkan karya satira yang menyindir penguasa. Berbeza dengan kartunis-kartunis lain yang dilihat memihak kepada Pakatan Harapan, Fahmi Reza ‘membahan’ keduanya sekali sama ada Barisan Nasional begitu juga Pakatan Harapan. Mahathir, Hadi Awang, Anwar, Lim Guan Eng semuanya menjadi mangsa Fahmi. Grafiknya menarik dengan menggunakan logo atau lambang tertentu, diselitkan dengan kenyataan lucu pemimpin politik tersebut. Karya satira Fahmi mendapat sambutan hebat dari peminat politik.
Fahmi Reza sendiri entah berapa kali naik-turun balai polis dan mahkamah dek kerana orang-orang yang tidak senang dengan karyanya melaporkan kepada polis.
Hari ini media sosial sudah tidak terkawal lagi perkembangannya. Banyak laman lahir dengan membawa karya-karya protes. Grafik, cantuman foto, dan dialog mengkritik kerajaan dan parti politik muncul dengan banyaknya. Begitu juga video di You Tube, Tik Tok begitu banyak sketsa, drama berbentuk satira politik muncul.
Seniman-seniman semakin berani menggunakan kemahiran dan bakat untuk mengkritik isu semasa dan perkembangan politik. Ini amat dialu-alukan kerana menunjuk rasa melalui seni lebih cepat menyerap dan menangkap. Satira lebih mudah sampai ke imaginasi rakyat sebab ia disampaikan dengan nada humor tetapi berbisa. Imej-imej ini lebih lama melekat dalam fikiran pembaca.
Karya para seniman sentiasa diperlukan untuk menjadi senjata mengkritik dasar dan pelan kerajaan. Pendek kata, seniman dan karyawan mampu menjadi ‘pembangkang’, mendidik rakyat melalui karya serta melahirkan karya yang mewakili suara rakyat. Kerana itulah seniman dan karyawan harus bebas dan tidak terikat menyokong mana-mana pihak dalam menyuarakan karyanya.
Seniman dan karyawan harus menjadi mata dan telinga rakyat, tidak bersekongkol dengan politik kotor, tidak mengampu, atau menyokong buta-buta sebaliknya harus berasakan bakat dan kemahiran yang dikurniakan kepada mereka tanggungjawab sesama manusia.
Seniman mesti menjadi wira bukan pembodek! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/12/karya-melawan-bantu-perjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 197 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Pemkab Tangerang Kirim Bantuan Logistik Dan Relawan Bantu Korban Gempa Cianjur

Pemkab Tangerang Kirim Bantuan Logistik Dan Relawan Bantu Korban Gempa Cianjur

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 121 hits
Selain bantuan makanan BPBD Kabupaten Tangerang juga menerjunkan 13 personel Pemadam kebakaran dan 11 relawan untuk membantu evakuasi korban
Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 194 hits
Mainan sememangnya baik untuk perkembangan anak anak kita Jangan lokek untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk belikan mainan anak Namun jangan terus beli bila anak mahu sebaliknya kenal pasti dahulu mainan jenis mana yang terbaik untuk anak...
Seronok Tengok Usaha Dia Bantu Islamkan Mualaf Faizal Tahir Raih Pujian Ramai

Seronok Tengok Usaha Dia Bantu Islamkan Mualaf Faizal Tahir Raih Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 144 hits
Baru baru ini penyanyi berbakat besar iaitu Faizal Tahir telah mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya Menerusi hantaran tersebut penyanyi berusia 44 tahun itu dilihat mengislamka...
Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Langkah penjimatan yang dinyatakan Perdana Menteri termasuk tidak membuat pengubahsuaian di pejabat menteri membolehkan tumpuan diberi pada pembangunan negara dan menyelesaikan masalah rakyat Menyambut baik langkah itu Presiden...
Pm10 Harap Bantu Kesian Member Kerana Kambing Kena Denda Rm5k Bayar Cagaran Rm6k

Pm10 Harap Bantu Kesian Member Kerana Kambing Kena Denda Rm5k Bayar Cagaran Rm6k

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 130 hits
Seorang penternak kambing didenda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memindah 20 ekor kambing jantan hidup tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada Oktober lepas S Davam...
Tabung Kecem4san Nad Zainal Dilancarkan Bantu Tampung Kos Rawat4n Medikal Pak4r

Tabung Kecem4san Nad Zainal Dilancarkan Bantu Tampung Kos Rawat4n Medikal Pak4r

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 188 hits
Bagi meringankan beban keluarga rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecem4san Nad Zainal untuk kegunaan bayaran kos rawat4n aktres itu yang masih dir4wat di hospital sejak lebih seminggu lalu Ringan beban keluargaMenurut hantaran akt...
Didiklah Anak Rasa Syukur Tak Berkira Bantu Orang Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup

Didiklah Anak Rasa Syukur Tak Berkira Bantu Orang Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 142 hits
Dalam keadaan sekarang untuk mendidik dan membesarkan anak memang satu cabaran besar buat ibu bapa Apatah lagi perlu berdepan perkembangan pesat teknologi canggih termasuk gajet yang banyak memberi pengaruh kepada pemikiran anak Perkara ini...
Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 233 hits
Setiap tahun kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak antara usia empat hingga enam tahun akan mula sibuk membuat pilihan tadika terbaik untuk anak masing masing Pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran yuran ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan