Kanser Kolon Meningkat Ketara Apabila Umur Melebihi 50 Tahun


 Salah seorang adik ambo disahkan mengidap penyakit barah usus atau kanser kolon pada tahap empat. Satu keadaan yang lambat dikesan, bukan kerana tidak cepat membuat pemeriksaan, tetapi tiada tanda-tanda mengalami kanser tersebut.
 

Apabila rasa tidak selesa di bahagian perut, dia rujuk masalah tersebut di hospital. Melalui pemeriksaan awal, dia disyaki ada masalah di bahagian kolon. Setelah dibuat beberapa pemeriksaan, doktor sahkan dia mengidap kansert kolon tahap empat dan sel kanser telah merebak ke bahagian hati.
 

Keadaan kesihatannya merosot mendadak. Selain rasa sakit yang sangat sehingga perlu diberikan morfin, perubahan fizikal amat ketara. Pada bahagian bawah pinggang dan perut dipenuhi air atau dikenali sembab. Pada masa sama bahagian atas menjadi kurus kerana sukar untuk makan atau menelan makanan.
 

Kenser usus biasanya berlaku terhadap individu yang berumur lebih 50 tahun. Adik ambo belum capai usia tersebut. Faktor keturunan pun bukan kerana sejarah keluarga tidak yang disahkan mengidap kanser usus. Begitu juga, dia tidak merokok dan tentu sekali tidak minum arak, yang disebut antara faktor seseorang mudah mengidap kanser usus.
 

Doakan adik ambo cepat sembuh hasil usaha-usaha berubat yang dilakukan, di samping doa dan kasih sayang seluruh insan yang sentiasa mengharapkan dia sembuh.
 

Sedikit maklumat mengenai kanser kolon.
 

Kanser kolon atau kanser kolorektal berkembang apabila jisim sel yang tidak normal berkembang di kolon atau rektum.
 

Kanser kolorektal adalah kanser yang paling biasa di kalangan lelaki Malaysia, menghidapi kira-kira 15 dalam 100,000 lelaki dan kanser kedua paling biasa di kalangan wanita Malaysia, menyerang kira-kira 11 dalam 100,000 wanita. Kanser kolon merupakan penyebab kematian ketiga utama akibat kanser di Malaysia.
 

Dalam kebanyakan kes, kanser kolorektal berkembang disebabkan oleh perubahan dalam komposisi asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pertumbuhan kecil (polip) dalam usus besar. Mutasi DNA ini, digabungkan dengan kegagalan gen untuk membuang sel bermutasi, akan mengakibatkan pembahagian dan percambahan yang tidak terkawal dan membawa kepada pembentukan tumor.
 

Risiko mendapat kanser ini meningkat dengan ketara selepas berumur 50 tahun. Namun, selain daripada genetik, kemunculan kanser kolorektal di bawah umur lima puluh telah menjadi lebih biasa sepanjang dekad.
 

Risiko kanser kolorektal meningkat jika seseorang mempunyai saudara darah dengan penyakit ini. Mereka yang mempunyai dua atau lebih saudara rapat yang dijangkiti kanser (ibu bapa atau adik-beradik) mempunyai risiko yang lebih besar (dua hingga tiga kali ganda) penyakit itu, iaitu kumpulan yang menyumbang kira-kira 20 peratus daripada semua kes.
Sejarah kanser kolorektal dalam keluarga, khususnya dalam kalangan ahli keluarga di bawah umur 50 tahun semasa didiagnosis, akan meningkatkan risiko melalui mutasi yang diwarisi dan (atau) persekitaran.
 

Kanser kolorektal peringkat awal mungkin tidak menunjukkan simptom yang jelas dan dikenal pasti melalui saringan aktif untuk kanser kolorektal.
 

Beberapa tanda dan simptom kanser kolorektal adalah:
- Najis berdarah
- Perubahan corak usus (cirit-birit atau sembelit)
- Perubahan dalam konsistensi najis
- Kehilangan berat badan tanpa niat
- Sakit perut
- Muntah
- Merasa usus tidak dikosongkan dengan sempurna selepas membuang air besar
- Lesu
- Kerap mengalami sakit gas atau kekejangan
- Rasa kenyang atau kembung
 

Rawatan yang biasa digunakan berdasarkan peringkat kanser adalah seperti berikut:
- Tahap 0: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan tumor.
- Tahap 1: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan kanser.
- Tahap 2: Pembedahan dilakukan untuk membuang pertumbuhan kanser diikuti dengan kemoterapi. Langkah ini hanya diperlukan jika kanser disyaki bergred tinggi atau jika pesakit ada masalah kesihatan yang lain.
- Tahap 3: Pembuangan pembedahan tumor dan nodus limfa terjejas diikuti dengan kemoterapi. Terapi radiasi mungkin juga dicadangkan untuk sesetengah pesakit.
- Tahap 4: Rawatan boleh menjadi gabungan pembedahan, kemoterapi dan kadangkala terapi radiasi. Doktor mungkin juga mengesyorkan imunoterapi dan terapi sasaran untuk sesetengah pesakit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2024/05/fgb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Sayang Tegas Mesti Seimbang

Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Sayang Tegas Mesti Seimbang

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 282 hits
umur 2 tahun cara didik berbeza sayang dan tegas mesti seimbang Cara mendidik anak umur sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun Bermula umur inilah tahap usia emas atau golden age seorang anak Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza Kenap...
Mak Aku Kena Kawin Muda Umur 15 Tahun Tapi Bukan Pilihan Dia Ni Semua Perjanjian Ayah Dahulu

Mak Aku Kena Kawin Muda Umur 15 Tahun Tapi Bukan Pilihan Dia Ni Semua Perjanjian Ayah Dahulu

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 325 hits
Salam sejahtera buat semua pembaca Aku harap admin post lah cerita aku ni Aku sekarang diuji dengan anak2 yang tak sihat hampir setiap minggu Aku fikir ini salah satu ujian Allah untuk aku tapi kekadang aku tak kuat Tak kuat macam mak aku Y...
Karies Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal Cabut Gigi Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak

Karies Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Terpaksa Ditampal Cabut Gigi Doktor Kongsi Tip Cara Nak Elak

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 194 hits
umur 3 tahun terpaksa ditampal cabut gigi doktor kongsi tip cara nak elak Tanpa rawatan yang betul karies susu boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan Apabila anak mula tumbuh gigi pertumbuhan gigi anak anak haruslah dijaga dengan rapi su...
Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini

Indeks Jenayah Di Pahang Meningkat Rekodkan 802 Kes Dalam Tempoh Empat Bulan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Indeks keseluruhan jenayah di Pahang merekodkan 802 kes menunjukkan peningkatan sebanyak 159 kes dalam empat bulan tahun ini berbanding 643 kes tempoh sama tahun lalu Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata daripada juml...
Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

Jatuh Sungai Kanak Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 263 hits
Seorang kanak kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi Menurut Komander Operasi Pegawai Kanan Penguasa B...
Motosikal Hilang 11 Tahun Lalu Ditemukan Semula 2 Ditahan

Motosikal Hilang 11 Tahun Lalu Ditemukan Semula 2 Ditahan

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 170 hits
Juwan Riduanam hmetro com myKota Kinabalu Dua individu ditahan selepas disyaki memiliki dan terbabit jual beli kes curi motosikal dalam dua serbuan berasingan daerah ini semalam Suspek lelaki berusia 19 dan wanita berusia 46 tahun itu ditah...
14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 399 hits
PETALING JAYA Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal pengacara dan pelakon Raja Azura kini kembali bergelar isteri orang
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan