Sayonara Kampung Bahru Karya Kontroversi Mengkritik Mentaliti
Karya terbaru saya "Sayonara Kampung Bahru" bakal terbit tidak lama lagi. Buku ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember 2018.
Ada apa dengan Kampung Bahru? Pasti ramai yang tahu akan kewujudan sebuah perkampungan melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sering kali menjadi perhatian pelabur-pelabur hartanah dan kunjungan pelancong-pelancong luar.
Mana tidaknya, dek kerana faktor lokasinya yang berada di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur, menjadikan ia unik di mata ramai dan menjadi lubuk emas membina kekayaan.
Selain daripada itu Kampung Bahru turut dikenali sebagai port syurga makanan. Dari makanan siam ke eropah semuanya ada. Setiap hujung minggu pasti penuh dan padat dengan manusia yang kelaparan.
Namun apa yang ingin diketengahkan dalam buku ini bukanlah soal lokasinya yang strategik dan bukan juga soal makanannya yang sedap. Perbincangan dalam buku ini jauh lebih penting dari soal lokasi dan makanan.
Dalam buku "Sayonara Kampung Bahru" saya mengetengahkan isu-isu panas yang dialami oleh kaum melayu bumiputera di Malaysia.
Ia bakal mencetuskan kontroversi. Apa-apa pun anda perlu baca dahulu.
Nantikan sesi resensi "Sayonara Kampung Bahru". Untuk mengetahui lebih mengenai buku yang bakal mengundang kontroversi ini.
*****
"Khasiat buku ini adalah anda akan merasa pahit dengan kebenaran, manis dengan kejujuran. Kedua-duanya adalah ubat memberi kebaikan kepada akal fikiran"
Tiga prolog dikongsikan sebagai buah mula pembacaan buku ini.
PERBEZAAN APABILA CINA DAN MELAYU MATI
“Satu Cina mati, satu jutawan dilahirkan, satu Melayu mati, satu tanah terpaksa digadaikan” Begitulah kata-kata seorang kenalan berbangsa Cina.
ANTARA DUA DARJAT
“Tanah ini dulunya milik kita, tetapi banyaknya pemilik condo-condo ini bukanlah dalam kalangan orang melayu kita. Tetapi orang-orang luar yang bekerja dan menetap di Malaysia. Hanya mereka yang berduit dan orang berpangkat yang duduk di condo itu”
KALAU BUKAN KITA MENGANGKAT, SIAPA LAGI?
Tidak perlu untuk sajikan pulut kuning dan bunga telur di setiap majlis keramain untuk mengatakan kita ini melayu. Tidak perlu juga menjunjung keris dan megucupnya di setiap perhimpunan untuk menunjukkan kita ini pejuang melayu.
Tetapi cukuplah dengan memperbaiki “janji” kita.
“JANJI MELAYU”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://catatanusahawan.blogspot.com/2018/10/sayonara-kampung-bahru-karya.html