Kari Udang Sangat Sedap




Sebelum kita masuk bab catatan isu yang saya ingin kupas kali ini, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog dan klik follow blog, OK? Terima kasih kepada semua yang setia dengan blog saya. 
Kebelakangan ini saya banyak mendengar berkenaan dengan masalah suami yang kurang bertanggungjawab pada urusan perbelanjaan rumah tangga. Tidak memberi nafkah pada isteri dan perbelanjaan anak anak. 
Saya tak pasti kenapa terjadinya begitu. Mungkin kerana kurang didikan agama atau macam mana pun tak pasti. Jadi mahu tidak mahu, isteri terpaksa bekerja dan menanggung sendiri banyak perbelanjaan rumahtangga. 
Saya pasti kenapa kedudukan seorang suami sangat tinggi di dalam agama kerana suami sepatutnya menpunyai tanggungjawab pada keluarga, suami menjadi pembimbing hal dunia dan akhirat pada isteri dan anak anak. Tapi apa yang berlaku sekarang? Sangat jauh dari apa yang sepatutnya. 
Tidak salah seorang isteri bekerja, tidak salah untuk seorang isteri membantu keluarga tapi bukan kerana terpaksa tapi dengan kerelaan sendiri. Ini lah yang disebut di akhirat nanti, suami akan lari dari isteri dan anak anak, anak anak juga lari dari ibubapa kerana mahu lari dari terpaksa menjawab akan kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab masing masing ketika di dunia. Semua akan menuntut hak masing masing di hadapan Allah.
Saya bukan ingin memuji ibubapa saya tetapi ibubapa saya adalah pasangan ideal yang sama sama bekerja di sawah bendang. Ibu saya ikut sama membantu di bawah panas mentari atas keinginan sendiri untuk membina keluarga. Dan bapa pulak tidak melepaskan tanggungjawabnya. 
Dengan kata lain, dia yang akan menjadi ketua dalam segala urusan kerja yang mereka lakukan bersama sama. Bukan sahaja mereka tapi kami anak anak juga membantu untuk meringankan kerja mereka. Contoh kami adik beradik kena menyiram pokok tembakau jika hari tiada hujan. 
Oleh kerana dah penat lelah, balik ke rumah seketika untuk makan dan solat sebelum pergi lagi. Jadi masak pun seadanya sahaja. Walaupun mereka tidak kaya tetapi hidup mereka penuh bermakna berjaya juga mendidik dan memberi pelajaran pada anak anak. 
Memang ibubapa saya bukan orang kaya untuk dibanggakan oleh orang lain. Tetapi di sisi Allah kemuliaan seseorang adalah mereka yang bertaqwa bukan mereka yang berpangkat, bukan yang kaya raya. Seorang bapa yang menjalankan tanggungjawab pada keluarga. OK setakat ini dahulu.

Kalau nak masak kari, memang kena guna santan segar yang diperah sendiri. Barulah kuah akan naik minyak dengan cantik. Kalau guna santan kotak, tak berapa menjadi walaupun menumis menggunakan minyak yang banyak.
Sekali sekala saya suka masak kari udang atau ketam kerana kuahnya akan menjadi sangat sedap. Kuah pun sangat sedap dimakan dengan roti, roti canai juga. Memang sangat terasa manis udang di dalam kuah. 
Jom layan resipi di bawah ini serta penyediaannya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik follow blog supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali entri baru di post. Selamat mencuba…

Kari UdangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:13 ekor udang saiz besar½ biji kelapa parut - santan secukupnya½ sudu kecil halba campur 2 - 2 ½ sudu besar rempah kari2 pelepah daun kariAsam jawa - air asam jawaGaramGulaMinyak masak
Bahan hiris:3-4 biji bawang merah3 ulas bawang putih 
Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan halba campur sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan daun kari, kacau sehingga terbit minyak.
Masukkan santan cair dan masak lagi sehingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan garam.
Setelah terbit minyak, masukkan santan pekat dan masak sehingga mendidih dan hampir terbit minyak.
Masukkan udang dan masak sehingga udang masak dan kuah terbit minyak. Jika suka, masukkan sedikit gula. Tutup api.

Nota: setelah dimasukkan udang, kuah akan menjadi sedikit cair kerana udang mengeluarkan air. Tapi kuah akan kembali pekat selepas ditutup api. Jadi agak agak kecairan kuah yang disukai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/12/kari-udang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Roti Jagung Air Fryer Sangat Sedap Mengenyangkan

Resipi Roti Jagung Air Fryer Sangat Sedap Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 189 hits
Suka makan roti Boleh cuba buat Roti Jagung resipi perkongsian saudari Linda Safar ni Nmpak sangat sedap unik dan lain dari yang lain Bahan bahan yang digunakan juga sangat mudah dan biasanya ada di rumah Lebih istimewa resipi ini hanya mem...
Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dan Lala Dua Dua Sedap

Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dan Lala Dua Dua Sedap

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 235 hits
Masak lemak cili api adalah sejenis lauk yang disukai bagi penggemar hidangan pedas Lazimnya masyarakat Negeri Sembilan Lagi pedas lagi menarik cita rasa Antara lauk yang sedap dijadikan masak lemak adalah udang galah dan lala Jom kita liha...
Cara Masak Sambal Udang Yang Sedap Cuba Buat Udang Masak Thai Macam Ni

Cara Masak Sambal Udang Yang Sedap Cuba Buat Udang Masak Thai Macam Ni

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 281 hits
Selalu masak sambal cara kita apa kata cuba pula masak udang Thai style yang viral sebelum ini
Cara Buat Bingka Ubi Kayu Kuih Kampung Yang Sangat Sedap

Cara Buat Bingka Ubi Kayu Kuih Kampung Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 203 hits
Bingka ubi adalah salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat sedap Kuih lejen ini sungguh asyik dimakan bersama secawan kopi o panas Kuih ini manis jadi kopi o tanpa gula amat melengkapkan cita rasa Jom kita lihat resipinya BINGKA UBI CARA ...
Kari Ayam Tanpa Santan Tanpa Rempah 4 Sekawan Tetap Sedap

Kari Ayam Tanpa Santan Tanpa Rempah 4 Sekawan Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 289 hits
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kari ayam tanpa santan dan juga tanpa menggunakan rempah empat sekawan Resipi ini daripada blog Dr As Zulqa yang sememangnya kerap berkongsi resipi yang amat menarik Menurut Dr As Zulqa resipi ini mendap...
Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap

Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 371 hits
Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap Min nak makan apam gebu Kuih yang mudah nak buat dan sedap Min nak kongsi Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap dari facebook Nak buat nanti boleh rujuk resepi apam mekar nie yea Boleh try buat mesti jadi i...
Kuih Cucur Badak Pedas Pedas Berempah Sedap Sungguh

Kuih Cucur Badak Pedas Pedas Berempah Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 196 hits
Salah satu kuih tradisional Melayu yang masih diminati sampai sekarang adalah kuih cucur badak Bentuknya bulat bulat dan warna seperti tepung yang digoreng Memang nampak gebu gitu Intinya adalah kelapa parut yang dimasak dengan sedikit rasa...
Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 351 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap Lauk sardin ni nampak sedap dan nak buat pun mudah Sesiapa pun boleh masak jika ada keinginan dan tidak malas Haha menu sardin di masak atas permintaan anak bongsuku Saya memang tak bo...
4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 415 hits
Siapa tak suka makan sayur Dengan resipi ni gerenti anda akan suka makan sayur kerana rasanya sedap dan mudah pula cara memasaknya Kali ini majalah RASA ingin kongsikan empat jenis masakan sayur yang boleh membuatkan momen mekana bersama se...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung