Kari Ikan Tenggiri Ala Kakya


Kari Ikan Tenggiri Ala KakYa | Dulu kalau KakYa nak buat kari ikan mesti nak kena ada daun kari sebab dah biasa masak dengan mak mertua kalau buat kari jer wajib letak daun kari dan bijik sawi. Tapi sekarang ni ada daun kari ke takde daun kari ke kalau rasa nak makan kari KakYa buat jer. Takde daun kari tak semestinya tak jadi kari. Tetap jugak namanya kari tak jadi nama lain kan? Rempah kari tu kan dah ada nama kari kat situ. Sah sah la nama masakan kita nanti namanya kari. 

Panjang benor intro mak ai. Yang sebenarnya KakYa nak cakap pasal KakYa masak kari ikan jer dua hari lepas untuk buka puasa. Tu jer nak cakapnya. Tapi intronya meleret leret la pulak. 
Alang alang duk tulis entri pasal masak kari ikan ni, KakYa kongsi jugak la kat sini Resipi Kari Ikan Ala KakYa untuk korang cuba. Mana tahu kot kot ada yang nak cuba. 
Bahan Bahan Untuk Masak Kari Ikan Tenggiri Ala KakYa Ini antara bahan bahan yamg KakYa gunakan untuk memasak Kari Ikan Tenggiri. Bahan bahannya adalah;
• 2 keping ikan tenggiri• 2 paket kecil kari kan Baba's• 1 sudu besar cili kisar • 1 sudu asam jawa• 10 biji bawang merah• 5 ulas bawang putih• 2 biji terung panjang• 10 biji bendi• 2 biji buah tomato• Minyak untuk menumis• Garam dan gula secukup rasa
Cara Cara Memasak Kari Ikan Tenggiri Ala KakYaLain orang lain cara masak dia. KakYa kalau masak kari KakYa suka tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumbuk jangan bagi lumat tumbuk ala ala manja gitu jer. 
• Panaskan minyak masak. Pastu masukkan bawang merah dan bawang putih yang dah di tumbuk dan masak hingga bertukar kekuningan

• Dah nampak kekuningan masukkan 2 paket rempah kari dan sedikit air. Masak dengan api sederhana. Masukkan cili kisar dan masak lagi hingga rempah garing baru masukkan air. 
• Sesetengah orang, kari diaorang guna santan. Tapi KakYa tak suka masukkan santan dalam kuah kari. KakYa suka masukkan air. 
• Setelah mendidih dan pecah minyak baru masukkan air asam jawa dan kacau bagi sebati

• Dah  nampak kuah pekat sikit terus masukkan ikan. Bagi ikan separuh masak dulu sebelum masukkan bendi dan juga terung. 
• Last sekali sebelum tutup api baru masukkan garam dan gula. Pastu jangan lupa masukkan buah tomato. Kalau masuk awal awal penyek pulak tomato kita tak cantik pulak nanti

• Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas, ayam goreng, ulam timun dan sambal belacan. Aduhai makan hingga menjilat jari orang kata

Dah siap tulis resipi Kari Ikan Tenggiri Ala KakYa. Nak tahu sedap ke tak sedap korang cubalah dulu. Kalau korang ikut semua step yang KakYa bagi kat atas tu memang confirm kari ikan korang menjadi dan sedap hingga menjilat jari. Yang penting korang kena tumis rempah kari biar betul betul masak dulu baru masukkan air. Baru menjadi kari korang

Selamat mencuba. Nanti kalau masak tag la KakYa. Nak tahu jugak korang suka ke tak makan kari ala KakYa ni. 








 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/05/kari-ikan-tenggiri-ala-kakya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murtabak Roti Bersos Leleh Ala Ala Roti John Cuma Specialnya Dibalut Penuh Telur

Murtabak Roti Bersos Leleh Ala Ala Roti John Cuma Specialnya Dibalut Penuh Telur

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 278 hits
Sekarang ni tak dapat keluar mana mana kejap kejap anak cakap lapar Sekali masak habis Peti sejuk tak payah cakaplah berapa kali asyik ulang buka tutup Sampai mama pun dah tak tahu nak masak apa lagi Macam macam resipi dah di olah untuk mem...
Resipi Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson Tak Sempat Raya Dah Licin Sebalang

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson Tak Sempat Raya Dah Licin Sebalang

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 430 hits
Tidak dinafikan biskut coklat chip sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tak kira kanak kanak atau orang dewasa
Youtube Memperkenalkan Video Pendek Ala Tiktok Dengan Youtube Shorts

Youtube Memperkenalkan Video Pendek Ala Tiktok Dengan Youtube Shorts

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 195 hits
Ada sebab mengapa video video pendek menyebabkan TikTok menjadi sangat popular sehingga Instagram cuba membuat versi tersendiri dengan hadirnya Reels Tetapi ia tidak terhenti di situ YouTube juga tidak mahu ketinggalan apabila mula melancar...
Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 385 hits
Roti bakar antara menu popular yang boleh didapati di kedai kopi Roti bakar juga antara juadah yang sering di pesan bersama kopi pekat Bagi penggemar roti bakar anda boleh cuba sendiri membuat roti bakar menggunakan roti keping sahaja Ikuti...
Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap

Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 415 hits
As Salam Cara Mudah Masak Daging Hitam Berempah Ala Kenduri Yang Sangat Sedap Syukur Hari ke 19 Syawal Misi mengembangkan badan yang sedia kembang terpaksa diteruskan ciss Banyak nau alasan Inilah masalah mak mak se Malaya yang jadi chef ka...
4 Ide Kreasi Mi Viral Ala Tiktok Yang Bisa Kamu Bikin Di Rumah

4 Ide Kreasi Mi Viral Ala Tiktok Yang Bisa Kamu Bikin Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 282 hits
Mi instan ternyata bisa dikreasikan menjadi mi siram ala restoran hingga carbonara yang lezat dengan kombinasi sosis sultan
Ayam Pedas Ala Thai

Ayam Pedas Ala Thai

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 460 hits
Sejak doktor suruh UP kurangkan makan red meat atau daging merah maka kami sekarang beralih makan ikan dan ayam Daging sekali sekala aje Jenguk dalam freezer Hanya ada drum sticks Macam2 lauk boleh buat Kalau malas boleh goreng aje Tetapi t...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Ayer Kuning An Oasis Of Peace Amid Prevailing 3r Issues

Personal Stability

Bahagian Harta Pusaka Datang Dengan Tanggungjawab

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Loko Pemuda Chord