Karnival Kewangan Terengganu Yang Awesome Padat Dengan Pengisian Yang Bermanfaat


Assalamualaikum. Hai!


Ingat tak CikSha pernah update entri Press Release tentang Bank Negara Malaysia (BNM) Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April bulan lepas? Haa..hari ni dah hari ketiga tau karnival ni berlangsung. Hari terakhir. Cadangnya CikSha nak pergi hari pertama. Tapi ada urusan urgent yang kena buat hari Khamis tu, jadinya tunda la pergi semalam.





Sebelum tu, CikSha nak cerita dulu la pengalaman pergi dengar sidang media dari pihak BNM bulan Mac hari tu. Press release pertama yang CikSha hadir sejak start aktif balik tulis blog ni. Eh? Rasanya memang yang pertama kali la sepanjang 10 tahun jadi penulis blog. Pengalaman baru bagi CikSha.

Sidang Media Karnival Kewangan Terengganu
Masa sidang media tu, ada 4 orang panel yang bagi penerangan tentang karnival kewangan ni.Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), dan Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA). 

Selain sesi penerangan, ada juga sesi soal jawab antara pihak media dengan panel-panel jemputan. Ada la wakil blogger dan wakil dari surat khabar yang bertanyakan soalan. CikSha melangut je dengar. Spesis 'pemalu' gitu.


Panel-panel jemputan yang bagi taklimat dan penerangan

Sebenarnya saja nak tayang pen kesayangan tu. Hihi.

Wakil Media Blogger Terengganu

Bersama Datin Arlina Ariff. CikSha tengah rentung ye masa ni sebab baru balik dari Pulau Redang. Mujur nampak jugak muka. Haha.

Lepas sidang media ni, kami berpeluang jumpa face to face dengan Datin Arlina Ariff sendiri tanya apa-apa yang nak ditanya. Dapat juga sembang-sembang dengan pengurus BNM Terengganu sebelum balik. Friendly sangat dua-dua. Tak kekok nak cakap-cakap. Biasa la blogger ni mostly mulut macam bertih jagung. Tapi bukan CikSha la. I menyelit tepi-tepi je. Hihi.


Masa kat BNM tu kami semua blogger yang hadir dapat la check CCRIS kat kaunter dan dapat penerangan ringkas dari staff macam mana nak baca maklumat yang tertera dalam slip. CikSha punya rekod tak comei. Sebab PTPTN le apa lagi. Bayar tak konsisten. Padan muka! Bila la nak langsai hutang cheq nan satu tu. Alahaiiii. Kena kerja kuat lagi ni nampaknya cari pitis nak membayo sampai habes. Misi 2019! Chaiyok CikSha!

Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat
Sebenarnya, karnival kewangan ni dah pernah ada dah sebelum ni. Tahun 2017 kat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Tahun 2018 kat Alor Setar. Tahun 2019 ni, BNM dengan kerjasama beberapa pihak buat Karnival Kewangan secara 'havoc' buat julung kali kat area pantai timur pulak. Terengganu jadi lokasi utama.


Suami ada rekod WTD RM80. CikSha takde. Maksudnya akaun BSN dengan Muamalat aktif lagi. Nanti kena pergi check la. Duit ada la boleh tahan dalam tu.

Teman suami check CCRIS. Clean weh rekod dia. Haishhh. Jeles betol!

So, semalam CikSha pergi Karnival Kewangan ni sebagai orang awam sambil jadi 'wakil media blogger' gitu nak mengulas pasal event ni. Aiseh. Poyos gila. Hihi. Takde la. Orang bukan tahu pun CikSha ni blogger ha. CikSha bukan blogger popular tahap retis sampai merata orang kenal. Blogger sendu je pun. Hihi.


Sampai je kat TH Hotel and Convention Center tu, CikSha roger dulu PR Mr. Leon untuk maklumkan kehadiran. Jumpa la dia kejap isi borang. Lepas tu baru enjoy the event. Oh. CikSha pi ni bukan sorang-sorang. Usung habes la kesayangan hati pi sekali. Enjoy sama-sama gitu.


Dengar 'pocket talk' tentang Jadilah Peminjam Yang Bijak dari KPKT
 
Bagi anak-anak naik pentas juget-juget dengan maskot. Tapi depa cuak. Hahaha.

Best la karnival ni. Serius memang awesome sangat. Pengisian program padat dan penuh informasi. Booth yang ada pun semuanya terbaik. Memang rugi kalau tak pergi sebab masa ni la kita boleh nak tanya semua pasal isu kewangan kita. Nak check CCRIS, Wang Tak Dituntut, layak ke tak buat pinjaman, cara nak urus pembayaran hutang dan macam-macam lagi. Sesi Pocket Talk pun ada macam-macam isu yang didedahkan. Eh, pendek kata macam-macam ada!


Untuk anak-anak pun ada Sudut Kanak-Kanak yang ada macam-macam aktiviti dibuat sepanjang program. Non-stop tau. Best! Mak bapak pun boleh nyibok join sekali. Masa CikSha dengan suami bawa anak-anak pergi sudut ni ada aktiviti nak buat tabung. Seronok la abang Adan dengan Iman. Lepas tu, parents yang ada situ kalau tunjuk bukti dah follow Instagram @bnmmag boleh dapat free gift. CikSha dapat satu! Hihi.



Aktiviti mewarna dan buat tabung kat sudut kanak-kanak

Pakwe dan si encem Iman dengan maskot BSN. Nanti i pi na check akaun yang dah lama sendu tu.

Kami tak sempat nak habeskan kumpul 20 cop dalam passport yang dapat masa pendaftaran. Dapat 10 cop je. Tak sempat nak jelajah semua booth yang ada. The 3 stujes tu dah mengamuk. Sebab time tido petang depa dah kena kacau. Hihi. Tak dapat la nak tebus payung percuma. Takpe la. Bukan rezeki la tu. Tapi dapat rezeki lain. Dapat baucer KFC RM30 masa dengar pocket talk pasal Jadilah Peminjam Yang Bijak. Ummi dapat beg masa kat sudut kanak-kanak tu. Abah dapat sticker, pen dengan notebook masa main game kat booth PIAM. Jadi le tu kan.


Sepanjang program ada banyak kali Cabutan Bertuah dibuat jugak tau. Siapa yang bertuah masa tu dapatlah hadiah yang lumayan. Untung sangat. Tapi kena cukup jelajah semua booth yang ada dan lengkapkan passport dengan 20 cop, baru nama dapat masuk dalam cabutan bertuah. Haaa, effort tu kena ada la kan. Hihi.



Bersama dengan blogger Sis Gee dan Mek Yuni
 
Bergambar dengan blogger kak Zura pulak yang baru sampai kat situ.

Pada pandangan CikSha, walaupun julung kali dibuat kat Pantai Timur, sambutan alhamdulillah nampak meriah. Ramaiiii sangat yang pergi. tak putus-putus tau orang duk mai. Sekolah-sekolah pun ada juga bawa rombongan pelajar-pelajar datang pi karnival ni. Pendedahan yang baik dari peringkat awal umur. Semoga adik-adik tu dapat ilmu yang sepatutnya tentang kewangan untuk masa depan dorang.


Bab kewangan ni memang bagus sebenarnya kita didik anak-anak dari kecil. Biar dorang tahu kepentingan menyimpan duit, cara buat pinjaman yang betul, isu-isu semasa tentang penipuan kewangan seperti scam dan lain-lain. Takde la dah besar nanti jadi mangsa penipuan ke kan. Tak pun muda-muda lagi dah kena isytihar bankrup sebab hutang keliling pinggang.


Tahniah Bank Negara Malaysia sebab berjaya anjurkan karnival yang sangat bermanfaat macam ni. Semoga di masa-masa akan datang, karnival ni dapat dibuat di seluruh negeri dalam Malaysia supaya lebih ramai orang dapat pendedahan yang lebih jelas dan meluas tentang kewangan.



Bisik-bisik :: CikSha pun tengah belajar urus kewangan sebab kerja sendiri ni memang kena alert lebih bab keluar masuk duit.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/04/karnival-kewangan-terengganu-yang-padat-dengan-pengisian-bermanfaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 393 hits
Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu Baru baru ini telah berlangsungnya satu Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel Pusat Konvensyen Kuala Terengganu Karnival Kewangan ini dianjurkan oleh Bank N...
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 640 hits
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019 Berita baik buat semua warga Terengganu Bank Negara Malaysia akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centr...
Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu

Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 412 hits
Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu Assalamualaikum Siapa kata pantai dekat Malaysia tak cantik u olls Banyak sebenarnya pantai pantai yang cantik cuma tak berapa nak tak femes especially di Pantai Timur Tak caya...
Naik Beca Ke Chinatown Turtle Alley Restoran Singgang Budu Di Kuala Terengganu

Naik Beca Ke Chinatown Turtle Alley Restoran Singgang Budu Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 825 hits
Hello pembaca kesayangan Misz ella baru pulang dari negeri Terengganu mengikuti trip Ekspressi Media 2019 anjuran Tourism Malaysia bersama kawan kawan Terengganu sebenarnya adalah antara negeri yang paling Misz ella suka sebab arwah Tok Aya...
Tempat Proses Keropok Lekor Dynar Lekor Kuala Terengganu

Tempat Proses Keropok Lekor Dynar Lekor Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 1217 hits
kedai keropok lekor Dynar Lekor Kuala TerengganuDynar LekorLot 8292 Seberang Takir Darul Iman Kampung Bukit Tok Beng21300 Kuala TerengganuTerengganuDynar Lekor ni diorang proses sendiri keropok lekor then terus jual kepada customer Kalau da...
Masjid Kristal Kuala Terengganu Tumpuan Orang Ramai Terutama Musim Cuti Sekolah

Masjid Kristal Kuala Terengganu Tumpuan Orang Ramai Terutama Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 631 hits
Masjid Kristal Kuala TerengganuTempat wajib untuk di lawati jika korang ada di Kuala Terengganu Kalau datang waktu cuti sekolah ataupun cuti umum yang panjang Masjid Kristal ni akan sesak dengan orang ramai yang datang ke sini Masid yang ca...
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 646 hits
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu Assalamualaikum kali ini daku nak kongsikan tentang tempat makan best di Pantai Penarik Terengganu Yelah kebetulan baru baru ini daku menginap di Alur Galley Sui...
Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 929 hits
Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok Kuala TerengganuSudut selera Kak Pah gerai no 30Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok Dari pembacaan majoriti blog yang review Kak Pah Nasi Dagang ni di sinilah terl...
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1242 hits
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites Lain Daripada Yang Lain Assalamualaikum hi korang Mood bercutiku ke Terengganu masih belum habis lagi jika sebelum ni daku bersama famili tapi kali ni bersama dengan rakan blogger A...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization