Karies Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal Cabut Gigi Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak


Karies susu, kanak-kanak umur 3 tahun terpaksa ditampal, cabut gigi, doktor kongsi tip cara nak elak. Tanpa rawatan yang betul, karies susu boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.
Apabila anak mula tumbuh gigi, pertumbuhan gigi anak-anak haruslah dijaga dengan rapi supaya tidak akan mengalami masalah gigi yang serius. Namun ramai juga ibu bapa yang hairan kenapa gigi anak-anak masih mengalami kerosakkan walaupun diberus dan dicuci dengan kerap.
Berikut perkongsian doktor Azila Dentist, Klinik Pergigian Azila Bangi
Kesilapan ibu bapa. Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini:
-Senario 1-
Pernah viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
Beginilah rupa jahitan selepas cabutan keseluruhan gigi susu. Ini kes anak 4 tahun di Phuket Thailand.  
Ini kes cabutan 18 batang gigi susu di Phuket kelmarin.. -Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk. Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. Inilah namanya karies susu.
TIP CEGAH KARIES SUSU:
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Gambar berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini pesakit saya umur 4 tahun. Gigi susu atas karies teruk. Beginilah keadaan mulut yang tidak dapat dibendung di bawah rawatan klinik gigi. Ianya perlu di bawah bius umum kebiasaannya. Ini adalah contoh karies susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula? Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Ini pesakit saya umur 4 tahun. Gigi geraham susu bawah akan rosak dulu. Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini:
1. Pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
2. Paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
3. NO JAJAN, No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Sumber: Azila Dentist, Klinik Pergigian Azila Bangi
Baca juga artikel lain: Cara Beru Gigi Tak Betul & Pemakanan Punca Ramai Kanak-Kanak Dapat Karies Gigi
Karies Gigi Tak Semestinya Pada Anak Yang Hisap Botol, Yang Tak Hisap Botol Pun Boleh Terkena
Karies Gigi Punca Berumahnya Bakteria Dalam Mulut Anak. Tak Jaga, Lagi Teruk!
 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
The post Karies Susu, Kanak-kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal, Cabut Gigi, Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/karies-susu-kanak-kanak-umur-3-tahun-terpaksa-ditampal-cabut-gigi-doktor-kongsi-tip-cara-nak-elak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Sayang Tegas Mesti Seimbang

Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Sayang Tegas Mesti Seimbang

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 195 hits
umur 2 tahun cara didik berbeza sayang dan tegas mesti seimbang Cara mendidik anak umur sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun Bermula umur inilah tahap usia emas atau golden age seorang anak Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Kenap...
Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 176 hits
Seorang kanak kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi Menurut Komander Operasi Pegawai Kanan Penguasa B...
Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 443 hits
Ada kes ibu bersalin tiba tiba Belum sampai waktu tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus ...
Mak Aku Kena Kawin Muda Umur 15 Tahun Tapi Bukan Pilihan Dia Ni Semua Perjanjian Ayah Dahulu

Mak Aku Kena Kawin Muda Umur 15 Tahun Tapi Bukan Pilihan Dia Ni Semua Perjanjian Ayah Dahulu

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 258 hits
Salam sejahtera buat semua pembaca Aku harap admin post lah cerita aku ni Aku sekarang diuji dengan anak2 yang tak sihat hampir setiap minggu Aku fikir ini salah satu ujian Allah untuk aku tapi kekadang aku tak kuat Tak kuat macam mak aku Y...
10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 161 hits
Tahukah anda terdapat banyak dalam menguruskan kewangan bagi rakyat Malaysia Disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil ramai ibu bapa pastinya mengalami kesukaran untuk memikirkan bagaimana untuk membiayai pelbagai keperluan seisi kelua...
Kelantan Thailand Haramkan Nikah Bawah 17 Tahun Selepas Lelaki Malaysia Kahwini Kanak Kanak 11 Tahun

Kelantan Thailand Haramkan Nikah Bawah 17 Tahun Selepas Lelaki Malaysia Kahwini Kanak Kanak 11 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 220 hits
Sharifah Mahsinah Syed Abdullahbhnews bh com my nbsp KOTA BHARU Thailand menguatkuasakan undang undang mengharamkan perkahwinan bawah 17 tahun selepas lelaki Malaysia melangsungkan pernikahan dengan kanak kanak perempuan berusia 11 tahun da...
Kanser Kolon Meningkat Ketara Apabila Umur Melebihi 50 Tahun

Kanser Kolon Meningkat Ketara Apabila Umur Melebihi 50 Tahun

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 230 hits
Salah seorang adik ambo disahkan mengidap penyakit barah usus atau kanser kolon pada tahap empat Satu keadaan yang lambat dikesan bukan kerana tidak cepat membuat pemeriksaan tetapi tiada tanda tanda mengalami kanser tersebut Apabila rasa t...
Syatilla Melvin Suka Nama Klasik Untuk Anak Lelaki Perempuan Nak Mengandung Lagi Sebelum Umur 40

Syatilla Melvin Suka Nama Klasik Untuk Anak Lelaki Perempuan Nak Mengandung Lagi Sebelum Umur 40

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 124 hits
suka nama klasik untuk anak lelaki dan perempuan nak mengandung lagi sebelum umur 40 Syatilla Melvin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy Sarima Samheizy dan Salama Samheizy Syatilla Melvin Suka Nama Klasik Untuk Ana...
Viral Seorang Perempuan Asal Ngawi Meninggal Usai Cabut Gigi Bungsu

Viral Seorang Perempuan Asal Ngawi Meninggal Usai Cabut Gigi Bungsu

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 190 hits
Saat itu pihak klinik mengatakan pembengkakan tersebut hanya bengkak biasa dan normal dialami pasca operasi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities