Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022


 

KUALA LUMPUR: Langkah penjimatan yang dinyatakan Perdana Menteri, termasuk tidak membuat pengubahsuaian di pejabat menteri, membolehkan tumpuan diberi pada pembangunan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.
Menyambut baik langkah itu, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata CUEPACS yakin langkah pertama itu adalah satu langkah tepat dan perlu diutamakan ketika ini berikutan jangkaan kos sara hidup yang bakal meningkat menjelang 2023.
Beliau berkata, semua kemudahan di pejabat menteri, sudah lengkap, malah lebih baik daripada kebanyakan pejabat kerajaan, khususnya di luar bandar.
"Semua pejabat jabatan kerajaan atau kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah ada kemudahan yang mencukupi untuk mereka mula bekerja, termasuk segala kemudahan perabot dan alat tulis.
"Tidak ada keperluan untuk mereka menambah baik peralatan pejabat khususnya perabot. Pejabat di Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah lengkap. Masuk pejabat, boleh terus mula kerja.
"Untuk memenuhi cita rasa peribadi, walaupun kerajaan ada menyediakan peruntukan, ia dilihat sebagai proses buang masa dan membazir duit kerajaan kerana kemudahan itu sudah sedia ada dan fungsinya tetap sama," katanya kepada BH.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, cita rasa peribadi tidak dapat membantu rakyat, sebaliknya usaha dan hasil kerja anggota Kabinet membantu rakyat adalah lebih penting.
Berkongsi pendapat sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan Perdana Menteri itu paling diperlukan oleh rakyat ketika ini.
Beliau berkata, subsidi minyak yang menelan belanja puluhan bilion ringgit perlu ditangani segera dan langkah penjimatan di peringkat kepemimpinan negara adalah satu langkah yang baik.
"Pemimpin harus tegas, menunjukkan contoh yang baik. Perubahan itu datang dari atas. Perkara kecil seperti menukar permaidani dan sebagainya, nampak kecil tetapi impaknya besar," katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata langkah penjimatan oleh Ahli Parlimen tidak terhenti di peringkat pengubahsuaian pejabat.
"Ketika saya masuk Kementerian Sumber Asli, saya kurangkan perbelanjaan makanan dalam pejabat ketika mesyuarat. Melalui Ketua Setiausaha kementerian, saya beritahu, saya tak mahu lihat lagi pembaziran makanan seperti itu.
"Jika mesyuarat tengah hari, hanya makanan tengah hari disediakan, tidak perlu pagi, minum petang, minum pagi dan sebagainya," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkongsi pengalaman bermesyuarat di luar negara, yang mana tiada makanan berat dan banyak dihidangkan ketika mesyuarat.
"Kebiasaannya, mungkin air dan sedikit kudapan seperti biskut dan sebagainya. Tapi di Malaysia, satu mesyuarat sehingga lima kali makan. Jika dapat kurangkan perbelanjaan seperti ini, kementerian dapat jimat jutaan ringgit," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Batang Lupar itu berkata, beliau juga tidak membuat pengubahsuaian di pejabatnya dulu, kecuali menempah kerusi khas untuk masalah sakit belakang yang dialaminya.


Artikel oleh: Berita Harian
LANGKAH PENJIMATAN BANTU FOKUS PADA PEMBANGUNAN NEGARA, SELESAI MASALAH RAKYAT

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032553/langkah-penjimatan-bantu-fokus-pada-pembangunan-negara-selesai


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/11/langkah-penjimatan-bantu-fokus-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Penjimatan Anwar Disambut Baik Harian Metro 28 11 2022

Langkah Penjimatan Anwar Disambut Baik Harian Metro 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 196 hits
Kuala Lumpur Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam sambut baik langkah penjimatan awal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta saranan beliau supaya anggota kabinet tidak membazirkan wang kerajaan bagi perb...
Tpm Hentikan Provokasi Fokus Pembangunan Negara

Tpm Hentikan Provokasi Fokus Pembangunan Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 150 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 3 2022 10 24 AMTimbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak supaya menghentikan provokasi serta tindakan yang menggugat kestabilan sehingga menimbulkan kegusaran rakyat Pengerusi BN itu ber...
Negara Ketirisan Puluhan Bilion Ringgit Projek Vaksin Covid 19 Sidang Media Ppim 26 11 2022

Negara Ketirisan Puluhan Bilion Ringgit Projek Vaksin Covid 19 Sidang Media Ppim 26 11 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 228 hits
Sejak musim kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 bermula banyak salahlaku bekas pemimpin negara yang telah didedahkan pihak kawan dan lawan Antara yang menarik perhatian kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia ialah dakwaan salahguna pembelian ...
Ppim Sifatkan Cptpp Cubaan Sabotaj Ekonomi Rakyat Media Variasi 29 11 2022

Ppim Sifatkan Cptpp Cubaan Sabotaj Ekonomi Rakyat Media Variasi 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik yang efektif esok sebagai cubaan mensabotaj ekonomi tempatan negara Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang t...
Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID 19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu Ket...
Cari Penyelesaian Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Sinar Harian 29 11 2022

Cari Penyelesaian Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Sinar Harian 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 148 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu segera mencari solusi terbaik dalam membantu rakyat menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata peningkatan kos sara hidup itu amat membeb...
Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 252 hits
SHORTS SINAR LIVE 29 NOVEMBER 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan baharu perlu mewujudkan jawatan khas bagi mengawal isu ayam manakala NGO boleh bertindak sebagai pemantau Sumber Sinar HarianPERLU...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi