Karya Chinta Monoloque Njwa
Chinta adalah nukilan daripada album Lagu Perang (Bunyi-Bunyian Gamelan Malaysia Abad ke-21) yang kini telah pun bermain secara visual di Youtube dalam bentuk filem pendek.
Karya ini adalah sebuah adaptasi daripada cerita rakyat Mahsuri yang semakin dilupakan dek peredaran zaman. Uniknya kali ini, monoloQue hadir dengan penceritaan ‘stop-motion’ sebagai sebuah cara penghayatan dunia animasi, di samping memiliki elemen tradisional.
Seni Tradisi Dipertahankan
Percanggahan ini dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan seni zaman silam dan tradisional dalam bentuk yang berbeza. Sejajar dengan nama album ini sendiri, Chinta juga dimainkan dengan bunyi-bunyian gamelan sebagai instrumen pilihan yang dijayakan oleh Orkes Pahang Gamelan Diraja.
Memetik kata-kata Dato’ Farid iaitu Penaung Perbadanan Muzium Negeri Pahang, cita-cita dia untuk menaikkan martabat gamelan kini semakin tercapai, “Usaha ini sebenarnya adalah untuk mengembalikan ingatan kita kepada kesenian lampau yang pernah memenuhi ruang Istana Kesultanan Pahang yang penuh bersejarah – ia bukan sekadar untuk membangkitkan kenangan dan kebanggaan tetapi agar dapat terus hidup subur serta menghiburkan kita pada hari ini, esok dan insyallah selama-lamanya. Apatah lagi, usaha ini berlandaskan niat untuk menempatkan gamelan di persada yang lebih gah lagi dan bukan sahaja di majlis rasmi mahupun perkahwinan semata-mata, tetapi diterapkan ke dalam muzik popular abad ke-21 juga.”
Menurut loQue pula, “Muzik Video Chinta adalah cita-cita saya untuk merelevankan kembali Gamelan Melayu baik daripada segi penceritaan, seni animasi dan paling penting seni bunyian di abad ke-21 ini. Stop Motion adalah satu medium animasi yang sangat leceh pembikinannya, namun hasilnya amat memuaskan, apatah lagi apabila video ini mengangkat cerita rakyat yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia, tetapi kian dilupakan. Saya berharap melalui medium sebegini, generasi baru akan lebih mudah memahami dan menghargai warisan kita sendiri.”
Alunan Merdu Suara Emas
Lebih istimewa lagi, amanat untuk membawa ‘suara’ kepada lagu Chinta ini digemakan lagi dengan kehadiran NJWA. Pemilihan NJWA dianggap sebagai pemilihan yang tepat kerana ciri nyanyian serta pembawaan lagunya amatlah sesuai seolah-olah lagu Chinta ini ditulis khas buat NJWA sendiri.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton video muzik Chinta! Ia menjadi cerpen rakyat pendek yang berkisahkan tentang cinta, pengorbanan, stigma masyarakat dan hasad dengki yang masih lagi relevan dan berkait rapat sehingga ke hari ini. Anda boleh saksikan di Youtube saluran Warner Music Malaysia.
The post Karya Chinta monoloQue & NJWA appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/gaya-hidup/karya-chinta-monoloque-njwa/